Singapura, 21 September 2022: A. Menarini Asia-Pacific Holdings Pte. Ltd., sebahagian daripada The Menarini Group dan SciClone Pharmaceuticals (Holdings) Limited telahpun memeterai satu perjanjian pelesenan eksklusif untuk membangunkan dan mengkomersialkan Vaborem® (meropenem dan vaborbactam) di Republik Rakyat China (China). Inisiatif ini bertujuan untuk meluaskan pilihan bagi menangani ancaman kesihatan awam terhadap jangkitan tahan antimikrob, khususnya Enterobacterales tahan-carbapenem (CRE). Ketika ini, Vaborem® digunakan untuk merawat pesakit di Kesatuan Eropah untuk pelbagai indikasi termasuk jangkitan saluran kencing rumit (cUTI), jangkitan intraabdomen rumit (cIAI) dan pneumonia yang dijangkiti di hospital (HAP) serta diluluskan di Amerika Syarikat untuk merawat cUTI.
Vaborem® ialah kombinasi dos tetap carbapenem dan perencat β-lactamase asid boronik baharu serine β-lactamase kelas A dan kelas C. Ia melindungi meropenem daripada degradasi oleh serine carbapenemase, mengembalikan aktivitinya terhadap strain tahan-carbapenem dan dibangunkan khusus untuk merencatkan CRE termasuk bakteria yang menghasilkan Carbapenemase Klebsiella pneumoniae (KPC) yang biasa ditemui.
Jangkitan CRE, yang menjadi satu kebimbangan serius di seluruh dunia, disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai salah satu daripada tiga patogen kritikal yang memerlukan pilihan antimikrob baharu. Jangkitan ini, kini dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi serta tempoh menginap dan kos hospital yang meningkat. Menurut China Antimicrobial Surveillance Network (CHINET), insiden jangkitan Klebsiella pneumoniae tahan-carbapenem (CRKP) mengalami kenaikan mendadak sejak 10 tahun yang lalu. Setakat ini, terdapat beberapa ubat yang tersedia untuk melawan jangkitan CRE dan rawatan sedia ada sering dikaitkan dengan ketoksikan signifikan dan parameter farmakokinetik suboptimum.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Menarini bagi membangunkan dan mengkomersialkan Vaborem® di China dan membawa pilihan rawatan yang lebih baik kepada pesakit yang menghidap penyakit teruk. Perkongsian ini mengiktiraf keupayaan SciClone dalam pembangunan dan pengkomersialan produk serta turut membantu kami mengukuhkan fokus strategik kami ke atas penyakit berjangkit. Kami berminat untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi luar negara bagi memperkenalkan pilihan rawatan antarabangsa dan canggih di China serta untuk menyediakan kepada pesakit di seluruh dunia dengan ubat-ubatan inovatif kami sendiri yang berkualiti tinggi," kata Hong Zhao, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SciClone.
Di bawah Perjanjian Lesen ini, Menarini akan menerima bayaran termasuk pembayaran ikut kerja dan royalti berperingkat ke atas jualan. SciClone akan bertanggungjawab untuk menjalankan dan membiayai pembangunan klinikal tempatan serta pengkomersialan Vaborem®. Bagi memudahkan akses kepada pesakit di China, SciClone akan menjalankan percubaan klinikal tempatan dan mendapatkan kelulusan pemfailan kawal selia yang berkenaan di China.
"Ini merupakan langkah yang penting buat Menarini untuk terus menyediakan kepada pesakit dengan rawatan untuk keadaan yang mengancam nyawa. Kolaborasi dengan SciClone akan memudahkan akses yang lebih luas kepada ubat-ubatan anti-jangkitan dan menangani ancaman rintangan anti-mikrob yang semakin meningkat. Ia turut mencerminkan matlamat bertumpukan pesakit yang dikongsi bersama Melinta," kata Maurizio Luongo, Ketua Pegawai Eksekutif Menarini Asia-Pacific. Menarini akan terus meningkatkan tawarannya dengan mendapatkan aset inovatif dan untuk meluaskan liputan geografinya baik melalui kehadiran langsung mahupun perkongsian luar," tambah beliau.
