omniture

WeLab dan Astra Selesaikan Pemerolehan Bank Jasa Jakarta

WeLab
2022-09-23 11:56 112

Merancang untuk Mentransformasikan Bank menjadi Bank Digital Inovatif Indonesia

  • WeLab dan Astra kini bersama-sama mengawal bank, dengan jumlah pemilikan saham mencecah kira-kira 99.13% BJJ
  • Kesemua kelulusan kawal selia yang berkaitan telah diperoleh termasuk daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK) Indonesia
  • Transaksi ini merupakan transaksi M&A bank digital terbesar Asia Tenggara pada tahun 2022

HONG KONG, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- WeLab, platform teknologi kewangan (fintech) pan-Asia yang terkemuka, hari ini mengumumkan penyempurnaan pemerolehan bank komersial Indonesia, PT Bank Jasa Jakarta (BJJ), berserta PT Astra International Tbk (Astra), salah sebuah syarikat awam yang terbesar di Indonesia. Penyempurnaan ini diperlihatkan oleh pengeluaran kelulusan pemerolehan oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan (OJK). Untuk transaksi ini, konsortium yang diterajui oleh WeLab, Welab Sky Limited (WeLab Sky), mengambil bahagian dalam pemerolehan bersama-sama subsidiari Astra PT Sedaya Multi Investama (Astra Financial). Konsortium yang diterajui oleh WeLab telah mendapat sokongan yang meluas daripada pelabur sedia ada dan baharu, termasuk Allianz X, Boyu Capital, Horizons Ventures, SCBX Group[1] dan TFB (Taipei Fubon Bank) Capital.

Dalam bulan Disember 2021, WeLab memeterai Perjanjian Pembelian dan Langganan Saham dengan pemegang saham BJJ serta menyempurnakan pelaburan strategik untuk 24% BJJ. Dengan pemerolehan yang diselesaikan hari ini, WeLab dan Astra masing-masing memegang 49.56% saham BJJ, seterusnya menjadi pemegang saham majoriti dan pengawal bersama bank ini. Transaksi ini merupakan transaksi M&A bank digital terbesar Asia Tenggara pada tahun 2022, menggambarkan komitmen tinggi untuk melabur dan menyumbang untuk mendigitalkan industri perbankan Indonesia. Para pemegang saham bermatlamat untuk mentransformasikan BJJ menjadi bank digital yang inovatif di Indonesia.

Simon Loong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WeLab, berkata, "Meluaskan kehadiran perbankan digital WeLab di seluruh Asia, yang pertama di Hong Kong dan kini di Indonesia, telah menjadi salah satu langkah strategik kami yang penting. Perkongsian bersama Astra ini memperkukuh tumpuan strategik WeLab untuk meningkatkan sinergi rentas negara dan perniagaan bersama rakan-rakan kongsi untuk meningkatkan skala dan jangkauan, demi mengukuhkan lagi keluasan dan kedalaman platform fintech pan-Asia sedia ada. Kami teruja kerana rakan kongsi jangka panjang kami, Astra akan berkolaborasi dengan kami untuk menyampaikan perkhidmatan perbankan berpandukan teknologi yang terbaik melalui BJJ di Indonesia. Kami berharap dapat memperkukuh tahap kepercayaan pelanggan menerusi kolaborasi dengan Astra."

Pengarah Presiden Astra Djony Bunarto Tjondro berkata, "Pelaburan dalam BJJ selari dengan aspirasi Astra dalam tonggak perkhidmatan kewangan untuk menjadi penyelesaian kewangan runcit yang terkemuka di Indonesia dan menyokong pertumbuhan industri perkhidmatan kewangan serta ekonomi Indonesia."

Mendorong pertumbuhan dan inovasi digital dengan sinergi yang kukuh antara Astra dan WeLab

WeLab dan Astra merupakan rakan-rakan kongsi setelah sekian lama dalam ekosistem fintech Indonesia. Ini merupakan inisiatif perkongsian strategik kedua WeLab bersama Astra sejak penubuhan usaha sama pemberian pinjaman fintech, PT Astra WeLab Digital Arta (AWDA), dalam tahun 2018. Kekuatan pelengkap rakan-rakan kongsi ini, termasuk pengetahuan dan teknologi WeLab dalam membina dan menjadi operator dalam perbankan digital, berserta ekosistem dan pengalaman perniagaan Astra yang mantap dan jaringan pengedaran yang luas, adalah sangat bersinergi dan merupakan faktor-faktor kejayaan penting untuk mendorong transformasi digital BJJ dan bagi menjadi bank digital yang inovatif untuk memenuhi keperluan kewangan digital rakyat Indonesia dengan penyelesaian perbankan yang boleh diakses dan inovatif.

