SAN ANTONIO, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada hari Selasa, SEG Solar (SEG) mengumumkan rancangan untuk menubuhkan sebuah kilang pembuatan modul PV di Houston, Texas, Amerika Syarikat dengan jangkaan kapasiti tahunan mencecah lebih daripada 2 gigawatt (GW).
Kemudahan ini dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan pada penghujung tahun 2022 dan akan beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun 2023.
Kilang ini akan dilengkapi dengan tiga barisan pengeluaran canggih yang berupaya untuk mengeluarkan modul solar Topcon jenis N yang berkecekapan tinggi dengan sel solar 182mm atau 210mm.
Pembangunan kemudahan ini merupakan langkah yang seterusnya dalam strategi penyetempatan produk jangka panjang SEG yang dirancang untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan di Amerika Syarikat.
SEG amat teruja kerana dapat menembusi pasaran pembuatan A.S. ketika ini, kata Jim Wood, Ketua Pegawai Eksekutif SEG, menambah bahawa penubuhan kemudahan ini kini jelas maksudnya menurut beberapa tahap yang berbeza ekoran insentif baru-baru ini untuk pengilangan solar dimasukkan ke dalam Akta Pengurangan Inflasi dan iklim perundangan semasa.
Beliau berkata bahawa kilang ini akan memberi lebih kawalan kepada SEG terhadap rantaian bekalan dan mempermudah logistik pengangkutan, seterusnya menyediakan kepada pelanggan dengan harga yang kompetitif dan lebih banyak jaminan terhadap penghantaran yang tepat pada masanya.
SEG komited untuk mendapatkan komponen dan bahan-bahan lain bagi tujuan pengeluaran modul di kemudahan ini daripada pembekal tempatan di Amerika Syarikat.
Hasilnya, SEG menjangkakan bahawa modul yang dikilangkan di kemudahan ini akan layak mendapat insentif kandungan tempatan dan mengelakkan atau mengurangkan banyak tarif dan sekatan lain yang dihadapi oleh pengeluar di luar Amerika Syarikat dengan ketara.
Modul-modul yang dikeluarkan di kemudahan ini akan "Dipasang di A.S." dan mungkin juga layak untuk mendapat pensijilan lain yang tertentu.
Kilang ini dijangka dapat mencipta sebanyak 500 pekerjaan baharu di kawasan setempat Houston.
Ditubuhkan pada tahun 2016, SEG berpangkalan di Texas dan membekalkan modul untuk projek-projek PV lebih 1.2 GW dalam pasaran A.S.
Dipilih sebagai pengeluar modul PV Tahap 1 oleh Bloomberg, SEG menyediakan modul PV yang berprestasi tinggi dan andal untuk pasaran utiliti, komersial dan kediaman. Menjelang penghujung tahun 2023, SEG menjangkakan untuk menghantar lebih daripada 2GW modul PV setiap tahun.