omniture

Jenama Doritos PepsiCo Mengeluarkan Pemberitahuan Terakhir Untuk Pengguna Seluruh Dunia Mencipta Iklan Doritos Bagi Peluang Memenangi Hadiah Utama $1 Juta

PepsiCo
2013-11-06 20:00 225

-- Pembuat Iklan yang Ingin Mencuba Nasib Mesti Menghantar Iklan Doritos Buatan Sendiri Mereka pada www.doritos.com sebelum 24 November

PLANO, Texas, 6 November 2013 /PRNewswire/ -- Jenama Doritos PepsiCo hari ini mengumumkan pemberitahuan terakhir untuk penyertaan dalam pertandingan "Gemparkan Kejohanan Super Bowl" tahun ini. Orang dewasa seluruh dunia yang berada di tempat kerepek tortila Doritos ada dijual mempunyai masa sehingga 24 November bagi menggunakan idea iklan Doritos mereka yang paling berani agar menjadi iklan buatan sendiri bagi peluang memenangi hadiah utama bernilai $1 juta (A.S.). Akhirnya, dua pemenang bertuah dapat melihat iklan mereka ditayangkan di hadapan penonton televisyen global sewaktu Kejohanan Super Bowl XLVIII dan memenangi peluang untuk bekerjasama dengan Marvel Studios di set filem "Marvel's The Avengers: Age of Ultron," sekuel yang dinanti-nantikan untuk filem pecah panggung tahun 2012 "Marvel's The Avengers," yang telah menjadi filem ketiga yang mengaut keuntungan kasar paling banyak sepanjang zaman seluruh dunia. Buat kali pertama dalam sejarah pertandingan itu, pencipta iklan yang menerima undian peminat paling banyak juga terjamin akan memenangi hadiah bernilai $1 juta. Peminat mesti menghantar iklan mereka pada www.doritos.com sebelum penyertaan pertandingan ditutup secara rasmi pada 24 November pada pukul 11:59:59 PM CT.

Laman web pertandingan itu - www.doritos.com – mempunyai "Kit Alatan Pencipta" yang mempunyai logo, rakaman produk, muzik dan animasi Doritos untuk dimuat turun dan digunakan. Buat kali pertama, jenama Doritos juga akan memberi peminat akses pada muzik yang belum pernah didengar sebelum ini daripada artis yang baru mahu menempah nama dalam iklan mereka.

Sebaik sahaja penyertaan ditutup pada 24 November, panel hakim berkelayakan yang terdiri daripada eksekutif jenama Doritos, para profesional pengiklanan dan tokoh legenda Stan Lee daripada Pow! Entertainment – pengerusi emeritus Marvel Entertainment, LLC dan pencipta bersama Adiwira seperti Iron Man™, Spider-Man™ dan lain-lain lagi – akan memilih lima iklan finalis. Selepas itu, dunia akan dijemput mengundi untuk iklan terbaik. Akhirnya, dua iklan akan ditayangkan semasa tayangan Kejohanan Super Bowl – satu akan dipilih melalui undian peminat di www.doritos.com dan satu lagi akan dipilih oleh jenama Doritos. Pencipta kedua-dua iklan yang masuk peringkat akhir itu akan menerima peluang bekerja di set filem "Marvel's The Avengers: Age of Ultron" dan iklan dengan jumlah undian yang tertinggi akan memenangi hadiah utama bernilai $1 juta untuk penciptanya. Pemenang tempat kedua akan menerima $50,000 (A.S.).

Setiap daripada lima finalis pertandingan Gemparkan Kejohanan Super Bowl bakal memenangi jemputan ke East Rutherford, N.J., untuk menghadiri Super Bowl XLVIII dan menonton perlawanan itu daripada suite mewah persendirian, tempat mereka akan mengikutinya bagi mengetahui iklan finalis yang akan ditayangkan. Tiga finalis yang iklannya tidak ditayangkan sewaktu tayangan itu akan masing-masing memenangi $25,000 (U.S.). Tayangan Super Bowl XLVIII ditetapkan pada hari Ahad, 2 Februari 2014 di saluran FOX.

Sebagai salah satu daripada jenama snek yang menerajui di dunia, Doritos mempunyai kehadiran di 46 negara dan enam benua. Dengan rangkaian perisa daripada Nacho Cheese dan Cool Ranch hinggalah Sweet Chili Pepper dan Tangy Cheese, portfolio Doritos seluruh dunia kini menawarkan lebih 70 perisa unik.

Hubungan PepsiCo dengan NFL ialah antara tajaan sukan syarikat itu yang paling lama berlangsung dan yang paling berjaya. PepsiCo akan menggunakan kelebihan hubungannya dengan NFL bagi berhubung dengan pengguna sepanjang musim dengan pengaktifan banyak jenama makanan dan minuman terbesar syarikat itu, termasuk Pepsi, Tostitos, Quaker, Doritos dan Gatorade.

Tentang Marvel Entertainment
Marvel Entertainment, LLC, syarikat subsidiari milikan penuh The Walt Disney Company, ialah salah satu daripada syarikat hiburan berasaskan watak yang paling terkemuka di dunia, dibina atas pustaka yang sangat berjaya yang terdiri daripada lebih 8,000 watak yang muncul dalam pelbagai media sepanjang masa lebih tujuh puluh tahun. Marvel menggunakan francais wataknya dalam hiburan, pelesenan dan penerbitan. Bagi maklumat lanjut lawati marvel.com

Tentang Doritos
Kerepek tortila Doritos ialah salah satu daripada jenama berbilion dolar yang menjadi sebahagian daripada Frito-Lay North America, unit perniagaan makanan mudah PepsiCo (NYSE: PEP) yang bernilai $13 bilion, yang beribu pejabat di Purchase, NY. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang jenama Doritos, layari laman webnya di www.doritos.com atau melalui Twitter di www.twitter.com/Doritos atau di Facebook di http://www.facebook.com/DoritosUSA.

Tentang PepsiCo
PepsiCo ialah peneraju makanan dan minuman global dengan hasil bersih bernilai lebih $65 bilion dan portfolio produk yang termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu dalam jualan runcit tahunan. Perniagaan utama kami - Quaker, Tropicana, Gatorade, Frito-Lay dan Pepsi-Cola – menghasilkan ratusan makanan dan minuman lazat yang digemari oleh seluruh dunia. Para pekerja PepsiCo mempunyai satu komitmen unik yang sama untuk pertumbuhan mampan dengan melabur dalam masa hadapan yang lebih sihat bagi manusia dan planet kita, yang kami percaya juga bermakna masa hadapan yang lebih berjaya untuk PepsiCo. Kami gelar komitmen ini sebagai Prestasi dengan Matlamat: janji PepsiCo bagi menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman daripada makanan istimewa hinggalah makanan yang menyihatkan; bagi mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar dengan menjimatkan tenaga dan air serta mengurangkan jumlah pembungkusan; bagi menyediakan tempat kerja yang bagus untuk para pekerja kami; dan untuk menghormati, menyokong dan melabur dalam masyarakat tempatan tempat kami beroperasi. Bagi maklumat lanjut, sila lawati www.pepsico.com.

Ikuti PepsiCo:

TAYANGAN / MEDIA CETAK / MEDIA TV: Video berkualiti untuk tayangan, gambar pegun foto dan maklumat akhbar sedia untuk ditonton, dimuat turun dan dikongsi di www.magicbulletmedia.com/MNR/crashthesuperbowl

Source: PepsiCo
Related Stocks:
NYSE:PEP
Related Links:
Keywords: Entertainment Food/Beverages