Memenuhi keperluan kewangan yang tidak dipenuhi dan menyokong rangkuman kewangan  

Prospek perbankan digital Indonesia ketika ini semakin meningkat dan membawa peluang yang sangat besar untuk menyediakan penyelesaian perbankan yang boleh diakses dan inovatif, terutamanya untuk segmen runcit dan PMKS (Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana). Penggunaan perkhidmatan kewangan di Indonesia berpotensi untuk berkembang, memandangkan 77% daripada 270 juta penduduk Indonesia sama ada kurang atau tidak mendapat perkhidmatan perbankan. Negara ini juga mempunyai penduduk yang cukup besar iaitu 180 juta pengguna muda celik teknologi, menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan perbankan digital.

[1] SCBX Group terdiri daripada Siam Commercial Bank PCL, iaitu subsidiari SCBX PCL

Latar Belakang WeLab 

WeLab, sebuah syarikat teknologi kewangan (fintech) yang terkemuka di Asia, mengendalikan WeLab Bank serta pelbagai perkhidmatan kewangan dalam talian dengan kedudukan yang utama di Hong Kong, Tanah Besar China dan Indonesia, mempunyai lebih daripada 50 juta pengguna individu dan lebih 700 pelanggan perusahaan. WeLab menggunakan teknologi pengubah keadaan bagi membantu pelanggan mengakses kredit, menyimpan wang dan menikmati perjalanan kewangan mereka.

Dikuasakan oleh teknologi pengurusan risiko proprietari, teknik pengkomputeran privasi berpaten dan keupayaan AI canggih, WeLab menawarkan penyelesaian pembiayaan pengguna berasaskan mudah alih dan perkhidmatan perbankan digital kepada individu peruncit dan penyelesaian teknologi kepada pelanggan perusahaan.

WeLab beroperasi dalam tiga pasaran di bawah pelbagai jenama termasuk WeLend dan WeLab Bank di Hong Kong, pelbagai rangkaian perniagaan di Tanah Besar China, Maucash dan sebuah bank digital di Indonesia.

WeLab disokong oleh pelabur-pelabur yang paling terkenal termasuk Allianz, China Construction Bank International, International Finance Corporation (ahli World Bank Group), TOM Group CK Hutchison dan Sequoia Capital.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi: www.welab.co, atau ikuti WeLab di LinkedIn dan Facebook.

Latar Belakang Astra:

Astra ialah salah sebuah syarikat awam yang terbesar di Indonesia, terdiri daripada 240 subsidiari, usaha sama dan syarikat bersekutu, disokong oleh hampir 190,000 pekerja. Model perniagaan terpelbagai syarikat ini mencipta sinergi dan peluang dalam sektor-sektor industri termasuk automotif, perkhidmatan kewangan, peralatan berat, pembinaan perlombongan dan tenaga, perniagaan tani, infrastruktur dan logistik, teknologi maklumat dan hartanah. Syarikat ini mempunyai kerangka kemampanan baharu yang merangkumi Aspirasi Kemampanan 2023 Astra. Ia akan memandu Astra dalam perjalanan peralihan untuk menjadi sebuah perniagaan yang lebih mampan menjelang tahun 2030 dan selanjutnya. Astra berharap dapat menyumbang kepada kekuatan dan kebingkasan ekonomi Indonesia sekali gus menyokong masyarakat yang inklusif dan sejahtera.

Astra memiliki rekod prestasi yang kukuh dalam sumbangan awam dan sosial melalui empat tonggak yang terdiri daripada kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan keusahawanan serta sembilan asas untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia dan dalam masa yang sama menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera. Ditubuhkan pada tahun 2010, program Semangat Astra Terpadu Untuk (SATU) Indonesia Awards Astra telah mengiktiraf sumbangan 493 warga muda Indonesia dalam setiap bidang tumpuan ini, termasuk 81 penerima peringkat kebangsaan dan 412 penerima peringkat wilayah. Program SATU Indonesia Awards diintegrasikan dengan pelbagai jenis aktiviti kemasyarakatan Astra melalui inisiatif 170 Kampung Berseri Astra dan 1,060 Desa Sejahtera Astra di 34 wilayah di seluruh Indonesia.

Untuk maklumat lanjut tentang Astra, kunjungi www.astra.co.id & www.satu-indonesia.com dan ikuti kami di Instagram (@SATU_Indonesia), YouTube (SATU Indonesia), Facebook (Semangat Astra Terpadu) dan Twitter (@SATU_Indonesia).

 

Source: WeLab
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion Financial Technology