omniture

Sinopec Keluarkan Laporan CSR 2021, Tekankan Tenaga Bersih, Kemampanan dan Perkongsian Hasil Pembangunan bersama Masyarakat

SINOPEC
2022-09-22 04:15 39

BEIJING, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") telahpun mengeluarkan Laporan Tanggungjawab Korporat 2021 baru-baru ini, menekankan pembangunan tenaga bersihnya dengan 104 subsidiarinya yang diiktiraf sebagai Perusahaan Hijau dan pengurangan emisi karbon tahunan sebanyak 2.38 juta tan.

Sinopec Keluarkan Laporan CSR 2021, Tekankan Tenaga Bersih, Kemampanan dan Perkongsian Hasil Pembangunan bersama Masyarakat.
Sinopec Keluarkan Laporan CSR 2021, Tekankan Tenaga Bersih, Kemampanan dan Perkongsian Hasil Pembangunan bersama Masyarakat.

"Sinopec memenuhi tanggungjawab kami sebagai warga korporat global. Kami menyokong trend pembangunan globalisasi ekonomi dan pembukaan China, memenuhi inisiatif 'Jalur dan Jalan' serta memanfaatkan sepenuhnya penerokaan dan pembangunan minyak dan gas, perkhidmatan kejuruteraan petroleum dan petrokimia, produk kimia, perdagangan peralatan dan bahan, pelaburan pergudangan dan banyak lagi untuk menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan bersama banyak negara dan wilayah bagi mencapai pembangunan mampan untuk ekonomi dan masyarakat global," kata Ma Yongsheng, Presiden Sinopec.

Pembangunan tenaga bersih Sinopec yang berterusan berpaksikan untuk membina "syarikat tenaga hidrogen No.1 di China", kapasiti penghasilan hidrogen tahunannya telah melebihi 3.5 juta tan yang menyumbang sebanyak 14 peratus daripada jumlah keseluruhan negara. Medan gas syal Fuling Sinopec mencapai pengeluaran gas terkumpul sebanyak 45.4 bilion meter padu dan kapasiti pemanasan geoterma syarikat ini kini mencecah lebih daripada 80 juta meter persegi.

Sinopec juga berusaha untuk menjadi pengamal perlindungan alam sekitar, pemacu tamadun ekologi dan pembina China yang indah menerusi kajian jejak karbon yang aktif dan penyertaan yang berterusan dalam perdagangan karbon. Pada tahun 2021, ia mencatatkan jumlah dagangan karbon sebanyak 9.7 juta tan dengan nilai transaksi mencecah 414 juta yuan (AS$ 61 juta) dan menubuhkan secara inovatif kilang taman "Niukouyu Wetland" dan kilang hijau "Egret Garden".

Bagi menyokong penggiatan semula luar bandar, Sinopec menawarkan bantuan rakan kongsi bagi menggalakkan pembangunan mampan di lapan daerah dan 616 kampung, melabur sejumlah 192 juta yuan (AS$ 28.29 juta) dengan 940 kakitangan ditempatkan di kampung berkenaan.

Setakat ini, program Lifeline Express Sinopec telah membantu lebih 50,000 pesakit katarak, manakala program Drivers' Home olehnya telahpun menubuhkan 2,178 buah rumah untuk pemandu trak dan 3,520 "stesen jagaan". Sinopec juga terlibat dengan aktif dalam pembasmian kemiskinan dan melabur sejumlah 192 juta yuan (AS$ 28.29 juta) dalam tahun 2021 bagi menyokong kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

 

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research