omniture

Chengdu giatkan usaha untuk sektor perdagangan perkhidmatan

Chengdu Commerce Bureau
2022-09-22 04:10 53

CHENGDU, China, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan Barat Daya China, menggiatkan usahanya untuk meningkatkan pembangunan sektor perdagangan perkhidmatan untuk memajukan pembangunan yang berkualiti tinggi di wilayah ini.

Taman Perisian Tianfu Chengdu memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sektor perdagangan perkhidmatan di Chengdu.
Taman Perisian Tianfu Chengdu memainkan peranan penting dalam menyokong pembangunan sektor perdagangan perkhidmatan di Chengdu.

Setakat ini, Chengdu telahpun menubuhkan lima tapak eksport negara yang memfokuskan kepada perkhidmatan digital, produk budaya, perkhidmatan IP, perkhidmatan sumber manusia dan perkhidmatan bahasa bagi menyuntik kevitalan ke dalam industri perdagangan perkhidmatan.

Dalam separuh pertama tahun 2022, volum import dan eksport perdagangan perkhidmatan di Chengdu meningkat 24.97 peratus berbanding tahun sebelumnya. Volum eksport perdagangan perkhidmatan bandar ini meningkat 47.04 peratus berbanding tahun sebelumnya. Volum import dan eksport produk digitalnya meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya sementara volum import dan eksport royalti IP meningkat 101.37 peratus.

Para pegawai tempatan berkata pewujudan lima platform berkenaan memainkan peranan yang tidak dapat ditukar ganti dalam menggalakkan pembangunan sektor perdagangan perkhidmatan Chengdu.

Kementerian Perdagangan memperakui selanjutnya 40 tapak eksport perkhidmatan profesional negara dalam bulan Mac bagi menyokong eksport empat jenis perkhidmatan. Perkhidmatan berkenaan ialah sumber manusia, maklumat geografi, bahasa dan perkhidmatan IP.

Zon Pembangunan Perindustrian Teknologi-Tinggi Chengdu, turut dikenali sebagai CDHT diiktiraf sebagai tapak eksport perkhidmatan IP profesional. Taman Perindustrian Perkhidmatan Sumber Manusia Chengdu dan Sichuan Lan-Bridge Information Technology masing-masing diiktiraf sebagai tapak eksport perkhidmatan sumber manusia profesional serta tapak eksport perkhidmatan bahasa profesional.

Para pegawai daripada biro perdagangan Chengdu berkata pembangunan tapak eksport perkhidmatan profesional akan membantu industri perdagangan perkhidmatan bandar ini untuk membangun menuju operasi yang berskala lebih besar dan lebih intensif.

Syarikat-syarikat yang memiliki daya saing yang kuat, pengaruh pasaran dan kapasiti inovasi akan mendapat manfaat daripada platform-platform berkenaan. Syarikat-syarikat berkenaan juga akan dapat meningkatkan prestasi keseluruhan dan kekuatan industri perdagangan perkhidmatan Chengdu.

Disokong oleh kerajaan Chengdu, perusahaan perdagangan perkhidmatan memberi perhatian yang lebih tinggi terhadap pembangunan produk baharu dan inovasi bagi mengekalkan pembangunan yang mampan.

Dalam bulan Mei tahun ini, Taman Perindustrian Perkhidmatan Sumber Manusia Chengdu mengundang 13 penyedia perkhidmatan sumber manusia termasuk Risfond dan OPT untuk membentuk pakatan tidak rasmi yang dinamakan West Headhunting Valley Alliance. Pakatan tersebut akan membantu Chengdu membina China West Headhunting Valley, yang akan membawakan 100 penyedia perkhidmatan sumber manusia yang berpengaruh dan 30,000 ahli profesional dalam CDHT.

 

Source: Chengdu Commerce Bureau
Keywords: Banking/Financial Service