Pelancaran kempen promosi penggemar makanan semasa Festival Makanan Singapura untuk menyokong wira penjaja tempatan meluaskan segmen sasaran mereka kepada sejumlah besar pengguna Weixin
SINGAPURA, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Weixin Pay, fungsi pembayaran mudah alih platform sosial popular Tencent, Weixin, meningkatkan akses kepada pengembara Weixin Pay yang meneroka Singapura kepada budaya penjaja unik negara ini, menawarkan kepada mereka kemudahan pembayaran kepada hampir 10,000 gerai penjaja di seluruh negara ini. Bersempena dengan Festival Makanan Singapura (Singapore Food Festival) yang sedang berlangsung, Weixin Pay melancarkan kempen promosi penggemar makanan untuk mempromosikan selanjutnya makanan tempatan dan budaya penjaja.
Pada tahun 2020, budaya penjaja di Singapura telah dicatatkan ke dalam Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Tak Ketara Manusia dan terus menjadi ciri penentu bagi budaya dan identiti negara. Semasa pandemik Covid pada tahun lalu, inisiatif yang diterajui oleh kerajaan seperti program Hawkers Go Digital bertujuan untuk membantu lebih daripada 10,000 peniaga gerai - lebih daripada separuh penjaja Singapura - mengekalkan perniagaan melalui penerimaan penyelesaian e-bayaran seragam SGQR termasuk Weixin Pay. Ini telah menyediakan pengguna dengan pengalaman pembayaran mudah alih yang pantas, tanpa tunai dan tanpa sentuh sekali gus membantu pemilik gerai meningkatkan kecekapan operasi.
"Sejak wabak COVID-19, kami tidak mampu menjual briyani sebanyak yang kami pernah lakukan. Kami mula menyediakan pilihan bayaran tanpa tunai seperti Weixin Pay dengan harapan agar kami dapat mencapai kumpulan pengguna yang lebih luas. Dengan kaedah pembayaran tanpa sentuh, ternyata ia lebih mudah dan lebih selamat untuk pelanggan membuat transaksi," kata Seeni Ibrahim, Pemilik Yakader Briyani Stall di Tekka Market.
Diiktiraf sebagai kaedah bayaran pilihan untuk komuniti Cina di serata dunia, Weixin Pay berfungsi sebagai gerbang utama untuk penggemar makanan mahupun pelancong untuk menikmati budaya penjaja yang meriah yang terdiri daripada makanan Cina, Melayu, India serta Eurasia dan banyak lagi. Penjaja boleh mengoptimumkan sepenuhnya ekosistem Weixin yang semakin berkembang yang boleh diakses oleh berbilion-bilion pengguna untuk memperluaskan saluran capaian mereka dan meningkatkan pendapatan, melancarkan program kesetiaan dan memasarkan masakan unik mereka melalui ekosistem Weixin yang meriah merangkumi Program Mini, Akaun Video (Saluran), Akaun Rasmi, Sembang, Kumpulan dan banyak lagi fungsi lain. Weixin Pay kini boleh diakses di 68 negara dan wilayah serta menyokong pembayaran dalam 26 mata wang secara global.
"Kami menyokong penjaja dan perniagaan kecil-kecilan untuk menerima pendigitalan dan menyediakan platform global untuk mereka memperkenalkan pelbagai masakan mereka yang menjadi kebanggaan mereka kepada pengguna Weixin. Melalui kempen tersebut, kami berharap dapat terus menyokong dan menggalakkan penjaja yang telah menerima pakai e-bayaran untuk menikmati faedah penuh ekosistem dan komuniti Weixin kami yang besar. Ia sentiasa menjadi matlamat kami untuk memanfaatkan teknologi bagi memenuhi tanggungjawab sosial kami dan merangkumkan visi dan misi 'Tech for Good' Tencent melalui komitmen tempatan kami," kata Freedom Li, Presiden Perniagaan Antarabangsa Weixin Pay.
Bersempena dengan Festival Makanan Singapura yang bermula pada 24 Ogos, Weixin Pay akan memberi nilai yang lebih besar kepada penggemar makanan dengan menggalakkan sejumlah besar pengguna Weixin Pay untuk memberi sokongan aktif kepada peniaga-peniaga yang mengambil bahagian termasuk rangkaian restoran, Xiao Hong Shu dan gerai penjaja MICHELIN Bib Gourmand Singapore Recommended melalui kempen promosi. Promosi termasuk:
Lihat video bagaimana Weixin Pay menyokong Penjaja di Singapura di sini.
LATAR BELAKANG WEIXIN
Dilancarkan dalam bulan Januari 2011, Weixin ialah salah satu platform sosial yang paling popular di China dan memperkasa pengguna dengan cara yang menyeronokkan dan dinamik, menghimpunkan fungsi pemesejan, maklumat hibur dan pembayaran dalam satu pengalaman interaktif yang lancar. Weixin menyediakan platform kepada pengguna untuk berkongsi kandungan serta untuk peniaga berhubung dan mengembangkan komuniti mereka melalui ciri-ciri utama seperti Detik-detik, Akaun Rasmi, Program Mini dan Bayar. Setakat Jun 2022, jumlah pengguna aktif bulanan Weixin yang digabungkan dan WeChat versi antarabangsanya melebihi 1.299 bilion.