omniture

CGTN: China ambil tindakan konkrit untuk tingkatkan pemulihan ekonomi global

CGTN
2022-09-21 14:21 78

BEIJING, 21 September 2022 /PRNewswire/ -- Di sidang kemuncak Samarkand Shanghai Cooperation Organization (SCO) yang melabuhkan tirainya baru-baru ini, China menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan negara-negara global untuk mempererat kerjasama praktikal dalam bidang-bidang seperti perdagangan dan pelaburan, infrastruktur dan mengekalkan kestabilan rantaian bekalan.

Usaha telahpun dilaksanakan. Forum Rantaian Perindustrian dan Bekalan Bingkas dan Stabil Antarabangsa bermula di Hangzhou, ibu kota Wilayah Zhejiang di timur China pada hari Isnin.

Berperanan sebagai platform di mana orang dalam industri dapat meningkatkan pertukaran dan kerjasama, forum tersebut bertujuan untuk meningkatkan kebingkasan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global dengan menggalakkan perkongsian pengalaman dan pembinaan konsensus yang luas, menurut Kerajaan Wilayah Zhejiang.

Jaminan penting untuk mempromosikan ekonomi dunia

China meletakkan kepentingan yang tinggi untuk mengekalkan kebingkasan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan serta menyeru masyarakat global untuk membina dan berkongsi secara bersama rantaian perindustrian dan bekalan global dalam banyak kesempatan.

Dalam surat ucapan tahniah beliau kepada forum tersebut, Presiden Cina Xi Jinping turut menyatakan bahawa mengekalkan kebingkasan dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global merupakan jaminan yang penting untuk menggalakkan pembangunan ekonomi global dan memenuhi kepentingan bersama orang ramai di seluruh dunia.

China akan benar-benar memastikan agar rantaian perindustrian dan bekalan membawa kebaikan awam sifatnya, melindungi sekuriti dan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalannya, mengambil tindakan konkrit untuk mempererat kerjasama antarabangsa berhubung rantaian perindustrian dan bekalan serta memastikan agar orang ramai dari semua negara berkongsi hasil pembangunan, kata beliau.

China bersedia untuk lebih banyak usaha

Semasa separuh pertama tahun ini, usaha mantap telahpun dibuat untuk melancarkan rantaian perindustrian dan bekalan, mengukuhkan momentum pemulihan ekonomi perindustrian ketika aktiviti-aktiviti kilang terganggu dan kesesakan logistik muncul di beberapa wilayah ekoran wabak, menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) negara ini.

Hasil daripada usaha berkenaan, ekonomi perindustrian dapat mengekalkan pertumbuhan pemulihan. Mulai Januari hingga Julai tahun ini, nilai tambahan perusahaan perindustrian melebihi saiz yang ditetapkan meningkat sebanyak 3.5% berbanding tahun sebelumnya, menurut kementerian.

Xi berkata dalam surat tersebut bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara lain bagi merebut peluang baharu yang dibawa oleh revolusi saintifik dan teknologi terkini serta transformasi perindustrian dan membina sistem rantaian perindustrian dan bekalan global yang selamat, stabil, lancar, cekap, terbuka, inklusif dan saling menguntungkan.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-19/Xi-sends-congratulatory-letter-to-forum-on-industrial-supply-chains-1dse5hIiRIQ/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion