omniture

MILO(R) Malaysia Terus Memberi Sokongan Kepada Juara Malaysia Melalui Inisiatif Kibaran Tenega MILO(R)

MILO(R) Malaysia
2013-11-07 18:56 188

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 November 2013 /PRNewswire/ -- MILO® Malaysia hari ini melancarkan inisiatif Kibaran Tenaga MILO®, fasa kedua di dalam Kempen MILO® Tenaga untuk Juara yang menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyatakan ikrar sokongan mereka kepada Kontingen Malaysia yang kini sedang dalam perjalanan untuk berjuang di Sukan SEA ke-27 di Myanmar.

Dilancarkan secara rasmi oleh Alois Hofbauer, Ketua Serantau Nestle Malaysia dan Singapura bersama Dato' Wira Amiruddin Embi, Chef de Mission bagi Kontinjen Malaysia di Sukan SEA, inisiatif Kibaran Tenaga MILO® mensasarkan untuk mengumpul sejumlah 2.7 juta tenaga di dalam bentuk "julangan api" sebagai dorongan kepada atlet kita.

Di bawah inisiatif ini, rakyat Malaysia boleh menunjukkan sokongan mereka dengan menyebarkan julangan api yang akan menyalakan obor maya di laman web MILO®.  Hanya dengan goresan lembut jari anda, orang ramai boleh menyalakan Kibaran Tenaga MILO® untuk menyokong dan menyemarakkan semangat kesukanan serta memberi inspirasi kepada para atlet kita yang akan berjuang dengan penuh semangat dan menjadikan Malaysia berbangga dengan pencapaian mereka.

Selain itu, rakyat Malaysia boleh juga mempamerkan sokongan mereka dengan menyampaikan ucapan melalui Twitter, Facebook atau Instagram dengan menggunakan hashtag rasmi - #MILOforMALAYSIA.

Semasa berucap di majlis pelancaran tersebut, Alois Hofbauer berkata, "Sukan SEA merupakan landasan pengenalan bagi atlet Malaysia di dalam arena sukan antarabangsa.  MILO® memperakui akan kepentingan untuk membangunkan dan memupuk bakat muda dari awal lagi dan membimbing mereka untuk mencapai kejayaan di dalam bidang sukan".

"Perjalanan yang akan dilalui oleh atlet kita bukannya mudah dan ia adalah amat penting bagi atlet kita untuk mendapat sokongan dan dorongan daripada seluruh Negara untuk menyemarakkan semangat mereka bagi menempuh perjalanan yang mencabar ini, lantas memberikan mereka tenaga untuk melangkah jauh di kejohanan Sukan SEA ke-27 ini," kata Hofbauer selanjutnya.

Dato' Wira Amiruddin Embi, Chef de Mission, Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA turut mengulas, "Memandangkan tarikh perjuangan atlet kita di kejohanan Sukan SEA ke-27 kini semakin hampir, selain daripada menerima latihan intensif, adalah penting bagi atlet kita untuk turut menerima sokongan padu daripada seluruh Negara."

"Dengan sokongan padu daripada seluruh Negara, saya yakin bahawa atlet kita akan sedia dari segi mental dan fizikal di dalam usaha mereka untuk mencapai penghormatan dan kegemilangan bagi Malaysia," ulas beliau selanjutnya.

Untuk menyalakan Kibaran Tenaga MILO, Alois Hofbauer merupakan wakil Negara yang pertama mempamerkan sokongan beliau dengan menyebarkan julangan api ini melalui laman web MILO®. Kibaran Tenaga MILO® merupakan lambang sokongan rakyat ini terhadap Malaysia di kejohanan Sukan SEA ke-27 -- setiap sokongan daripada rakyat Malaysia akan menyumbangkan kepada nyalaan api yang lebih besar dan marak. Lebih besar julangan api tersebut, bermakna lebih kuat sokongan yang dipamerkan oleh kita sebagai sebuah Negara.

Untuk memastikan bahawa setiap atlet kita menerima sokongan yang mencukupi untuk berjuang di kejohanan Sukan SEA, MILO® mensasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya 2.7 juta unit tenaga sebagai dorongan yang akan menjana dan membakar semangat atlet kita semasa mereka berjuang di Myanmar.

MILO® akan menggerakkan Trak Tenaga yang dikenali ramai ke seluruh Negara untuk menyatukan semua rakyat Malaysia di dalam usaha untuk mempamerkan sokongan padu mereka kepada Kontingen Malaysia.  MILO® juga akan menganjurkan aktiviti-aktiviti di dalam pasar raya dan pasar raya besar terpilih di seluruh Negara.

"Berikan sokongan anda kepada juara Negara kita agar mereka boleh melangkah jauh di kejohanan Sukan SEA ke-27 ini.  Berikan sorakan yang bergemuruh kepada mereka yang sedang berjuang untuk mencapai kemenangan dan kegemilangan!", ulas Hofbauer selanjutnya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila kunjungi www.milo.com.my/seagames.

Mengenai MILO® Malaysia

MILO®, merupakan peneraju minuman malt coklat bernutrisi yang terkemuka di Malaysia dan mula diperkenalkan pada tahun 1950.  Dengan kehadiran selama lebih daripada 60 tahun di dalam rumah-rumah di Malaysia, MILO® dikenali melalui rasa minuman malt coklatnya yang lazat, unik serta membekalkan manfaat nutrisi yang disukai oleh pelbagai lapisan generasi.  Sebagai minuman makanan sihat yang dipenuhi dengan kebaikan malt, susu skim dan koko, MILO® merupakan salah satu daripada minuman sarapan pagi yang paling popular dan yang banyak dinikmati oleh isi rumah di Malaysia.

MILO® mengandungi PROTOMALT, iaitu ekstrak malt dengan campuran pelbagai jenis karbohidrat yang membekalkan tenaga dan nutrisi yang diperlukan oleh badan, dan ACTIGEN-E, yang merupakan kombinasi unik 8 jenis vitamin dan 4 jenis mineral yang membebaskan tenaga optimum daripada makanan.

Selama lebih daripada enam dekad, MILO® memainkan peranan yang aktif di dalam usaha untuk mempromosikan pengambilan diet yang seimbang dan amalan gaya hidup sihat.  MILO® amat komited di dalam membangunkan bidang sukan dalam Negara sama ada pada peringkat masyarakat setempat, daerah mahupun kebangsaan -- memupuk generasi muda Malaysia untuk menjadi juara Negara.  Usaha yang dilaksanakan ini telah menjadikan MILO® sebagai jenama isi rumah selama bergenerasi lamanya dan kami terus mendidik pengguna yang semakin berkembang maju mengenai akur janji teras jenama MILO® iaitu untuk membekalkan tenaga dan nutrisi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web: www.milo.com.my

Source: MILO(R) Malaysia
Keywords: Beverages Sporting Events Sports Corporate Social Responsibility Trade show news