omniture

Trina Solar kekalkan kedudukan 'AAA' dalam Laporan Kebolehterimaan Bank Q3'22 PV Tech

Trina Solar Co., Ltd
2022-09-26 09:49 64

CHANGZHOU, China, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian keseluruhan PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, sekali lagi disenaraikan sebagai 'AAA', kategori tertinggi dalam laporan Penarafan Kebolehterimaan Bank ModuleTech PV Q3'22 yang terkini oleh PV-Tech.

Berdasarkan kepada pengilangan dan kesihatan kewangan syarikat-syarikat, laporan berkenaan menyenaraikan kebolehterimaan bank pembekal-pembekal modul PV daripada AAA, kategori tertinggi, hingga C, kategori paling rendah. Trina Solar tersenarai di kedudukan teratas dalam senarai tersebut, menunjukkan pengiktirafan penuh yang diterima olehnya daripada pihak-pihak berkuasa antarabangsa dari segi teknologi, produk dan kewangan.

Prinsip berorientasikan LCOE menyokong nilai lebih tinggi modul Vertex 600W+

Baru-baru ini, Trina Solar mengemukakan prinsip berorientasikan LCOE, bererti dengan kuasa yang tinggi, kecekapan tinggi, keandalan tinggi dan hasil tenaga yang tinggi, LCOE yang lebih rendah dapat dicapai. Modul Vertex 600W+ Trina mencapai kenaikan kuasa 125W hingga 130W dan kecekapan modul meningkat sebanyak 0.3% hingga 0.5%. Dari segi hasil tenaga, data empirikal menunjukkan bahawa hasil tenaga modul Vertex 600W+ adalah sekurang-kurangnya 2.1% lebih tinggi berbanding modul rujukan. Ujian empirikal dijalankan oleh TÜV Rheinland dan CPVT pada skala global.

Hasil daripada keandalan modul PV yang tinggi, Trina Solar disenaraikan sebagai Pelaksana Terbaik oleh PVEL buat tahun kelapan berturut-turut dan dinamakan Pencapai Tinggi Keseluruhan RETC selama tiga tahun berturut-turut.

Digabungkan dengan teknologi jenis-N, teknologi 210 terus menerajui industri

Trina Solar akan terus menerajui industri ini dengan membangunkan produk jenis-N yang berkecekapan tinggi dan berkuasa tinggi serta membentuk ekosistem yang relevan. Dalam bulan Ogos, kecekapan modul apertur modul jenis-N Vertex proprietari Trina Solar menggunakan silikon monohabluran telah mencapai 24.24%, mencatatkan rekod dunia yang baharu untuk modul i-TOPCon jenis-N kawasan besar perindustrian.

Menjelang penghujung tahun 2022, kapasiti pengeluaran Trina Solar bagi modul i-TOPCon jenis-N dijangka mencapai 8 GW. Susun atur kapasiti pengeluaran baharu di Taman Perindustrian Qinghai ialah kesemua modul 210 berdasarkan kepada teknologi sel jenis-N generasi baharu. Menampilkan saiz 210mm, kuasa 600W+ dan sel jenis-N, produk Trina Solar akan terus menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan akhirnya dengan nilai yang lebih besar.

Prestasi kewangan yang stabil dan kebolehterimaan bank yang tinggi

Tatkala perniagaan modul PVnya terus berkembang maju, penghantaran modul PV Trina Solar berjumlah 18.05GW dalam separuh pertama tahun ini, 72% lebih banyak daripada tempoh yang sama tahun lalu, dengan peningkatan dalam bahagian pasarannya kepada 15%. Penghantaran modul 210 menyumbang sebanyak lebih daripada 80% daripada penghantaran keseluruhannya dalam separuh pertama. Trina Solar telah menghantar lebih daripada 30GW modul 210, manakala seluruh industri menyaksikan lebih 50GW modul 210 dihantar setakat bulan Jun.

Selain daripada penarafan AAA dalam laporan kebolehterimaan bank PV Tech, Trina Solar juga menerima pengiktirafan daripada pasaran kewangan dan institut-institut ternama. Trina Solar mendapat skor 100% dalam Tinjauan Kebolehterimaan Bank BNEF selama enam tahun berturut-turut. Modul Vertex pula menunjukkan kecemerlangan dalam faktor-faktor penting menerusi Kajian Kebolehterimaan Bank untuk Modul PV Trina Solar (Bankability Study For Trina Solar PV Modules ) oleh UL.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Utilities Survey, Polls & Research