omniture

Sungrow Perkenal Penyelesaian Storan berserta Solar Peneraju semasa Minggu Tenaga Mampan ASEAN 2022

Sungrow Power Supply Co., Ltd
2022-09-21 03:02 87

BANGKOK, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Semasa Minggu Tenaga Mampan ASEAN 2022, Sungrow, pembekal penyongsang dan storan tenaga global yang terkemuka untuk tenaga boleh diperbaharui, mempamerkan penyongsang PV dan sistem storan tenaganya yang utama dalam industri untuk kegunaan utiliti, komersial & perindustrian serta kediaman. Dengan tumpuan khas diberikan kepada pasaran C&I Thai yang berkembang pantas, Sungrow menjadi peneraju untuk melancarkan penyongsang PV komersial yang terkini: SG125CX dan pengoptimum kuasa inovatif: SP600S, mencapai selanjutnya satu langkah besar di hadapan pesaingnya dan mengekalkan kelebihan penggerak yang pertama dalam industri solar.

Sungrow Showed One-Up Solar plus Storage Solutions During ASEW 2022
Sungrow Showed One-Up Solar plus Storage Solutions During ASEW 2022

Thailand memiliki potensi yang besar untuk tenaga fotovolta solar dan membangunkan projek-projek solar secara berterusan. Rancangan Pembangunan Kuasa (PDP) 2018-2037 negaranya merumuskan bahawa solar akan menyumbang sebanyak lebih separuh daripada jumlah pengeluaran tenaga menjelang tahun 2037. Apa yang jelas, kerajaan Thai melaksanakan pakej dasar liberalisasi untuk menggalakkan IPP dan sektor swasta memasang sistem solar bagi memencarkan penjanaan dan pengagihan kuasa elektrik; lantas mengupayakan peluang untuk pasaran teragih. Sehubungan itu, Sungrow mendemonstrasikan penyelesaian ESS berserta PV peneraju industrinya untuk pelanggan C&I dan kediaman. SG125CX-P2 premium dengan arus masuk maksimum 15A setiap tindanan dan Power Max 12 MPPT termaju mencapai hasil yang lebih tinggi. Ia turut dilengkapi dengan AFCI 2.0 dikemas kini dan SPD Jenis I+II, yang dapat mengesan lengkuk dengan ketepatan 99.9%, melindungi selanjutnya keselamatan bangunan C&I. Bagi sektor storan C&I, Sungrow mempamerkan PowerStack ESS Disejukkan oleh Cecair baharu: ST500CP. Bergantung kepada teknologi yang disejukkan oleh cecair dan pengurusan peringkat kluster, sistem ini akan memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap storan tenaga dan penggunaan kuasa bersih dalam tempoh jangka panjang.

Pasaran teragih memiliki lebih banyak permintaan untuk hasil kuasa yang lebih tinggi dan keselamatan yang lebih tinggi. Justeru itu, Sungrow memperkenalkan satu lagi produk inovatif, Pengoptimum Kuasa SP600S, selangkah di hadapan pesaingnya. SP600S mengoptimumkan penjanaan kuasa ke atas peringkat modul dan membawakan kepada pelanggan teragih dengan purata peningkatan hasil sebanyak 4%-30%. Di samping itu, ia membolehkan pemasangan panel solar yang lebih fleksibel pada bumbung berbilang orientasi atau ruang lain. Menggunakan SP600S, pemilik loji boleh memasang lebih banyak panel sebanyak 10% hingga 70%. SP600S dilengkapi dengan standard perlindungan IP68& C5, bagi memastikan operasi jangka panjang walaupun dalam persekitaran yang sukar. Ketika ini, ia boleh digunakan dengan berbilang penyongsang Sungrow termasuk SGRS series, SHRS series dan SGCX-P2 series.

Apabila perkembangan teknologi membenarkan lebih ramai penduduk Thai memasang projek solar bumbung dan menjana kuasa elektrik untuk kegunaan sendiri, ladang solar berskala besar dan projek solar hidro-terapung masih menjadi kuasa besar dalam industri tenaga boleh diperbaharui Thai. Baru-baru ini, Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT) mengeluarkan tender untuk projek hidro-terapung berskala besar. Justeru itu, semasa acara berkenaan, Sungrow turut mempamerkan salah satu daripada penyongsang tindanannya yang paling berkuasa di dunia: SG350HX, yang menawarkan input 16 MPPT maksimum, setiap satu menyokong arus 30A, lalu menjadikannya serasi sepenuhnya dengan modul besar dwimuka 182 mm dan 210 mm. SG350HX boleh berfungsi dengan baik di kawasan beraltitud tinggi seperti rupa bumi bukit di Thailand. Satu lagi produk inovatif: PowerTitan, ESS Disejukkan oleh Cecair untuk kegunaan skala utiliti turut membuat penampilan sulung secara terbuka. Serupa dengan versi C&I, inovasi ini menjadikan BESS lebih andal dan memastikan ROI jangka panjang.

"Kami telah meneroka pasaran Thai secara strategik selama beberapa tahun dan mewujudkan jaringan jualan, pengeluaran dan perkhidmatan yang matang. Dengan mendemonstrasikan penyelesaian storan berserta solar komprehensif kami semasa acara ini, Sungrow mengesahkan kesungguhannya untuk menjadi peneraju dalam pasaran ini. Kami turut mencapai beberapa kejayaan di wilayah ini seperti projek ESS 136.24MWj dengan Super Energy. Kami menjangkakan akan mencipta lebih banyak jenis ini pada masa akan datang," kata Steven Zhu, Pengurus Negara Sungrow Thailand.

Latar Belakang Sungrow

Sungrow Power Supply Co., Ltd. ialah jenama penyongsang yang paling andal di dunia dengan lebih 269 GW dipasang di seluruh dunia setakat Jun 2022. Ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Profesor Universiti Cao Renxian, Sungrow merupakan peneraju dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) penyongsang solar bersama pasukan R&D yang berdedikasi dan terbesar dalam industri ini dan portfolio produk luas yang menawarkan penyelesaian penyongsang PV dan sistem storan tenaga untuk aplikasi skala utiliti, komersial & perindustrian serta kediaman dan juga penyelesaian loji PV terapung yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, penyelesaian pemacu NEV, penyelesaian pengecasan EV dan sistem penghasilan hidrogen boleh diperbaharui. Dengan rekod prestasi selama 25 tahun dalam bidang PV, produk Sungrow memberi kuasa untuk lebih 150 negara seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut tentang Sungrow melalui: www.sungrowpower.com

 

Source: Sungrow Power Supply Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300274
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities