omniture

Huawei Aktif Terokai Amalan Evolusi F5G Bentuk Semula Produktiviti Industri

HC2022
2022-09-22 04:00 126

BANGKOK, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2022, Kim Jin, Naib Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Evolusi F5G, Membentuk Semula Produktiviti Industri" yang mana beliau membentangkan visi beliau bahawa F5G akan berkembang terutamanya merentas tiga senario industri baharu dan melancarkan gerbang IoT pemasaan pintar optik-menyeluruh pertama dalam industri ICT dan peranti penderia getaran gentian optik serba baharu.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak "Amalan Industri F5G, Membina Ketersambungan Generasi-Baharu" yang mana Huawei berkongsi amalan terbaik F5G bersama pelanggan dan juga rakan kongsi.

F5G ialah rangkaian komunikasi tetap generasi kelima, seperti yang ditakrifkan oleh European Telecommunications Standards Institute (ETSI). Dr. Frank J. Effenberger, Pelapor ITU-T Q2/15 dan Naib Kursi ETSI ISG F5G, menjelaskan bahawa F5G sangat berjaya dalam senario jalur lebar tetap dipertingkat (eFBB), sambungan gentian-penuh (FFC) dan pengalaman andal terjamin (GRE) berdasarkan kepada teknologi komunikasi gentian optik dan ia kini digunakan merentas pelbagai industri bagi mempercepatkan transformasi digital.

Kim Jin berkata bahawa fokus evolusi F5G pada masa depan adalah untuk membentuk semula produktiviti industri dengan terus meneroka senario aplikasi baharu dalam pasaran industri. Huawei percaya bahawa F5G akan berkembang kepada tiga lagi senario aplikasi — Rangkaian Optik Tangkas Hijau (GAO), Pautan Bingkas Masa-sebenar (RRL) dan Penderia & Visualisasi Optik (OSV) — serta menyeru rakan-rakan kongsi melalui rantaian industri untuk menggalakkan secara bersama inovasi dan aplikasi F5G.

Dengan memanfaatkan pengalaman pentingnya dalam pasaran industri sambil membangunkan F5G, Huawei membina penyelesaian Rangkaian OptiX Pintar Hijau dan menemui lebih daripada 40 aplikasi berasaskan senario yang inovatif dalam lebih 10 industri seperti pengangkutan, tenaga, kewangan serta utiliti kerajaan dan awam.

Bagi senario Internet Pelbagai Benda (IoT), Huawei melancarkan gerbang IoT pemasaan pintar optik-menyeluruh yang pertama di dunia, OptiXstar T823E-T. Gerbang ini membawakan ciri keandalan tinggi, pemasaan yang tepat dan keterbukaan pintar. Ia digunakan secara meluas dalam substesen, kenderaan-kepada-semua-benda (V2X) serta minyak dan gas.

Bagi kampus perusahaan kecil dan mikro, Huawei melancarkan penyelesaian MiniFTTO dan satu siri produk.

Bagi industri ISP, Huawei melancarkan penyelesaian talian persendirian Gentian ke Bilik (FTTR) dan OTN P2MP bagi membantu ISP meningkatkan pengalaman perkhidmatan rumah dan perusahaan serta kepuasan pelanggan.

Huawei turut memperkenalkan produk penderia gentian optik baharu, OptiXsense EF3000-F50, yang melanjutkan teknologi penderia gentian optik bermula daripada pemeriksaan saluran paip minyak dan gas kepada perlindungan kawasan yang penting serta memiliki potensi penggunaan yang tinggi di lapangan terbang, landasan kereta api dan kampus besar.

Nicholas Ma, Presiden Huawei APAC Enterprise Business Group, berkata, "Menyerlahkan potensi digital di Asia Pasifik memerlukan infrastruktur digital yang hijau dan kukuh. Huawei akan terus mempercepatkan transformasi digital dengan menyokong industri-industri dengan asas rangkaian optik-menyeluruh yang inovatif dan hijau serta bagi menjadi penyumbang penting kepada ekonomi digital rantau ini."

 

Source: HC2022
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications