omniture

Jacqueline Shi: Huawei Cloud Tegaskan "Oleh Tempatan, Untuk Tempatan" Pacu Transformasi Digital

HUAWEI CLOUD
2022-09-22 04:04 95

BANGKOK, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 19 September, HUAWEI CONNECT 2022 bermula di Bangkok, Thailand. Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan Global Huawei Cloud, menegaskan komitmen Huawei Cloud terhadap matlamat "Oleh Tempatan, Untuk Tempatan" ("By Local, For Local") dalam memupuk ekosistem yang kukuh untuk pendigitalan. Huawei Cloud percaya bahawa hanya apabila ekosistem tempatan berkembang, barulah transformasi digital dapat berkembang dan dengan cara yang sihat dan mampan.

Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan Global Huawei Cloud
Jacqueline Shi, Presiden Perkhidmatan Pemasaran dan Jualan Global Huawei Cloud

Huawei Cloud terus menyediakan teknologi digital yang utama kepada pengguna di serata dunia, membolehkan perusahaan dan pembangun mencapai pembangunan digital dengan lebih baik. Bagi menyediakan perkhidmatan setempat yang lebih baik. Huawei Cloud terus membina satu rangkaian global untuk menyampaikan perkhidmatan awan yang berkualiti tinggi dengan pengalaman yang konsisten. Di Asia Pasifik sejak tahun 2018, Huawei Cloud mengendalikan nod tempatan di Singapura dan Malaysia dan merupakan penyedia awan awam pertama yang berbuat demikian di Thailand. Huawei Cloud membina pusat data 3AZ di Bangkok, Chonburi dan Samut Prakan serta menyediakan laman sesawang dan khidmat runding di Thai.

Di samping itu, Huawei Cloud dan rakan-rakan kongsi membina ekosistem industri digital oleh semua dan untuk semua. Huawei Cloud berusaha tanpa lelah untuk membina ekosistem syarikat pemula global. Pelbagai bentuk pengupayaan, seperti pengoptimuman kos, sokongan teknikal, latihan keusahawanan dan sumber perniagaan akan memperkasa sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula berpotensi tinggi di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun akan datang, membantu syarikat pemula beralih ke awan dengan tangkas dan memberi tumpuan pada inovasi.

Di Asia Pasifik sahaja, lebih daripada 120 perusahaan menyertai Huawei Cloud Startup Program. Sebagai contoh, Huawei Cloud membantu ReverseAds mengembangkan perniagaannya di Thailand, Singapura dan Amerika Selatan. Melalui program ini, ReverseAds menerima pembiayaan sebanyak lebih daripada USD20 juta. "Kami akan mempromosikan selanjutnya program syarikat pemula ke seluruh dunia. Kami berharap agar semakin banyak perusahaan seperti ReverseAds dapat berinovasi dan mencapai faedah yang saling menguntungkan," kata Cik Shi.

Di HUAWEI CONNECT 2022, Huawei Cloud turut melancarkan pelan ekosistem "Menuju Awan, Menuju Global" ("Go Cloud, Go Global") untuk berkongsi pematuhan tempatan dan sumber manusia Huawei di lebih daripada 170 negara dan wilayah. Pelan berkenaan turut berkongsi pandangan Huawei Cloud tentang industri dan domain paling hangat serta produk dan penyelesaian yang sepadan untuk lebih banyak perusahaan menuju global.

Cik Shi melancarkan 15 perkhidmatan yang inovatif di persidangan tersebut termasuk CCE Turbo (Enjin Bekas Awan), UCS (Perkhidmatan Natif Awan Merata), model gelombang Pangu, DataArts LakeFormation, Virtual Live, CodeCheck dan CloudTest, KooMessage, KooSearch serta KooGallery. Ini merupakan kali pertama perkhidmatan berkenaan diumumkan untuk pelaksanaan global.

 

 

 

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology