omniture

Xinhua Silk Road: Hubungan penting Maritim Jalan Sutera untuk tingkatkan "dwi peredaran"

Xinhua Silk Road
2022-09-21 00:58 140

BEIJING, 21 September, 2022 /PRNewswire/ -- Sejak pelancarannya oleh Wilayah Fujian, timur China pada tahun 2018, Maritim Jalan Sutera telah menunjukkan momentum dan kebingkasan pembangunan yang kukuh, seterusnya menjadi hubungan yang penting dalam mempromosikan "dwi peredaran" pasaran domestik dan antarabangsa.

Foto menunjukkan pemandangan Pelabuhan Xiamen di Wilayah Fujian, timur China. (Foto disediakan oleh Fujian Provincial Port Group Co., Ltd.)
Foto menunjukkan pemandangan Pelabuhan Xiamen di Wilayah Fujian, timur China. (Foto disediakan oleh Fujian Provincial Port Group Co., Ltd.)

Walaupun dengan persekitaran ekonomi global yang sentiasa berubah-ubah, perdagangan antara Fujian dan negara-negara serta wilayah-wilayah lain sepanjang laluan Jalur dan Jalan mencecah 412.2 bilion yuan (kira-kira 58.93 bilion dolar A.S.) dalam tujuh bulan pertama tahun 2022, meningkat 19.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menjelang penghujung bulan Ogos tahun ini, sejumlah 9,014 perjalanan telahpun dibuat melalui laluan perkapalan yang dinamakan sempena Maritim Jalan Sutera, dengan jumlah daya pemprosesan kontena mencapai 10.182 juta unit setara dua puluh kaki.

Lebih banyak pencapaian dilihat terhadap pembangunan Maritim Jalan Sutera pada tahun ini, ketika Forum Kerjasama Antarabangsa Maritim Jalan Sutera, 2022 bermula pada 8 September. Pada 10 Jun, ekspres e-dagang Maritim Jalan Sutera dilancarkan. Awal bulan Januari, satu laluan perkapalan baharu dibuka yang menghubungkan anggota-anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau.

Dengan berintegrasi bersama Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu dan perkhidmatan kereta api barangan angkut China-Eropah, Maritim Jalan Sutera turut menyokong Fujian dalam membina saluran perkapalan luar negara untuk daerah pedalaman. Pada tahun 2021, jumlah kargo pukal dari luar wilayah yang dikendalikan oleh pelabuhan Fujian melalui pengangkutan gabungan laut-rel meningkat sebanyak 21.5 peratus berbanding tahun lalu. Jumlah kontena pengangkutan gabungan laut-rel dalam separuh pertama tahun 2022 menyaksikan peningkatan sebanyak 44 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dengan menggalakkan lagi penyelarasan dasar dengan pelabuhan darat dan laut China, Maritim Jalan Sutera komited untuk membantu mengukuhkan hubungan antara rantaian perindustrian dan bekalan dengan membina saluran logistik gelung tertutup yang mengembangkan pasaran domestik dan antarabangsa, menurut Chen Zhiping, pengerusi Fujian Provincial Port Group Co., Ltd. dan Fujian Silk Road Maritime Management Company.

Jenama ini ditonjolkan oleh kerjasama bersepadu silang-sektor, bersama ahli-ahli Silk Road Maritime Alliance yang mana setiap ahli memanfaatkan kekuatan mereka. Bertujuan untuk meningkatkan perkongsian maklumat dalam kalangan perusahaan yang berkaitan, Maritim Jalan Sutera turut menyediakan platform perkhidmatan komprehensif perkapalan global yang fasa pertama pembinaannya telahpun siap.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/330030.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Maritime/Shipbuilding Publishing/Information Service Transportation