omniture

Huawei Keluarkan Kertas Putih "Kuasa Storan Data - Asas Digital bagi Pembangunan Masyarakat Berkualiti-Tinggi"

Huawei
2022-09-26 10:07 132

BANGKOK, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Hari ini, di Huawei Connect 2022, Huawei mengeluarkan secara rasmi kertas putihnya "Kuasa Storan Data - Asas Digital bagi Pembangunan Masyarakat Berkualiti-Tinggi" ("Data Storage Power - The Digital Cornerstone of High-Quality Society Development"). Kertas putih tersebut menakrifkan penunjuk kuantitatif untuk mengukur keupayaan storan data dan menganalisis landskap storan data semasa merentas wilayah-wilayah yang berbeza di serata dunia. Ia bertujuan untuk membantu kerajaan dan perusahaan menilai, mereka bentuk dan membina keupayaan storan data dengan lebih baik.

Gu Xuejun, Naib Presiden Barisan Produk IT Huawei
Gu Xuejun, Naib Presiden Barisan Produk IT Huawei

Gu Xuejun, Naib Presiden Barisan Produk IT Huawei berkata: "Keupayaan storan daya ketika ini diukur oleh kapasiti. Walau bagaimanapun, dengan pembangunan pesat dalam industri ini dan kemunculan perkhidmatan data yang baharu dan terpelbagai seperti AI dan data raya, kapasiti sahaja tidak mencukupi untuk mengukur pembangunan dan pembinaan sistem storan masa depan. Kita memerlukan definisi yang lebih saintifik dan sistem penilaian untuk mengukur keupayaan storan daya dengan berkesan."

Dunia yang pintar ini memacu pertumbuhan data yang pesat merentas industri-industri dan transformasi digital industri-industri ini memerlukan keupayaan storan data atau kuasa storan data yang berkuasa. Kertas putih tersebut menjelaskan konsep kuasa storan daya, serta menyediakan:

Konsep dan konotasi kuasa storan data: Kuasa storan data ialah konsep komprehensif yang melibatkan kapasiti storan (teras), prestasi, keandalan dan kehijauan.

Kajian kuantitatif terhadap nilai storan data: Pengiraan oleh Huawei menunjukkan bahawa pelaburan storan data sebanyak AS$1 menyumbang kepada nilai langsung AS$5, nilai tidak langsung AS$8 dan nilai teraruh AS$30-40.

Sistem penunjuk yang menilai kuasa storan data sebuah kawasan atau pusat data: Sistem ini terdiri daripada 35 penunjuk tiga-tahap dalam empat hala tuju -- magnitud, kecekapan, persediaan asas dan kemajuan -- berdasarkan kepada ciri-ciri negara-negara dan perusahaan-perusahaan. 

Penilaian kuasa storan di 20 negara dan wilayah: Kertas putih tersebut menganalisis sebab sesetengah negara menerajui kedudukan kuasa storan data dan cara negara-negara yang tersenarai di kedudukan bawah dapat mengejar kedudukan. Ia turut memberi cadangan dasar untuk meningkatkan kuasa storan data.

Gu Xuejun berkata, "Saya menganggap kertas putih ini sebagai satu penerokaan bermakna yang akan mencetuskan lebih banyak minat dalam menggalakkan pembangunan industri storan data. Hanya apabila data disimpan dengan baik, dihitung dengan cepat dan dihantar dengan stabil melalui rangkaian, barulah infrastruktur digital dapat menyerlahkan nilai data dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial yang berkualiti tinggi dengan lebih baik."

Untuk maklumat lanjut, sila klik: https://e.huawei.com/topic/data-storage-power-mega/en/

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics New products/services Survey, Polls & Research