BANGKOK, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- Sepanjang 14 hingga 16 September, Sungrow, pembekal penyongsang dan storan tenaga global yang terkemuka untuk tenaga boleh diperbaharui, mempersembahkan penyelesaian storan berserta solar komprehensifnya semasa Minggu Tenaga Mampan ASEAN 2022. Syarikat ini turut menandatangani perjanjian sejumlah 400MW dengan tiga rakan kongsi tempatan, membuktikan reputasi dan kualiti produk syarikat ini.
Di Pameran dan Persidangan Antarabangsa Paling Komprehensif ASEAN mengenai Tenaga Boleh Diperbaharui, Kecekapan Tenaga, Alam Sekitar dan Teknologi Kenderaan Elektrik, Sungrow mempamerkan penyelesaian penyongsang dan sistem storan tenaganya untuk skala-utiliti, C&I dan segmen kediaman, bagi memenuhi pelbagai kehendak pelanggan ASEAN. Bagi menyasarkan pasaran komersial dan perindustrian yang berkembang pesat, Sungrow melancarkan SG125CX generasi baharu, penyongsang komersial dikemas kini yang disesuaikan untuk bumbung perniagaan dan SP600S, pengoptimum kuasa untuk meningkatkan hasil pada tahap modul. Pelanggan C&I boleh memilih penyongsang Sungrow berserta penyelesaian pengoptimum Sungrow untuk meningkatkan prestasi loji keseluruhan. Penyelesaian peneraju industri yang lain yang diperkenalkan buat julung kalinya ialah penyongsang rentetan yang amat berkuasa, SG350HX dan ESS yang disejukkan oleh cecair: PowerTitan dan PowerStack. Pelanggan kediaman di rantau ini juga boleh memilih produk mengikut keperluan mereka melalui penyongsang dan bateri fasa-tunggal dan fasa-tigaan Sungrow.
Penyelesaian dan perkhidmatan yang andal diterjemahkan kepada kepercayaan dan kerjasama daripada banyak rakan kongsi tempatan. Semasa acara tersebut, Sungrow menandatangani perjanjian 200MW dengan M GLOBAL SOURCING LTD., perjanjian 100MW dengan Pi Enterprises (Thailand) Co., Ltd. dan perjanjian 100W dengan Sunday Solar. Perjanjian 400MW memberi testimoni kepada pengaruh jenamanya, reputasi dan keandalan di Thailand. Setakat ini, Sungrow telah menghantar penyongsang PV lebih 1GW dalam pasaran ini, membekalkan projek-projek yang signifikan seperti projek Solar terapung-Hidro terbesar Thai mencecah 45MW. Dari segi ESS, Sungrow membekalkan kepada loji ESS terbesar Asia Tenggara 136.24MWj dengan PowerTitan dalam tahun 2021, yang berada dalam keadaan pembinaan yang stabil. Ia juga akan membekalkan kepada projek storan tenaga 6.19MWj untuk Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT) di wilayah Mae Hong Son pada tahun ini.
Sungrow percaya Thailand, serta pasaran-pasaran baru muncul yang lain di Asia Tenggara, akan menjadi pusat peralihan tenaga ekoran ekonominya yang berkembang pesat dan populasi yang semakin meningkat. Oleh yang demikian, Sungrow akan menawarkan penyelesaian yang komprehensif dan perkhidmatan setempat untuk mengukuhkan kecekapan dan sekuriti tenaga rantau ini dan menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan bersama rakan kongsi setempat.
Latar Belakang Sungrow
Sungrow Power Supply Co., Ltd. ialah jenama penyongsang yang paling andal di dunia dengan lebih 269 GW dipasang di seluruh dunia setakat Jun 2022. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyongsang solar bersama pasukan R&D yang berdedikasi dan terbesar dalam industri ini dan portfolio produk luas yang menawarkan penyelesaian penyongsang PV dan sistem storan tenaga untuk aplikasi skala utiliti, komersial & perindustrian serta kediaman dan juga penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penyelesaian pemacu NEV, penyelesaian pengecasan EV dan sistem penghasilan hidrogen boleh diperbaharui. Dengan rekod prestasi yang mantap selama 25 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa untuk lebih 150 negara seluruh dunia.
Ketahui lebih lanjut tentang Sungrow dengan mengunjungi: www.sungrowpower.com