omniture

Meningkatkan Prestasi Keselamatan dengan teknologi, GWM HAVAL JOLION, WEY Coffee 01 dan ORA FUNKY CAT Dianugerahkan Penarafan Keselamatan Lima-bintang

GWM
2022-09-26 09:13 88

BAODING, China, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, tiga model GWM, HAVAL JOLION, WEY Coffee 01 dan ORA FUNKY CAT (turut dikenali sebagai GOOD CAT) telah memperoleh penarafan lima-bintang masing-masing daripada Australasian New Car Assessment Program (ANCAP) dan European New Car Assessment Programme (Euro NCAP).

Improving Safety Performance with technology, GWM HAVAL JOLION, WEY Coffee 01 and ORA FUNKY CAT Awarded Five-star Safety Ratings
Improving Safety Performance with technology, GWM HAVAL JOLION, WEY Coffee 01 and ORA FUNKY CAT Awarded Five-star Safety Ratings

Pada 19 September, HAVAL JOLION diiktiraf dengan penarafan lima-bintang ANCAP dalam pasaran Australia. Ini merupakan model keempat daripada GWM yang menerima penarafan ini dalam pasaran ini dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Menurut keputusan ujian yang dikeluarkan oleh ANCAP, HAVAL JOLION mencapai skor yang cemerlang dalam kesemua ujian termasuk PERLINDUNGAN PENUMPANG DEWASA, PERLINDUNGAN PENUMPANG KANAK-KANAK, PERLINDUNGAN PENGGUNA JALAN RAYA RENTAN dan BANTUAN KESELAMATAN, dengan kadar skor masing-masing 90%, 84%, 64% dan 92%.

Prestasi yang cemerlang ini tidak dapat dipisahkan daripada berbilang konfigurasi pintar model berkenaan. HAVAL JOLION dilengkapi dengan pelbagai konfigurasi keselamatan aktif (AEB, ACC, ELK, dsb.) sebagai standard dalam Pasaran Australia. Antara ujian BANTUAN KESELAMATAN, Sistem Sokongan Lorong (LSS) mendapat markah penuh.

Keputusan yang dicapai oleh WEY Coffee 01 dan ORA FUNKY CAT juga luar biasa dari segi ujian keselamatan dalam pasaran Eropah. Dalam awal bulan September tahun ini, kedua-dua model tersebut mendapat penarafan lima-bintang daripada Euro NCAP.

Khususnya, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Euro NCAP bahawa WEY Coffee 01 mencapai kadar pemarkahan 94% dalam ujian BANTUAN KESELAMATAN. Dalam ujian perlindungan dewasa, kanak-kanak dan pengguna jalan raya rentan, model berkenaan masing-masing diberi penilaian 91%, 87% dan 79%.

Keputusan ujian terakhir juga menunjukkan bahawa penarafan keseluruhan WEY Coffee 01 menduduki tempat ketiga dalam ujian ini, iaitu lebih tinggi berbanding Mercedes-Benz C-Class dan Volvo C40 Recharge.

Michiel van Ratingen, Ketua Setiausaha Euro NCAP berkata, "Tahun ini, Euro NCAP akan menguji lebih banyak kereta Cina berbanding yang pernah dilakukannya sebelum ini dan Great Wall (GWM) benar-benar menetapkan standard untuk diikuti oleh pihak-pihak lain."

GWM sentiasa mementingkan keselamatan pemanduan sejak penubuhannya, dengan pelaburan yang berkesan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berkaitan dengan hal berkenaan. Sistem pemanduan bantuan pandu pintar NOH (Navigation on HIPilot), dibangunkan sendiri oleh GWM, telah menaik taraf secara berterusan.

Sistem yang baru dinaik taraf ini dilengkapi dengan model persepsi yang merangkumi dua radar laser, 5 radar gelombang-milimeter, 12 radar ultrasonik dan 12 kamera berdefinisi tinggi, berserta cip kuasa pengkomputeran yang tinggi.

Sistem ini dapat membantu kenderaan untuk menyelesaikan tugas-tugas seperti mengelak halangan dan mengelak pejalan kaki dengan pintar, demi menjamin keselamatan perjalanan.

GWM sentiasa mendukung "keselamatan" sebagai teras dan menyokong konsep "Keselamatan Komprehensif" dari tiga dimensi iaitu "Keselamatan Penumpang," "Keselamatan Pejalan Kaki" dan "Keselamatan Kenderaan".

Terus meningkatkan prestasi keselamatan kenderaan dengan kekuatan teknologinya, GWM bermatlamat untuk menyediakan pengalaman perjalanan yang berkualiti tinggi dan selamat kepada pembeli global.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation