omniture

CGTN: Diplomasi negara-besar beri manfaat kepada dunia secara keseluruhan

CGTN
2022-09-23 14:53 19

BEIJING, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Ahli Majlis Negeri dan Menteri Luar Negeri Wang Yi menghadiri perbahasan umum sesi ke-77 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mulai 18 hingga 25 September. Di luar perbahasan umum tersebut, Wang mengadakan mesyuarat dengan beberapa pegawai dari negara-negara lain dan pemimpin-pemimpin PBB untuk membincangkan hubungan mereka dengan China dan cabaran yang dihadapi oleh dunia.

Diplomasi negara besar beri manfaat kepada dunia secara keseluruhan
Diplomasi negara besar beri manfaat kepada dunia secara keseluruhan

Dalam bahagian kedua siri 10-bahagian "The China Path: A Panoramic Decoding" diterbitkan oleh CGTN, artikel yang bertajuk "Diplomasi negara-besar memberi manfaat kepada dunia secara keseluruhan" menyatakan sejauh mana China dapat menyumbang untuk menyelesaikan isu-isu global. Artikel berkenaan berhujah bahawa multilateralisme dapat membantu meredakan impak isu-isu yang sukar, justeru itu, ia merupakan wadah yang penting untuk jenis hubungan antarabangsa baharu yang dicirikan oleh kerjasama yang saling menguntungkan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres pernah berkata bahawa "China telah menjadi tonggak multilateralisme yang paling penting serta kuasa yang amat diperlukan dan boleh dipercayai demi keamanan dan pembangunan dunia." Sejak Kongres ke-18 Parti Komunis China (CPC), China telah menganjurkan acara diplomatik secara berturut-turut. China juga telah menerima dunia luar dengan ciri keterbukaan yang belum pernah terjadi sebelum ini melalui program-program termasuk BRI.

Pada tahun 2021, perdagangan rentas-sempadan China dengan negara-negara antara negara-negara anggota BRI mencatatkan pertumbuhan pada 23.6 peratus, 2.2 titik peratusan lebih tinggi daripada kadar pertumbuhan keseluruhan perdagangan asing China dalam tempoh yang sama. Eksport antara China dan anggota-anggota BRI meningkat kepada anggaran 6.59 trilion yuan, meningkat sebanyak 21.5 peratus; manakala import meningkat sebanyak 26.4 peratus kepada 5.01 trilion yuan. China telah menandatangani lebih daripada 200 dokumen berhubung kerjasama BRI bersama 149 negara dan 32 organisasi antarabangsa.

Tatkala umat manusia menghadapi defisit tadbir urus, defisit kepercayaan, defisit pembangunan dan defisit keamanan, yang semakin meningkat dunia hari ini menyaksikan perubahan pada skala yang belum pernah dilihat dalam tempoh seabad. Komuniti antarabangsa memandang ke arah China untuk kebaikan awam global yang lebih banyak dan lebih baik. Dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 September 2021, Presiden Xi mencadangkan Inisiatif Pembangunan Global bagi meningkatkan kesejahteraan semua rakyat dan merealisasikan pembangunan insan yang menyeluruh.

Pembangunan haruslah mampan dan dikongsi oleh semua. Dengan memperbaharui komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Mampan, menggiatkan semula perkongsian global dan mengaktifkan semula kerjasama pembangunan antarabangsa, China telah merangka pelan hala tuju untuk merapatkan jurang Utara-Selatan dan menangani ketidakseimbangan pembangunan bagi memenuhi Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030.

https://news.cgtn.com/news/2022-09-21/Major-country-diplomacy-benefits-the-world-at-large-1dv0qVs6kjC/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion