omniture

CATL paparkan penyelesaian dan perkhidmatan semua-senario untuk aplikasi komersial di IAA Transportation 2022

Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2022-09-22 15:31 119

HANOVER, Jerman, 22 September 2022 /PRNewswire/ -- CATL, peneraju bertaraf global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, mempamerkan teknologi canggih dan portfolio produknya di IAA TRANSPORTATION 2022, yang berlangsung di Hanover, Jerman mulai 20 hingga 25 September.


 


 


 


 


 


 


 


 


Produk aplikasi komersial CATL dilengkapi dengan sistem bateri LFP, yang menampilkan hayat bateri yang panjang dan kestabilan terma serta akan menawarkan prestasi yang luar biasa dari segi kebolehsuaian suhu dan teknologi CTP (sel ke pek) terkini yang meningkatkan dengan ketara ketumpatan tenaga bateri dan seterusnya muatan kenderaan. Disokong oleh teknologi baterinya yang inovatif, portfolio produk CATL yang ditonjolkan di acara tersebut meliputi aplikasi komersial senario-penuh seperti bas, trak berat, logistik, kapal dan jentera pembinaan, bagi mengatasi cabaran biasa melibatkan penggunaan tenaga yang tinggi, operasi dalam tempoh yang panjang dan persekitaran yang mencabar termasuk getaran, habuk, air lumpur dan kadang kala suhu melampau, antara lain, seterusnya memudahkan pengelektrikan pengangkutan.

Penyelesaian modul dan pek dikemas kini

Kemas kini produk dalam tahap modul dan pek merupakan tumpuan penampilan pameran perdagangan CATL pada tahun ini. Di acara tersebut, CATL akan mempamerkan produk unggulannya, Pek Ketumpatan Tenaga Tinggi yang dikuasakan oleh Sel Ketumpatan Tenaga Tinggi 228Aj. Disokong oleh teknologi CTP CATL, pek tersebut mempunyai kecekapan penyepaduan sebanyak 91% dan ketumpatan tenaga sistem 160Wj/kg. Pek berkenaan, yang dapat diaplikasikan kepada hampir semua senario, sudahpun diterima baik oleh pelanggan kenderaan komersial dan setakat ini lebih daripada dua juta Pek Ketumpatan Tenaga Tinggi dihantar ke lebih daripada 55 negara dan wilayah di serata dunia.

CATL mengekalkan momentumnya yang inovatif berdasarkan kepada Pek Ketumpatan Tenaga Tinggi dan telah membangunkan dua produk generasi seterusnya: Pek Inovatif Gen-4 dan Modul ke Kenderaan (MTV).  Dilengkapi dengan teknologi LFP dan CTP yang terkini, Pek Inovatif Gen-4 mempunyai peningkatan ketumpatan tenaga berat sebanyak 7% dan peningkatan ketumpatan tenaga volum sebanyak 22%, berupaya untuk diaplikasikan kepada pelbagai jenis senario aplikasi. Bagi memenuhi kehendak pasaran untuk bateri ketumpatan tenaga tinggi, untuk e-bas khususnya, CATL membangunkan MTV, yang mengintegrasikan secara langsung modul ke kenderaan, mencapai ketumpatan tenaga sistem mencecah 175Wj/kg dan meningkatkan ruang penggunaan kenderaan sebanyak 40%. Di samping itu, modul canggih ini menawarkan keselamatan maksimum kerana ia dapat disepadukan pada bumbung kenderaan, seterusnya melindunginya daripada kemusnahan banjir atau larian terma yang disebabkan oleh perlanggaran.

Hayat perkhidmatan yang panjang dan faedah-faedah ekonomi yang dibawakan olehnya merupakan satu lagi faktor penting yang dititikberatkan oleh pelanggan. Pek Hayat Perkhidmatan Panjang yang baru diperkenalkan oleh CATL direka khas untuk aplikasi dengan keperluan hayat panjang, seperti bas dan trak tugas berat serta menawarkan jaminan selama sepuluh tahun atau 8,000 kitaran. Reka bentuk struktur kotak yang amat kuat dan kimia LFP membolehkan penggunaan walaupun dalam keadaan kerja yang sukar termasuk kawasan perlombongan. Di samping itu, reka bentuk struktur pengurusan terma diaturkan secara vertikal membawa kepada peningkatan kawasan pertukaran haba sebanyak tiga kali ganda, seterusnya meningkatkan prestasi pemanasan dan penebat dengan ketara.

Untuk aplikasi voltan-rendah seperti trak forklift, kereta golf dan peralatan lapangan terbang yang beroperasi dalam persekitaran tertutup, CATL memperkenalkan Modul Platform Voltan-Rendah, yang mampu beroperasi dalam julat suhu yang luas (dari -35°C hingga 65°C). 

Selain daripada produk ini, CATL meneruskan inovasinya berhubung sistem material dan melancarkan bateri ion natrium dan dua produk pengecasan pantas. Ketumpatan tenaga bagi sel bateri ion-natrium generasi pertama CATL dapat mencapai sehingga 160Wj/kg dan syarikat ini telah memulakan kerjasama dalam pengkomersialan bateri ion-natrium dengan pembuat kereta dan penyedia storan tenaga agar dapat mewujudkan rantaian perindustrian awal menjelang tahun 2030. Sel 119 Aj, yang boleh digunakan baik pada BEV mahupun PHEV, menjamin pengecasan 80% dalam 15 minit pada suhu bilik dengan sokongan daripada rangkaian elektronik super dan teknologi cincin ion pantas serta diperkasa oleh teknologi grafit isotropik, sel 28 Aj mengupayakan pengecasan pantas 6C dan pengecasan semula 10C.

Model perniagaan yang inovatif 

Dalam bulan Januari 2022, CATL melancarkan penyelesaian pertukaran bateri modular inovatifnya EVOGO. Berdasarkan kepada pengasingan kenderaan dan bateri, CATL menganggap bateri sebagai produk yang dikongsi, mencipta lalu pengalaman serba baharu untuk pasaran ini. Pelanggan bebas memilih satu atau lebih blok untuk kenderaan mereka bagi memenuhi keperluan jarak yang berbeza. Sementara itu, ia serasi dengan kebanyakan kereta penumpang dan kenderaan logistik yang dibangunkan pada platform BEV.

CATL juga telah melancarkan penyelesaian pertukaran bateri untuk trak tugas berat dan membangunkan kabinet pertukaran bateri standard untuk trak tugas berat yang membolehkan pelanggan untuk memilih dengan fleksibel kapasiti kuasa mengikut keperluan yang berbeza untuk jarak pemanduan serta meningkatkan dengan ketara kecekapan operasi trak tugas berat.

"Kami akan memajukan revolusi pengangkutan sekali lagi dengan penyelesaian kami yang mampan dan berkuasa," kata Li Xiaoning, Presiden Eksekutif Aplikasi Komersial Luar Negara, CATL. "Dengan penyelesaian menyeluruh kami yang terkini untuk aplikasi komersial yang dikuasakan oleh teknologi generasi seterusnya, kami percaya kami dapat memacu industri ini untuk membangun dengan mampan dan selamat menerusi tenaga yang mencukupi, seterusnya menunjukkan komitmen kami terhadap pengelektrikan pengangkutan dan peralihan tenaga."

CATL berada di IAA Transportation mulai 20 hingga 25 September di Reruai B02, Dewan 20, Deutsche Messe di Hannover.

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Transportation Utilities Trade show news