omniture

DUA BELAS PENGGIAT INDUSTRI MALAYSIA MENANG ASEAN ENERGY AWARDS 2022 YANG BERPRESTIJ

Ministry of Energy and Natural Resources
2022-09-21 01:03 55

PUTRAJAYA, Malaysia, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Kementarian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) hari ini mengumumkan bahawa Malaysia membawa pulang 12 anugerah dalam pelbagai kategori di ASEAN Energy Awards 2022 (AEA). Diadakan di Kemboja, AEA ialah anugerah tertinggi Asia Tenggara untuk kecemerlangan, mengiktiraf usaha organisasi dalam pengurusan tenaga mampan, amalan dan kecekapan di rantau ini.

Malaysia diwakili oleh sejumlah 22 organisasi daripada pelbagai kategori di AEA, memperoleh 9 anugerah pemenang untuk kategori Anugerah Kecekapan Tenaga dan Amalan Terbaik Pemuliharaan ASEAN 2022. Dalam kategori Anugerah Projek Tenaga Boleh Diperbaharui ASEAN 2022, Malaysia berpeluang untuk membawa pulang 3 anugerah pemenang, masing-masing.

Tujuan inisiatif ASEAN Centre for Energy (ACE) dan anugerah AEA yang berprestij adalah untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap amalan terbaik untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam bangunan, perniagaan dan persekitaran lain. Penghormatan tersebut mendorong perniagaan untuk memajukan teknologi arang batu bersih (CCT), kecekapan tenaga dan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling bingkas, mampan dan boleh diperbaharui.

"Pencapaian Malaysia dalam AEA merupakan testimoni yang menunjukkan dasar tenaga mampan negara ini menjadi kenyataan. Kami berharap agar pengiktirafan ini akan memacu lebih banyak penyertaan tempatan dalam mengguna pakai amalan tenaga mampan yang akan memodenkan perniagaan," kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

"Cita-cita Malaysia untuk mencapai emisi karbon sifar-bersih menjelang tahun 2050 konsisten dengan objektif AEA. Kami juga menukarkan pelbagai industri kepada sumber tenaga boleh diperbaharui alternatif daripada bahan api fosil, meletakkan kami di landasan yang betul untuk memenuhi kriteria kemampanan global," tambah Yang Berhormat Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Anugerah berkenaan berperanan sebagai wadah untuk idea dan teknologi inovatif demi amalan pengurusan tenaga cekap, penjimatan tenaga dan produktivi dalam perniagaan dan bangunan tempatan. ACE mewakili kepentingan sepuluh kepentingan tenaga Negara-negara Anggota ASEAN (AMS) sebagai badan antara kerajaan dalam kerangka ASEAN.

Pemenang-pemenang Malaysia di Energy Awards 2022
Pemenang-pemenang Malaysia di Energy Awards 2022

LATAR BELAKANG MALAYSIA NATIONAL ENERGY AWARDS (NEA)

National Energy Awards (NEA) ialah satu penghormatan untuk mengiktiraf dan menganugerahi pemimpin sektor perkhidmatan tenaga Malaysia kerana menerima dan mengamalkan praktis tenaga mampan.

Selaras dengan matlamat negara untuk mempromosikan sektor tenaga sebagai sektor baharu untuk pertumbuhan ekonomi, NEA akan turut bertindak untuk menggalakkan amalan terbaik dan inovasi dalam projek-projek serta organisasi-organisasi tempatan.

Anugerah tersebut juga berperanan sebagai platform untuk mengiktiraf impak positif, amalan terbaik dan kemajuan pengubah keadaan selaras dengan piawaian antarabangsa untuk memodenkan industri ini.

Untuk terlibat dalam inisiatif berterusan Malaysia di National Energy Awards (NEA) 2023, hubungi Sekretariat NEA di nea@mgtc.gov.my atau kunjungi www.nationalenergyawards.com.my untuk maklumat lanjut.

 

Source: Ministry of Energy and Natural Resources
Keywords: Oil/Energy Utilities Awards