omniture

Acara China-Greece "Impian Belia, Bersama-sama menuju Pertumbuhan" Forum Berbilang Budaya Belia Global

Center for International Cultural Communication, China International Communications Group (CICC)
2022-09-26 10:10 87

BEIJING26 September 2022 /PRNewswire/ -- Pada 20 September, pada hari sambutan ulang tahun ke-50 pembentukan hubungan diplomatik antara China dan Greece, acara China-Greece yang bertajuk "Impian Belia, Bersama-sama menuju Pertumbuhan" ("Dreams of Youth, Together to Growth") di bawah Forum Berbilang Budaya Belia Global yang ditaja secara bersama oleh Guohua Energy Investment Co., Ltd daripada China Energy Investment dan Center for International Cultural Communication daripada China International Communications Group (CICG) telahpun diadakan di Beijing dan Athens melalui pautan video.

Tetamu-tetamu Kehormat daripada institusi kerajaan dan perniagaan di China dan Greece mengadakan dialog berasaskan awan melalui pautan video bersama wakil-wakil belia Greek daripada perniagaan yang mendapat pelaburan China di Greece, wakil-wakil belia Cina daripada perusahaan dan universiti serta individu daripada pelbagai sektor termasuk selebriti internet di Greece. Semua peserta dapat menikmati pertukaran yang mesra dan ramah berhubung topik-topik seperti persahabatan tradisional, sejarah dan budaya serta kisah korporat antara kedua-dua negara berkenaan.

Pautan Video Waktu-sebenar Sesi Beijing (atas) Sesi Athens (bawah)
Pautan Video Waktu-sebenar Sesi Beijing (atas) Sesi Athens (bawah)

En. Ioannis Smyrlis, Ketua Setiausaha Kementarian Luar Negeri Greece, En. Georgios Iliopoulos, Duta Greek ke China, En. Xiao Junzheng, Duta Cina ke Greece, Lu Cairong, Naib Presiden CICG dan Yang Jiping, Naib Pengarah Urusan China Energy Investment Corporation diundang untuk menghadiri acara tersebut dan menyampaikan ucapan.

Acara berkenaan diadakan berkisarkan pelbagai topik di dua lokasi. Dalam sesi dialog belia, wakil-wakil daripada Center for Green Energy and Architecture Guohua Energy Investment Co, Ltd, Europe Renewable Energy dan CNOOC Research Institute berkongsi perkembangan dan aplikasi praktikal tenaga hijau global serta transformasi dan pencapaian penaiktarafan perusahaan tenaga China dalam menghadapi pusingan baharu revolusi saintifik dan teknologi dan juga transformasi perindustrian. Wakil-wakil kakitangan Greek daripada Bank of China, Huawei dan ZTE berkongsi perasaan mereka bekerja di perusahaan Cina dan pandangan mereka tentang semangat perusahaan Cina.

Wakil-wakil daripada Confucius Institute of the University of Thessaly, Athens Business Confucius Institute dan institusi-institusi atau syarikat-syarikat lain saling bertukar tentang sejarah dan budaya China serta Greece dan juga pembelajaran bahasa bersama profesor daripada Sekolah Sejarah Capital Normal University dan profesor daripada Sekolah Sejarah dan Budaya Shandong University. Dialog yang mesra, rancak dan ramah itu membolehkan belia dari kedua-dua negara lebih memahami antara satu sama lain dan menjalin persahabatan yang lebih erat, sesuatu yang menguntungkan untuk pertukaran antara kedua-dua tamadun itu.

Disaksikan oleh para tetamu dan wakil belia dari China dan Greece, Inisiatif Pembangunan Belia Mampan China-Greece telahpun dilancarkan secara rasmi. Inisiatif berkenaan mencadangkan agar belia dari kedua-dua negara itu berganding bahu dalam mempromosikan Agenda untuk Pembangunan Mampan 2030 PBB dan menyumbang untuk membina planet yang lebih baik.

Semasa berlangsungnya acara tersebut, lokasi Athens dan sub-lokasi Beijing turut menampilkan tarian tradisional dan persembahan alat muzik China dan Greece masing-masing yang menunjukkan dengan jelas daya tarikan dan keharmonian dua tamadun purba itu.

Qiyong Zhang
+86-13581511962
zhangqiyong1123@163.com

 

Source: Center for International Cultural Communication, China International Communications Group (CICC)
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service