omniture

Education Cannot Wait Menyeru untuk Mendapatkan Pembiayaan Segera Sebanyak USD1.5 Bilion bagi Menjangkau 20 Juta Kanak-kanak yang Terkesan dengan Krisis

Education Cannot Wait
2022-09-21 00:00

NEW YORK, 20 September 2022 /PRNewswire/ -- Education Cannot Wait (ECW) menyeru para pemimpin dunia untuk memberikan pembiayaan segera sebanyak USD1.5 bilion bagi menyokong dana global PBB untuk pendidikan ketika kecemasan serta menyeru rakan strategiknya untuk menjangkau 20 juta orang kanak-kanak yang terkesan akibat krisis dalam tempoh empat tahun akan datang.

‘ECW’s case for investment is our case for humanity. It is our collective plea to achieve the Sustainable Development Goals and universal human rights.’ – Yasmine Sherif, Director, Education Cannot Wait.
‘ECW’s case for investment is our case for humanity. It is our collective plea to achieve the Sustainable Development Goals and universal human rights.’ – Yasmine Sherif, Director, Education Cannot Wait.

Kes untuk Pelaburan dan Pelan Strategik 2023-2026 ECW yang baharu menetapkan suatu cita-cita baharu yang jelas untuk dana global rintis PBB yang telah menggunakan lebih USD1 bilion dan membantu hampir 7 juta orang kanak-kanak secara langsung sejak penubuhannya pada tahun 2016 serta tambahan sebanyak USD31.2 juta dalam tindak balasnya terhadap pandemik COVID-19.

Analisis daripada ECW baru-baru ini menunjukkan bahawa sebanyak 222 juta orang kanak-kanak perempuan dan lelaki yang terkesan akibat krisis memerlukan bantuan pendidikan dengan segera. Lebih 78 juta orang kanak-kanak ini tidak bersekolah sama sekali, dengan kira-kira 120 juta orang tidak mencapai kemahiran membaca atau mengira yang minimum.

Para pemimpin dunia, penderma dan penyokong global lain menyertai kempen global #222MillionDreams ECW menjelang Persidangan Pembiayaan Peringkat Tinggi Dana ini yang akan berlangsung di Geneva pada bulan Februari 2023.

"Meskipun ia amat penting, pendidikan ketika kecemasan masih kekurangan dana secara kronik manakala keperluan terhadapnya semakin meningkat," kata Ignazio Cassis, Presiden Persekutuan Switzerland dalam sokongannya terhadap kempen #222MillionDreams.  

Dengan perang yang berlaku di Ukraine, peningkatan dalam perpindahan terpaksa, kebuluran yang teruk di seluruh Sahel dan Afrika Timur serta krisis lain, rayuan terhadap pembiayaan pendidikan ketika kecemasan telah mencecah USD2.9 bilion pada tahun 2021, meningkat daripada USD1.4 bilion pada tahun sebelumnya, menurut analisis daripada Laporan Keputusan Tahunan ECW.

"Kes untuk pelaburan kami ialah kes kami terhadap kemanusiaan. Ia merupakan rayuan kami secara bersama-sama untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari dan hak asasi manusia sejagat," kata Pengarah ECW, Yasmine Sherif.

Kes untuk Pelaburan ECW menggariskan cadangan nilai "untuk mewujudkan dunia di mana semua kanak-kanak dan golongan remaja yang terkesan akibat krisis boleh belajar secara percuma, selamat dan tanpa rasa takut," termasuk butiran penting tentang usaha Dana ini untuk menangani krisis iklim, melibatkan sektor swasta, memastikan kesaksamaan jantina, memangkin sokongan politik serta meningkatkan campur tangan berimpak tinggi yang fleksibel untuk menjangkau mereka yang jauh ketinggalan.    

"Melabur dalam pendidikan merupakan pelaburan untuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran. Malah, pendidikan ialah pelaburan kami terhadap masa depan," ujar Alicia Herbert, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif ECW.

Orang ramai yang ingin membuat perubahan boleh menyeru para pemimpin mengambil tindakan dengan menggunakan tanda pagar #222MillionDreams dan dengan menyumbang derma individu kepada ECW.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1900179/Education_Cannot_Wait.jpg?p=medium600
Logo -
https://mma.prnasia.com/media2/1656121/Education_Cannot_Wait_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Education Cannot Wait
Keywords: Education Children-related news Not for profit Public Interest