omniture

Coty Inc. Mempercepat Kehadirannya Di Afrika Selatan Dan 13 Negara Afrika Lain Melalui Struktur Pengendalian yang Dipertingkatkan

Coty Inc.
2013-11-07 23:31 119

NEW YORK, 7 November 2013 /PRNewswire/ -- Syarikat kecantikan peringkat global yang menerajui, Coty Inc. (NYSE: COTY) telah menubuhkan syarikat subsidiari milikan penuh baharu di Afrika Selatan bagi mengarahkan, menguruskan dan mengendalikan sepenuhnya perniagaan yang dijalankan di Afrika Selatan dan juga di 13 negara Afrika yang lain. Struktur pengendalian yang dipertingkatkan menandakan perubahan strategik yang terkini dan penting oleh Coty sambil syarikat itu terus mengorak langkah dengan meningkatkan kehadirannya dalam pasaran memuncul yang penting.

Melalui perjanjian strategik bersama rakan kongsi jangka panjangnya, Indigo Brands Proprietary Limited, syarikat subsidiari milikan penuh AVI Ltd., Coty telah menjadikan Indigo dan syarikat subsidiari AVI lain sebagai pengeluar eksklusif, pengedar dan pemasar bagi jenama nilai Coty. Indigo telah berkhidmat sebagai pemegang lesen eksklusif bagi jenama massa Coty di Afrika Selatan selama 13 tahun yang lalu.

Perjanjian baharu ini akan memudahkan Coty untuk menguruskan perniagaannya dengan tertutup, memberikan lebih kebebasan dari segi kewangan bagi mempromosikan pertumbuhan jualan jenama massa Coty dan membolehkan jenama kecantikan gergasi ini meningkatkan kehadirannya di rantau ini.

"Perjanjian pengendalian yang dipertingkatkan ini membolehkan kami untuk memacu pertumbuhan di Afrika," kata Michele Scannavini, Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. "Kami sangat berpuas hati dengan kerjasama kami bersama Indigo dan kami amat berharap dapat bekerjasama dengan AVI. Sejarah kerjasama kami yang berjaya selama 13 tahun merupakan petanda yang positif bagi perkembangan lebih baik yang bakal berlaku."

"AVI berpuas hati dengan hubungan jangka panjang bersama Coty yang sekali lagi berjaya dilanjutkan. Kami yakin terma komersil yang telah disemak antara pihak yang terlibat akan menghasilkan pertumbuhan mendadak dan inovasi bagi portfolio jenama Coty di Afrika Selatan dan rantau Afrika yang lebih luas," jelas Ketua Pegawai Eksekutif AVI, Simon Crutchley.

Latar Belakang Coty Inc.

Coty merupakan syarikat kecantikan peringkat global yang menerajui dengan pendapatan bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Ditubuhkan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio wangian, kosmetik warna dan produk penjagaan kulit & badan terkenal yang dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Penawaran produk Coty termasuklah jenama peringkat global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel dan Sally Hansen.

Latar Belakang AVI

AVI merupakan syarikat produk pengguna berjenama yang bermastautin di Afrika Selatan dan menerajui dengan pusing ganti melebihi R9.2 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Perniagaan AVI bertumpu terhadap penghasilan jenama terbaik melalui pasaran makanan, fesyen dan penjagaan diri serta portfolio jenama yang meluas meliputi 53 jenama dengan jualan dan edaran di lebih 20 negara.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion