omniture

CATL tandatangani pelbagai perjanjian dengan OEM di IAA Transportation, kukuhkan komitmen pengelektrikan pengangkutan

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2022-09-26 11:19 139
  • CATL memenangi Daimler Truck Supplier Award untuk sistem bateri canggih yang akan digunakan pada eActros LongHaul yang baru dilancarkan
  • Satu perjanjian perkongsian strategik telah dicapai antara CATL dan Trailer Dynamics untuk mempromosikan e-pengangkutan jarak jauh untuk logistik emisi sifar di Jerman
  • CATL turut menandatangani MOU untuk pengedaran dengan KYBURZ Switzerland bagi mempromosikan pengelektrikan pelbagai aplikasi komersial

HANOVER, Jerman, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Di IAA Transportation 2022, CATL, peneraju global bagi teknologi inovatif tenaga baharu, mencapai perjanjian kerjasama dengan pelbagai pelanggan OEM yang terkemuka dan memenangi Daimler Truck Supplier Award di pameran tersebut, mendemonstrasikan selanjutnya keupayaan inovatifnya dan pencapaian dalam industri tenaga baharu.

"Di CATL, kami berdedikasi untuk menyampaikan teknologi dan penyelesaian inovatif yang mengupayakan masa depan yang lebih lestari untuk umat manusia dan rakan kongsi kami. IAA Transportation 2022 membawa peluang yang penting untuk mendemonstrasikan kekuatan teknologi dan produk serta meluaskan lagi jaringan perkongsian global kami," kata Li Xiaoning, Presiden Eksekutif Aplikasi Komersial Luar Negara, CATL. "Kami berbangga menjadi salah satu pemacu penting yang memajukan industri kenderaan komersial yang rancak bersama-sama pemimpin-pemimpin global yang lain."

CATL memenangi Daimler Truck Supplier Award dalam kategori "Inovasi" bagi pembangunan dan pengeluaran sistem bateri voltan tinggi yang canggih dengan julat sehingga 500 kilometer, hayat perkhidmatan yang amat panjang dan keupayaan pengecasan pantas. Sistem bateri akan digunakan dalam eActros LongHaul baharu yang diperkenalkan di IAA tahun ini.

Ini merupakan kali pertama Daimler Truck menyampaikan Supplier Award sebagai sebuah syarikat bebas. Dengan anugerah tersebut, ia memberi pengiktirafan kepada CATL atas prestasi melebihi paras purata dan kerjasama dengan semangat perkongsian.

Di pameran tersebut, CATL memperkukuh kerjasama dengan pelbagai OEM terkemuka dalam sektor ini. Ia menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Trailer Dynamics, syarikat pemula Jerman yang membentuk e-pengangkutan jarak jauh untuk logistik emisi sifar dengan e-Trailer. Trailer Dynamics berhasrat untuk menggunakan produk sistem berasaskan platform CATL dalam projek-projek e-Trailer dengan konfigurasi dalam dimensi kapasiti kWj yang berbeza.

Dilengkapi dengan sistem bateri LFP berasaskan CTP daripada CATL, yang membawakan hayat bateri yang luar biasa panjang dan kestabilan terma tinggi, 'semitrailer' menawarkan kecekapan dan prestasi kenderaan yang dipertingkat, penggunaan bahan api lebih rendah dan seterusnya emisi karbon yang lebih rendah.

Trailer Dynamics dan CATL turut merancang untuk berkolaborasi dengan erat bagi memperluaskan produk e-Trailer ke dalam pasaran utama yang khusus, bagi meneroka penyelesaian pertukaran bateri untuk e-Trailer dan untuk membawakan tindakan yang lebih diselaraskan bagi mencapai pengurangan emisi karbon.

Semasa pameran IAA tahun ini, CATL turut menandatangani MOU bagi tujuan pengedaran bersama KYBURZ Switzerland, pengeluar kenderaan elektrik terbesar di Switzerland. Kedua-dua syarikat berhasrat untuk memeterai perjanjian pengedaran bagi mempromosikan jualan produk CATL.

Berdasarkan kepada keperluan praktikal pembangunan perniagaan di Switzerland, kedua-dua pihak juga berhasrat untuk memperluaskan kerjasama semasa kepada lebih banyak projek aplikasi pengelektrikan, seterusnya mempromosikan pengelektrikan pengangkutan di Eropah.

KYBURZ membangunkan, mengeluarkan dan mengedar kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi untuk syarikat penghantaran, industri dan individu persendirian. Kenderaan elektrik 3-roda syarikat untuk penghantaran pos telah menjadi bahagian yang penting dalam persekitaran jalan raya di banyak negara.

Menampilkan ketumpatan tenaga yang tinggi, hayat perkhidmatan yang panjang, keandalan tinggi dan kebolehsuaian terhadap pelbagai persekitaran yang sukar, tawaran daripada CATL di acara tersebut akan menjadi peluang untuk memajukan pengelektrikan dalam sektor pengangkutan bersama rakan-rakan kongsi di seluruh dunia. CATL akan mengumumkan lebih banyak perkongsian dalam pengelektrikan aplikasi komersial dalam masa terdekat.

Teknologi dan produk inovatif CATL telahpun diterima baik oleh pasaran dan ia telah mewujudkan dan mengukuhkan perkongsian dengan OEM aplikasi komersial yang terkemuka termasuk Daimler Truck, VWCO, Yutong, FAW Group, Dongfeng dan King Long.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Trucking and Road Transportation Utilities Contracts Trade show news