KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 September 2022 /PRNewswire/ -- Pengupaya hiburan digital yang terkemuka, UniPin, berganding bahu dengan Domino's Pizza Malaysia, Singapura dan Thailand, bersama-sama permainan main peranan pengembaraan dunia-terbuka yang mendapat pujian kritis Genshin Impact, bagi pelancaran kolaborasi yang eksklusif dengan barangan koleksi, barangan berjenama dan tawaran yang tidak dapat dilupakan yang sedia untuk direbut buat semua komuniti permainan Malaysia, Singapura dan Thailand. Pelanggan boleh berharap untuk mendapatkan tawaran nilai yang menarik dan barangan berjenama menerusi pelancaran Emergency Food Combo (Kombo Makanan Kecemasan) Domino's Pizza.
UniPin berganding bahu dengan Domino's Pizza dan Genshin Impact bagi melancarkan kolaborasi eksklusif
Kolaborasi tersebut akan melibatkan kedai-kedai Domino's yang terpilih dengan hiasan bertema Genshin Impact dan siri jerayawara di seluruh negara, cabutan bertuah dan aktiviti media sosial untuk mengasyikkan peminat dan pelanggan, memberi peluang kepada mereka untuk mengambil bahagian dalam aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan. Pelanggan mahupun pemain 'cosplay' akan dapat mengambil gambar di outlet Domino's dengan material berjenama Genshin Impact, menggunakan tanda pagar #GenshinImpactxDominos dan #DominosEmergencyFoodCombo, menyertai cabutan bertuah dan berpeluang untuk memenangi UniPin Credits.
Sementara itu, jerayawara bermula di kedai-kedai Malaysia, bermula dari Kedah pada 16 September, diikuti oleh sembilan negeri lain mulai 17 September hingga 23 Oktober. Manakala untuk Singapura, jerayawara sepanjang hari pada 8 Oktober akan diadakan di Domino's Kebun Baru, Singapura. Setiap jerayawara akan bermula pada jam 12 PM dan diteruskan hingga 6 PM. Beratus-ratus peminat dan pelanggan yang amat bersemangat tentang kempen tersebut beratur selama lebih sejam di cawangan-cawangan yang mengambil bahagian sepanjang minggu pertama jerayawara tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif UniPin, Ashadi Ang, berkata "UniPin berbesar hati untuk menjalin kerjasama yang hebat ini bersama Genshin Impact dan Domino's Pizza. Dalam kolaborasi ini, kami bermatlamat untuk menyatukan belia dan komuniti, menyumbang kembali kepada mereka dengan memberi nilai tambahan kepada pelanggan setia setiap pihak dan mencadangkan inovasi yang lebih baik untuk meningkatkan pengalaman permainan di seluruh Asia Tenggara. Sila harapkan lebih lagi daripada kami memandangkan kami menyediakan kombo yang hebat untuk dinikmati oleh anda."
Butiran dan maklumat lanjut yang berkaitan dengan perkongsian tersebut boleh ditemui melalui akaun Instagram UniPin Malaysia @unipin_malaysia, atau laman sesawang UniPin https://www.unipin.com/pizza-adventures
Untuk pertanyaan media
Kezia Maharani
Media Relations
pr@unipin.com