omniture

BCI Menerajui Pelaburan Penting dalam Authority Brands

Authority Brands, LLC
2022-09-22 01:21

COLUMBIA, Maryland dan VICTORIA, British Columbia, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Authority Brands, sebuah platform francais bagi perkhidmatan kediaman di Amerika Utara, hari ini mengumumkan bahawa British Columbia Investment Management Corporation ("BCI"), salah satu pelabur institusi terbesar di Kanada, telah bersetuju memperoleh pegangan minoriti penting dalam syarikat ini, di samping dana yang dinasihati oleh Apax Partners LLP ("Apax Funds") yang akan mengekalkan pemilikan majoriti. 

Authority Brands ialah francaisor perkhidmatan kediaman yang unggul di Amerika Utara. Kumpulan jenama francais perkhidmatan kediaman milik syarikat ini merupakan peneraju dalam industrinya yang memberikan perkhidmatan kepada para pemilik kediaman yang merangkumi perkhidmatan hartanah hingga ke bumbung. Syarikat Authority Brands mencakupi 12 francaisor perkhidmatan kediaman yang terkemuka: America's Swimming Pool Company, Benjamin Franklin Plumbing, The Cleaning Authority, Color World Painting, DoodyCalls, Homewatch CareGivers, Mister Sparky, Monster Tree Service, Mosquito Squad, One Hour Heating and Air Conditioning, STOP Restoration dan Woofie's. Jenama ini menyediakan perkhidmatan kediaman melalui kira-kira 860 pemilik francais di seluruh Amerika Utara.

Sejak pelaburan permulaan Apax Funds pada tahun 2018, Authority Brands telah berkembang daripada dua francaisor perkhidmatan kediaman kepada 12 francaisor pada masa ini yang berkembang ke lokasi geografi dan perkhidmatan baharu serta membina infrastruktur yang hebat.

"Kami berbangga kerana dapat bekerjasama dengan pasukan Authority Brands untuk membantu membina, secara organik dan melalui pemerolehan strategik, sebuah platform francais perkhidmatan kediaman yang terkemuka," kata Ashish Karandikar, Rakan Kongsi Apax. "Kami terus melihat peluang pertumbuhan yang besar untuk Authority Brands dan berbesar hati untuk menyertai BCI serta anggota pasukan kepemimpinan dalam fasa perjalanan syarikat yang seterusnya sewaktu mereka mengembangkan platform mereka melalui M&A dan inisiatif strategik termasuk pembangunan francais, transformasi teknologi dan pengembangan antarabangsa."

"Sebagai pelabur jangka panjang, kami berusaha untuk melabur dalam syarikat peneraju pasaran dengan pasukan pengurusan yang kukuh, pemacu pertumbuhan yang pelbagai dan model perniagaan berdaya tahan yang mencipta nilai kepada para pemegang saham seperti Authority Brands," kata Dave Hong, Pengarah Urusan Kanan, Ekuiti Swasta BCI "Kami berharap dapat bekerjasama dengan Authority Brands dan Apax untuk menjana pulangan risiko terselaras yang menarik buat para pelanggan dana insurans dan pelan persaraan kami."

"Kami amat berbesar hati untuk terus membangunkan francaisor perkhidmatan kediaman yang unggul ini dengan kerjasama Apax dan BCI," kata Craig Donaldson, Ketua Pegawai Eksekutif Authority Brands. "Kedua-dua rakan kongsi ini akan menambah nilai yang besar dalam usaha kami mendapatkan bahagian pasaran selanjutnya dalam perkhidmatan kediaman yang sangat terpisah, termasuk dengan menilai peluang M&A dalam rangkaian perkhidmatan baharu."

Terma kewangan bagi urus niaga ini tidak didedahkan. Urus niaga ini dijangka akan dimuktamadkan pada suku keempat tahun 2022, tertakluk kepada syarat-syarat muktamad yang lazim.

Apax dinasihati oleh Harris Williams, Boxwood Partners, William Blair & Company, Moelis & Company (penasihat kewangan), Kirkland & Ellis, Simpson Thacher & Bartlett, DLA Piper dan Lathrop GPM (penasihat undang-undang) serta Ernst & Young (penasihat kewangan dan percukaian).

Tentang BCI

British Columbia Investment Management Corporation (BCI) merupakan antara pelabur institusi terbesar di Kanada dengan dana di bawah pengurusan berjumlah C$211.1 bilion pada 31 Mac 2022. Berpangkalan di Victoria, British Columbia dengan pejabat-pejabat di Vancouver dan Bandar Raya New York, BCI melabur dalam: pendapatan tetap dan hutang swasta; ekuiti awam dan swasta; infrastruktur dan sumber boleh baharu; serta ekuiti dan hutang hartanah yang dikendalikan secara bebas melalui platform syarikat kami, QuadReal Property Group. Dengan perspektif global kami, kami mencari peluang pelaburan yang menukar simpanan kepada modal produktif yang akan memenuhi keperluan risiko dan pulangan pelanggan kami dari semasa ke semasa.

Program ekuiti swasta BCI menguruskan portfolio global bernilai C$24.8 bilion secara aktif yang terdiri daripada dana dan syarikat pegangan swasta dengan potensi pertumbuhan jangka panjang. Dengan memanfaatkan pasukan berfokuskan sektor dalam perkhidmatan perniagaan, pengguna, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, perindustrian dan teknologi, media dan telekomunikasi, kami bekerjasama dengan rakan kongsi ekuiti swasta strategik untuk mendapatkan dan mengurus peluang tajaan bersama/pelaburan bersama serta secara langsung.

Untuk maklumat lanjut, sila layari bci.ca.

Tentang Apax Partners LLP

Apax Partners LLP ("Apax") ialah sebuah firma penasihat ekuiti swasta global yang terkemuka. Selama hampir 50 tahun, Apax telah berusaha memberikan inspirasi ke arah pertumbuhan dan idea yang mengubah perniagaan. Firma ini telah mengumpul dan menasihati dana dengan komitmen agregat yang bernilai melebihi $60 bilion. Apax Funds melabur dalam syarikat-syarikat yang terdiri daripada empat sektor global iaitu Internet/Pengguna, Teknologi, Perkhidmatan dan Penjagaan Kesihatan. Dana ini menyediakan pembiayaan ekuiti jangka panjang untuk membangun dan mengukuhkan syarikat bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lihat: www.apax.com.

Apax Partners diberi kuasa dan dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Tatakelakuan Kewangan di UK.

Tentang Authority Brands

Authority Brands ialah platform francais bagi perkhidmatan kediaman yang unggul yang menyediakan perkhidmatan merangkumi perkhidmatan hartanah hingga ke bumbung. Syarikat Authority Brands mencakupi 12 francaisor perkhidmatan kediaman yang terkemuka: America's Swimming Pool Company, Benjamin Franklin Plumbing, The Cleaning Authority, Color World Painting, DoodyCalls, Homewatch CareGivers, Mister Sparky, Monster Tree Service, Mosquito Squad, One Hour Heating and Air Conditioning, STOP Restoration dan Woofie's. Jenama ini menyediakan perkhidmatan kediaman melalui kira-kira 860 pemilik francais di seluruh Amerika Utara. Authority Brands yang beribu pejabat di Columbia, Maryland, dikhususkan untuk menyokong pertumbuhan para pemilik francais individu dengan rangkaian penuh pemasaran, teknologi serta bantuan pengendalian yang membolehkan mereka menumpukan perhatian untuk memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada para pemilik kediaman. Sila layari www.authoritybrands.com untuk maklumat lanjut.

Hubungan: 

Untuk Authority Brands
Heather McLeod / 410-794-1430 / heather@authoritybrandsllc.com

Untuk Apax
Luke Charalambous / +44 20 7872 6494 / Luke.Charalambous@apax.com

Untuk BCI
Gwen-Ann Chittenden / +1 778 410 7310 /
media@bci.ca

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/795374/Authority_Brands_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Authority Brands, LLC
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Residential Real Estate Acquisitions, mergers, takeovers Venture Capital