omniture

Sinopec Terima Sijil Layak Terbang untuk Penghasilan Bahan Api Bio-jet Berskala Besar Pertama China

SINOPEC
2022-09-26 08:15 18

Bahan Api Diperoleh Daripada Minyak Masak Terpakai Menekankan Strategi Jangka Panjang Sinopec untuk Pembangunan Mampan

BEIJING, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Sinopec Zhenhai Refinery of China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") memperoleh sijil layak terbang bahan api bio-jet yang dikeluarkan oleh Civil Aviation Administration of China (CAAC) pada 19 September. Kelompok pertama bahan api bio-jet akan dihantar kepada kilang Airbus (China) Tianjin pada bulan ini. Bahan api tersebut, diperoleh daripada minyak masak terpakai, kemudian akan digunakan untuk penerbangan di seluruh China. Ini akan menandakan kali pertama bahan api bio-jet keluaran berskala besar akan menawarkan perkhidmatan kepada industri penerbangan di China.

Sinopec Receives Airworthiness Certificate for China’s First Large-Scale Production of Bio-jet Fuel.
Sinopec Receives Airworthiness Certificate for China’s First Large-Scale Production of Bio-jet Fuel.

Sijil layak terbang bererti Sinopec boleh menjual bahan api bio-jet yang dihasilkan di Sinopec Zhenhai Refinery kepada pengendali penerbangan seluruh negara. Kilang penapisan tersebut, di Daerah Zhenhai, Ningbo, wilayah Zhejiang, memiliki kapasiti pemprosesan reka bentuk tahunan sebanyak 100,000 tan dan mengguna pakai teknologi penghasilan bahan api bio-jet Sinopec (SRJET) untuk menghasilkan bahan api. Kelompok pertama kilang tersebut dalam bulan Jun menghasilkan sekitar 600 tan bahan api bio-jet.

"Dengan sijil layak terbang tersebut, Sinopec Zhenhai Refinery.kini boleh menjual bahan api bio-jet ke seluruh pasaran penerbangan awam, kami akan terus mengembangkan pasaran dan rantaian bekalan untuk membina rantaian industri penuh bahan api bio-jet," kata Mo Dingge, Ketua Pegawai Eksekutif Sinopec Zhenhai Refinery.

China mempunyai piawaian yang ketat untuk pensijilan layak terbang. Sebelum itu, pakar-pakar daripada Airworthiness Certification Center of CAAC menjalankan penilaian di lapangan di Sinopec Zhenhai Refinery yang meliputi semua peringkat operasi, termasuk sistem pengurusan kualiti bahan api bio-jet, pengurusan dan kawalan proses pengeluaran, penyimpanan dan pengangkutan produk serta analisis dan ujian sampel.

Kilang penapisan tersebut telahpun memperoleh pensijilan bahan api penerbangan lestari RSB global pertama Asia yang dikeluarkan oleh Sistem Pensijilan Saintifik, pas penting untuk bahan api bio-jet China menembusi pasaran antarabangsa.

Berbanding dengan kerosin penerbangan berasaskan petroleum tradisional, bahan api bio-jet dapat mengurangkan emisi karbon sehingga 50 peratus dalam seluruh kitar hayat.

Sinopec komited untuk memajukan pembangunan industri bahan api bio-jet China. Ia membangunkan teknologi SRJET pada tahun 2009 dan menghasilkan bahan api bio-jet dalam bulan Disember 2011 yang berjaya diuji dalam penerbangan di Lapangan Terbang Hongqiao Shanghai dalam bulan April 2013. Selepas dua tahun penilaian, pakar-pakar mengesahkan bahawa bahan api bio-jet Sinopec sesuai untuk operasi dalam penerbangan dan syarikat ini memperoleh pensijilan layak terbang pertama China untuk bahan api bio-jet pada tahun 2014.

Sila kunjungi http://www.sinopec.com/ untuk maklumat lanjut.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Airlines/Aviation Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities