omniture

HAVAL H6 GT Membuat Penampilan Mengagumkan, GWM Taja Rugby World Cup Sevens 2022

GWM
2022-09-22 04:11 88

BAODING, China, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 9 September, GWM HAVAL H6 GT muncul di Rugby World Cup Sevens 2022 di Afrika Selatan, mencetuskan keghairahan yang meluap-luap terhadap pengalaman visual SUV coupe itu.

HAVAL H6 GT Membuat Penampilan Mengagumkan, GWM Taja Rugby World Cup Sevens 2022
HAVAL H6 GT Membuat Penampilan Mengagumkan, GWM Taja Rugby World Cup Sevens 2022

Jenama HAVAL menyediakan kawasan pengalaman HAVAL H6 GT yang statik di luar Cape Town Stadium yang memberi peluang kepada peminat ragbi dan khalayak lain untuk merasai pengalaman penggayaan coupe sport uniknya dengan lebih dekat.

HAVAL H6 GT menerima pakai reka bentuk estetik yang diilhamkan oleh bio, yang mengintegrasikan postur kuat ikan jerung dengan pemodelan badan, menjadikannya kelihatan sangat bergaya. Bahagian sisi HAVAL H6 GT menerima pakai banyak perincian reka bentuk yang diperibadikan sebagai hiasan, termasuk garisan yang licin dan kasar, bentuk fastback dan spoiler trim belakang berganda. Perincian ini menekankan lagi ekspresi gaya dan ciri kereta sport pada model ini.

Sebenarnya, dalam minggu pertama bulan September, HAVAL H6 GT mengadakan pandu uji media di Afrika Selatan. TopGear.co.za, SAGMJ dan media berwibawa tempatan yang lain kesemuanya menyatakan pengiktirafan mereka terhadap model ini.

"HAVAL H6 GT mengintegrasikan praktikaliti H6 konvensional dengan gaya moden. Tidak syak lagi bahawa ia akan diterima baik oleh pembeli SUV tempatan," ulas TopGear.co.za, laman sesawang pakar auto tempatan.

"HAVAL H6 GT membentuk semula penampilan SUV. Model yang lebih bergaya ini menyediakan produk yang berbeza untuk H6 SUV dan turut melengkapkan bahasa gaya unik HAVAL H6 ketika ini," diulas oleh South African Guild of Mobility Journalists (SAGMJ). 

HAVAL H6 GT turut dilengkapi dengan mod jejak dan sistem gelombang bunyi ekzos, bagi memberikan pengalaman memandu yang lebih bergaya kepada pemandu uji global.

Conrad Groenewald, Ketua Pegawai Operasi HAVAL Afrika Selatan berkata "HAVAL membawa jenama ini kepada pengguna dalam format yang sesuai dengan pasaran melalui acara penajaan seperti Rugby World Cup Sevens."

Dalam bulan Julai tahun ini, HAVAL H6 GT turut muncul di Red Bull Quicksand di Afrika Selatan, memberikan kepada penonton rasa yang lebih ketara terhadap daya tarikan SUV coupe itu. Dalam pasaran Australia, HAVAL terus mendekatkan model dan penggunanya melalui jalinan kerjasama dengan City2Surf, yang popular dalam kalangan anak muda.

Kecuali untuk HAVAL H6 GT, bagi memenuhi keperluan yang dibezakan daripada pengguna seluruh dunia yang pelbagai, rangkaian HAVAL H6 juga tekal meluaskan barisan produknya dengan melancarkan pelbagai model termasuk versi berkuasa bahan api H6 dan versi hibrid HEV/PHEV.

Rangkaian GWM HAVAL H6 merancang untuk melancarkan versi produk yang berbeza dalam berbilang pasaran seluruh dunia dalam masa terdekat dan berharap dapat menyediakan pengalaman yang diperibadikan kepada lebih ramai pengguna.

 

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Sporting Events Sports Telecommunications Transportation New products/services