omniture

Daripada Bertahun-tahun kepada Hanya Satu Bulan: Model Molekul Ubat Pangu Huawei Cloud Percepatkan Penemuan Ubat Baharu

HUAWEI CLOUD
2022-09-20 22:36 60

BANGKOK, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 19 September, HUAWEI CONNECT 2022 bermula di Bangkok, Thailand. Di acara tersebut, En. Ken Hu, Pengerusi Bergilir dan Pemangku Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Serlahkan Digital" ("Unleash Digital") yang melaluinya beliau berbicara tentang bagaimana syarikat ini membantu organisasi-organisasi memanfaatkan sepenuhnya awan untuk pembangunan lonjakan.

En. Ken Hu menyampaikan ucapan beliau di HUAWEI CONNECT 2022
En. Ken Hu menyampaikan ucapan beliau di HUAWEI CONNECT 2022

Dalam ucapan beliau, En. Ken Hu menyebut tentang bagaimana Hospital Gabungan Pertama Sekolah Perubatan di Xi'an Jiaotong University menggunakan AI untuk mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) farmaseutikal dan penemuan ubat baharu.

Dalam industri farmaseutikal, purata lebih 1 bilion USD dan tempoh 10 tahun diperlukan untuk membawa ubat baharu ke pasaran, bermula daripada peringkat pembangunan hingga kelulusan. Semasa membangunkan antibiotik, diketahui bahawa bakteria tahan ubat kadang kala ditemui malah sebelum antibiotik yang baru dibangunkan selesai menjalani percubaan klinikal.

Dengan menggunakan perkhidmatan reka bentuk ubat dibantu oleh AI yang dikuasakan oleh Model Molekul Ubat Pangu Huawei Cloud, Profesor Liu Bing daripada Hospital Gabungan Pertama Sekolah perubatan di Xi'an Jiaotong University dan pasukan beliau membangunkan ubat antimikrob spektrum luas yang baharu hanya dalam tempoh sebulan manakala kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) dikurangkan sebanyak 70%.

Cabaran besar dalam penemuan ubat baharu terletak pada saringan ratusan juta molekul ubat sedia ada. Secara tradisinya, penyaringan ubat dilaksanakan oleh pakar-pakar di makmal, yang mahal, lambat dan mempunyai kadar kegagalan yang tinggi.

Model Molekul Ubat Pangu Huawei Cloud telah dilatih menggunakan data 1.7 bilion molekul hayat ubat dan dapat meramalkan sifat-sifat fizikokimia sebatian ubat dan memberi skor kepadanya berdasarkan kepada sifat seakan-akan ubat. Penyelidik kemudiannya boleh menjalankan eksperimen bersasar untuk mengesahkan sebatian ubat yang mempunyai skor tertinggi.

Tambahan pula, pengoptimum struktur molekular Model Molekul Ubat Pangu dapat digunakan untuk mengoptimumkan struktur sebatian utama, meminimumkan kesan sampingan yang boleh berlaku daripada ubat baharu ke atas sel manusia normal.

Hari ini, awan telah menjadi pembawa yang penting untuk syarikat-syarikat digital. Huawei Cloud menyediakan empat saluran pembangunan, termasuk ModelArts, saluran pembangunan AI yang boleh diakses atas permintaan oleh pelanggan dan rakan kongsi daripada semua industri, agar mereka dapat meninggalkan sisi teknikal inovasi digital kepada Huawei Cloud dan memberi lebih tumpuan kepada perkara yang paling penting untuk mereka.

 

 

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Trade show news