omniture

Rangkaian-Awan Pintar Huawei, Terajui Inovasi Digital

Huawei
2022-09-23 14:35 73

BANGKOK, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan keupayaan dinaik taraf bagi Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintarnya di sidang kemuncak yang bertajuk "Rangkaian-Awan Pintar, Terajui Inovasi Digital", diadakan semasa HUAWEI CONNECT 2022 Bangkok. Keupayaan tersebut meliputi tiga senario utama — CloudFabric, CloudWAN dan CloudCampus — dan dicipta sebagai usaha untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berubah-ubah. Huawei turut mengeluarkan Kertas Putih Seni Bina Rangkaian Pintar Tanpa Wayar (Wireless Intelligent Network Architecture White Paper) untuk membimbing selanjutnya perusahaan dalam inovasi digital.

Seiring dengan kemajuan transformasi digital, perkhidmatan perusahaan mencetuskan keperluan yang baharu untuk rangkaian komunikasi data. Pertama, jumlah sambungan IoT yang amat besar menuntut ketersambungan ultra-jalur-lebar dan merata. Kedua, perkhidmatan cawangan perusahaan beralih secara beransur-ansur ke awan, memerlukan rangkaian untuk menyediakan pelaksanaan yang fleksibel dan keupayaan peralihan ke awan (cloudification) yang pantas. Ketiga, perkhidmatan baharu ini perlu dilancarkan pada skala yang besar dan perkhidmatan memerlukan pelarasan secara kerap, memerlukan rangkaian untuk menjadi tangkas, terjamin dan cekap. Akhir sekali, sidang video menjadi perkara biasa, bererti bahawa rangkaian perlu menyediakan jaminan pengalaman berketentuan.

Sun Liang, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, menyatakan bahawa Huawei Datacom telah membangunkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar melalui inovasi yang berterusan bagi menangani cabaran yang terdahulu. Penyelesaian ini menyediakan keupayaan penting seperti pengalaman akses yang unggul, akses awan ultra-pantas oleh cawangan, pengalaman berketentuan serta pelaksanaan yang cekap dan dipermudah. Ketika ini, Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar telah digunakan secara meluas dalam sektor-sektor seperti pendidikan, peruncitan, kerajaan dan kewangan, memudahkan transformasi digital untuk pelanggan. Sebagai contoh, dalam sektor pendidikan, penyelesaian rangkaian Wi-Fi tanpa wayar sepenuhnya memberi pengalaman akses rangkaian yang unggul; dalam sektor peruncitan, penyelesaian akses awan ultra-pantas SD-WAN mengupayakan satu kedai dibuka hanya dalam satu hari; dalam sektor kerajaan, teknologi penghirisan rangkaian Huawei mengupayakan pengangkutan tertumpu melalui satu rangkaian dan 100% jaminan perkhidmatan kritikal-perniagaan; dalam sektor kewangan, penyelesaian pelaksanaan perkhidmatan berbilang awan silang-domain yang dipermudah membolehkan perkhidmatan dilancarkan dalam beberapa minit.

Di persidangan tersebut, Huawei turut memperkenalkan beberapa produk komunikasi data baharu seperti Wi-Fi 7 AP AirEngine 8771-X1T yang pertama dalam industri, suis teras kampus generasi seterusnya sedia-400G CloudEngine S16700 dan penghala pintar khidmat-sejagat 4-dalam-1 NetEngine 8000 M4.

Huawei releases its Wireless Intelligent Network Architecture White Paper
Huawei releases its Wireless Intelligent Network Architecture White Paper

Di samping itu, Huawei mengeluarkan Kertas Putih Seni Bina Rangkaian Pintar Tanpa Wayar. Liu Jianning, Presiden Jabatan Pemasaran Rangkaian & Jualan Penyelesaian Perusahaan Global Huawei berkata bahawa salah satu perubahan yang paling penting untuk rangkaian kampus ialah tanpa wayar sepenuhnya. Penerimaan Wi-Fi 6 dan Wi-Fi 7 pada masa akan datang mencetuskan keperluan baharu ke atas lebar jalur rangkaian, seni bina dan O&M. Bagi memenuhi keperluan baharu ini, Huawei mencadangkan seni bina rangkaian kampus generasi seterusnya — seni bina rangkaian pintar tanpa wayar. Seni bina ini mempunyai tujuh ciri unik: tanpa wayar sepenuhnya, hiper-tertumpu, ultra-jalur-lebar, dipermudah, karbon-rendah, terjamin dan pintar.

Di persidangan tersebut, pelanggan daripada pelbagai industri berkongsi bagaimana mereka menggunakan Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei dalam amalan komersial mereka. Agus Ariyanto, Naib Presiden Rangkaian Biznet, menyampaikan ucapan yang bertajuk "Biznet Bina WAN Pintar Berorientasikan Masa Depan." Beliau berkata "Dibina pada rangkaian metro rata, Huawei membantu Biznet mengukuhkan peranan utamanya dalam Industri ini. Bersama-sama Huawei, kami akan meninjau lebih banyak lagi berhubung teknologi baru muncul dan inovasi perniagaan berdasarkan kepada IPE."

Untuk maklumat lanjut tentang Penyelesaian Rangkaian-Awan Pintar Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/enterprise-networks/intelligent-ip-networks.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news