omniture

Huawei Lancar Penyelesaian FRMCS untuk Mudahkan Transformasi Digital Kereta Api

Huawei
2022-09-26 09:57 121

BERLIN26 September 2022 /PRNewswire/ -- Huawei melancarkan secara rasmi penyelesaian Sistem Komunikasi Mudah Alih Kereta Api Masa Depan (Future Railway Mobile Communication System, FRMCS) di InnoTrans 2022 dan Sidang Kemuncak Rel Global Huawei ke-9 di Berlin, Jerman, yang mana tetamu-tetamu khas, Wang Guoyu, Ketua Pegawai Operasi Huawei Aviation & Rail BU, serta Li Jie, Presiden Domain Tanpa Wayar Perusahaan Huawei, berbicara tentang kejayaannya. Penyelesaian ini merupakan satu pencapaian yang luar biasa buat Huawei, hasil daripada penyelidikan dan pengalamannya yang luas dalam penggunaan ICT dalam industri kereta api selama lebih dua dekad lamanya. Dengan fokus untuk meningkatkan keselamatan dan keandalan, Huawei FRMCS meluaskan perkhidmatan tanpa wayar tren-ke-darat daripada kawalan dan penghantaran tren kepada O&M kereta api, IoT kereta api dan banyak lagi. Ia memperkasa transformasi digital yang meluas dalam sektor rel, memastikan keselamatan operasi tren dan meningkatkan kecekapan operasi kereta api.

Huawei launches the FRMCS solution
Huawei launches the FRMCS solution

Permintaan terhadap kereta api pintar yang dapat membawa kapasiti yang besar semakin meningkat. Huawei FRMCS bukan sahaja dapat menyediakan keandalan tinggi dan kependaman rendah yang diperlukan untuk kawalan dan penghantaran tren, tetapi juga menyokong perkhidmatan baharu seperti pemantauan status lokomotif, pemantauan operasi tren dan penghantaran kakitangan O&M secara visual, seraya meningkatkan ketepatan ramalan kesilapan dan juga kecekapan O&M.

Penyelesaian FRMCS menggunakan teknologi baharu, iaitu 8T8R Smart MIMO yang membolehkannya mencapai liputan yang sama dalam jalur 1900 MHz seperti GSM-R dalam jalur 900 MHz apabila menggunakan peranti berkuasa tinggi daripada rakan kongsi Huawei. Ini dapat mengurangkan kos penggunaan dan penyelenggaraan FRMCS pada 1900 MHz dan mempermudah penggunaan rangkaian FRMCS. Dengan menyediakan tiga tahap kelewahan, termasuk papan utama, elemen rangkaian utama dan rangkaian tanpa wayar, Huawei FRMCS menghapuskan kegagalan titik-tunggal pada rangkaian, memastikan keandalan peranti dan rangkaian yang tinggi serta memenuhi keperluan Sistem Kawalan Tren Eropah (European Train Control System, ETCS). Seni binanya mematuhi piawaian industri kereta api, yang memudahkan saling hubungan antara rangkaian tanpa wayar dan aplikasi industri kereta api serta penggunaan perkhidmatan baharu.

Li Jie berkata: "Industri kereta api kini berada dalam tempoh kritikal transformasi digital apabila keperluan terhadap sistem komunikasi tanpa wayar tren-ke-darat adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini. Huawei FRMCS dapat memenuhi keperluan ini dengan mengintegrasikan teknologi 4G dan 5G Huawei. Ia dapat membantu pelanggan kereta api membina rangkaian jalur lebar tanpa wayar tren-ke-darat dengan keandalan yang tinggi, lebar jalur tinggi dan berorientasikan masa depan yang selamat, andal, tertumpu, dipermudah dan berupaya mencapai evousi jangka panjang."

Huawei akan bekerjasama dengan organisasi piawaian industri, pelanggan industri dan rakan kongsi untuk menggalakkan pelancaran komersial FRMCS yang semakin matang dan berskala besar serta membina asas digital tanpa wayar untuk kereta api pintar.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news