Menarini memperoleh hak-hak eksklusif daripada Melinta pada tahun 2018 untuk memasarkan dan menjual Vaborem® (meropenem and vaborbactam) di 68 negara di Eropah, Komanwel Negara-negara Merdeka dan Asia-Pasifik.
"Misi kami adalah untuk menyediakan terapi inovatif kepada orang ramai yang terjejas oleh penyakit akut dan mengancam nyawa. Kami gembira kerana produk pertama dalam kelas kami, melalui kolaborasi kami dengan Menarini, berkedudukan baik untuk membantu membawa perubahan buat pesakit di China yang memerlukan terapi kami," kata Christine Ann Miller, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Melinta Therapeutics.
Latar Belakang Menarini Asia-Pacific
Menarini Asia-Pacific merupakan sebahagian daripada Menarini Group, syarikat biofarmaseutikal Itali yang terbesar di dunia dengan warisan selama lebih 135 tahun dan menggaji lebih 17,000 pekerja di lebih daripada 140 negara. Di Asia-Pasifik, Menarini memiliki kehadiran langsung dalam 13 pasaran penjagaan kesihatan utama dengan menggaji lebih 3,500 pekerja dan berusaha untuk menjadi penyedia utama penyelesaian dan perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk mencergaskan kehidupan. Menarini Asia-Pacific, beroperasi merentas rantaian nilai, termasuk pembangunan klinikal, aktiviti kawal selia, pemasaran dan penjualan dengan portfolio jenama proprietari dan rakan kongsi yang pelbagai dalam kesihatan pengguna dan ubat-ubatan preskripsi. Untuk maklumat tambahan berhubung Menarini Asia-Pacific, sila kunjungi: https://www.menariniapac.com/
Latar Belakang SciClone Pharmaceuticals
SciClone Pharmaceuticals (Holdings) Limited ("SciClone Pharmaceuticals", HKEX: 6600) ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal global dengan platform bersepadu untuk pembangunan dan pengkomersialan terapi yang inovatif untuk kanser dan jangkitan teruk. Dengan transformasi strategik berpandukan inovasi, SciClone Pharmaceuticals mewujudkan portfolio produk dengan kelebihan dibezakan, termasuk beberapa produk/saluran berpotensi yang pertama dalam kelas dan terbaik dalam kelas. Berpegang teguh kepada aspirasi asal Kumpulan ini iaitu "Sciclone memberi harapan kepada kehidupan", SciClone berdedikasi untuk memperbaiki kesihatan pesakit dengan menyediakan produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik dengan standard penjagaan global. Untuk maklumat tambahan berhubung SciClone, sila kunjungi: http://www.sciclone.com/
Latar Belakang Melinta Therapeutics
Melinta Therapeutics, LLC menyediakan terapi inovatif kepada orang ramai yang terjejas oleh penyakit akut dan mengancam nyawa. Ketika ini, portfolio kami melibatkan enam produk peringkat komersial: Baxdela® (delafloxacin), Kimyrsa® (oritavancin), Minocin® (minocycline) untuk Suntikan, Orbactiv® (oritavancin), TOPROL-XL® (metoprolol succinate) dan Vabomere® (meropenem dan vaborbactam). Melinta juga menandatangani perjanjian pelesenan dengan Cidara Therapeutics bagi mendapatkan hak untuk memasarkan dan mengedarkan calon pembangunan rezafungin di Amerika Syarikat.
Dengan komitmen yang tiada bandingannya kepada penyedia dan pesakit yang mendapat khidmat mereka, Melinta berusaha untuk memastikan agar semua orang yang memerlukan terapi mereka dapat menerimanya. Melinta memfokuskan portfolionya yang semakin berkembang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pesakit dengan keperluan yang tidak dipenuhi bagi memberi impak yang paling bermakna. Melinta berdedikasi terhadap inovasi dan dalam masa yang sama berpegang teguh kepada apa yang paling penting: pesakit. Untuk maklumat tambahan berhubung Melinta, sila kunjungi: https://melinta.com/