omniture

Huawei dan Rakan Kongsi Terokai Cara Teknologi Dapat Mengupayakan Masa Depan Lestari di HUAWEI CONNECT 2022 Bangkok

Huawei Connect
2022-09-26 08:42 102

BANGKOK, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada Hari Pertama HUAWEI CONNECT 2022 semalam, Huawei, rakan kongsinya dan wakil daripada organisasi awam dan persendirian mengadakan sesi yang meneroka betapa pentingnya teknologi untuk membina dunia yang lestari dan inklusif yang dibayangkan oleh Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) PBB menerusi kajian kes serta analisis yang memfokuskan kepada rantau Asia Pasifik.

Sebagai salah satu wilayah yang paling padat penduduknya dan pelbagai di dunia, Asia Pasifik juga bersedia untuk menjadi ekonomi yang berkembang paling pantas di seluruh dunia, dengan COVID-19 mempercepatkan transformasi digital di Asia-Pasifik lebih pantas berbanding purata global.

"Semakin banyak kerajaan dan organisasi mula mengiktiraf peranan pengupaya teknologi dalam mempercepatkan pencapaian matlamat SDG," kata Jeffrey Zhou, Presiden pemasaran ICT Huawei. "Di bawah visi dan misi Huawei, kami melancarkan inisiatif rangkuman digital TECH4ALL pada tahun 2019 dan dengan program dan projek rakan kongsi global yang sedang berjalan di negara-negara berbeza."

Zhou disusuli oleh kenyataan pembukaan daripada Richard Mahony, Naib Presiden Global Informa Tech, yang berkongsi betapa kaedah tradisional untuk mengekalkan kelestarian tidak berfungsi dan penyelesaian berasaskan teknologi kini diperlukan sebagai pemecut.

Speaker UNESCO kemudiannya memberi gambaran keseluruhan tentang objektif-objektif 17 SDG dan pendekatan untuk mencapainya dengan matlamat yang ditetapkan pada tahun 2030. "Walaupun pada asasnya ia bergantung kepada pihak kerajaaan untuk melaksanakan agenda SDG, hakikat ringkas adalah ia tidak akan dapat direalisasikan tanpa sektor swasta," kata Mohamad Djelid, Pengarah Pejabat UNESCO di Jakarta, Indonesia. "Kita semua mempunyai peranan untuk dimainkan bagi mencapai Agenda Pembangunan Mampan yang bercita-cita tinggi yang sememangnya diperlukan, menjelang tahun 2030."

Rangkuman digital merupakan bidang penting yang dibincangkan semasa sesi berkenaan. Walaupun jurang digital semakin mengecil secara beransur-ansur, baru-baru ini, ITU melaporkan bahawa 2.7 bilion orang di dunia masih kekal di luar talian. Ekoran kekurangan sambungan rangkaian, kemahiran digital, peranti mampu milik atau kombinasi antara faktor-faktor ini, terlalu ramai orang masih tidak dapat mengakses alatan digital yang diperlukan dalam dunia yang semakin berciri digital pada hari ini. "Tiada sesiapapun yang harus ditinggalkan di luar talian," kata Atsuko Okuda, Pengarah Pejabat Serantau ITU untuk Asia dan Pasifik. "Teknologi digital dan pembangunan ICT dapat mempercepatkan pencapaian SDG."

David Lu daripada Huawei, Presiden Jabatan Strategi & Pemasaran Asia Pasifik, memperkenalkan kemajuan terkini dan peranan ICT dalam projek-projek TECH4ALL di seluruh dunia dan terutamanya di Asia Pasifik, termasuk Bas Digital di Thailand, yang membawa sambungan dan kemahiran digital kepada kanak-kanak luar bandar; program Perkampungan Digital di Indonesia yang menyediakan sambungan berpatutan kepada masyarakat luar bandar melalui penyelesaian RuralStar; dan pengenalan penjagaan kesihatan berkuasa 5G terpencil untuk masyarakat luar bandar dan penyelesaian kebolehcapaian maklumat untuk warga emas di Thailand. En. Lu menyebut, bahawa melalui kolaborasi antara syarikat-syarikat teknologi dan organisasi-organisasi global, masa depan untuk Asia Pasifik akan menjadi cerah dan lestari, seterusnya mencapai matlamat untuk tidak meninggalkan sesiapa pun di belakang.

Satu lagi tema penting sesi berkenaan meliputi bagaimana teknologi dapat merangsang pemuliharaan alam semula jadi. Shawn Tan, Naib Presiden penyedia penyelesaian tenaga hijau terkemuka, Sunseap, berkongsi bagaimana syarikat Singapura itu menjangkakan dapat mengimbangi 4,000 tan CO2 setiap tahun dengan ladang solar terapungnya yang inovatif. Penyelesaian berkenaan, yang menggunakan penyelesaian PV pintar Huawei, digunakan di luar pesisir di Singapura.

Meneruskan tema perlindungan alam sekitar, Sarawak Forestry Corporation Malaysia memulakan projek perintis pertama bersama TECH4ALL Huawei dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority, Forest Department Sarawak dan Rainforest Connection, dirancang untuk melindungi salah satu hutan hujan paling tua di dunia yang berusia 140 juta tahun, hutan hujan Sarawak.

Huawei menjalankan lebih daripada 45 projek TECH4ALL dengan lebih 40 rakan kongsi global, memfokuskan kepada pendidikan yang saksama dan berkualiti, memulihara alam semula jadi dengan teknologi, membangunkan penjagaan kesihatan yang inklusif dan mencapai pembangunan yang seimbang.

Baca lebih lanjut tentang projek TECH4ALL Huawei:

https://www.huawei.com/en/tech4all/

Source: Huawei Connect
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment