omniture

Huawei Anjur Sidang Kemuncak Rel Global ke-9 di Berlin

Huawei
2022-09-26 16:47 327

BERLIN, 26 September 2022 /PRNewswire/ -- Berlangsung serentak dengan InnoTrans 2022, Huawei mengadakan Sidang Kemuncak Rel Global Huawei ke-9, bertemakan "Memacu Pendigitalan dalam Rel Masa Depan, Mencipta Nilai Baharu Secara Bersama". Sidang kemuncak tersebut menghimpunkan pemimpin industri global, rakan kongsi ekosistem dan pakar teknikal untuk membincangkan tentang masa depan industri rel.

Di sidang kemuncak tersebut, Huawei melancarkan Penyelesaian Sistem Komunikasi Mudah Alih Kereta Api Masa Depan (Future Railway Mobile Communication System, FRMCS) yang bertujuan untuk membantu membina sistem komunikasi mudah alih kereta api yang lebih selamat, cekap dan lebih pintar. En. Wang Guoyu, Ketua Pegawai Operasi Huawei Aviation & Rail BU dan tetamu-tetamu lain menghadiri majlis pelancaran.

Launch of Huawei's FRMCS Solution
Launch of Huawei's FRMCS Solution

"Huawei membantu pelanggan beralih kepada digital. Kami menggunakan teknologi inovatif — seperti FRMCS, Wi-Fi 6 dan rangkaian optik-penuh—untuk membentuk semula hubungan, membina semula platform digital dan memudahkan perkongsian data serta kolaborasi merentas pelbagai sistem perkhidmatan dalam industri rel. Kami berharap dapat mengupayakan operasi rel pintar dan O&M melalui inovasi bersama dengan rakan kongsi kami," kata En. Xiang Xi, Naib Presiden Huawei Aviation & Rail BU.

Mematuhi konsep keterbukaan dan kerjasama, Huawei komited untuk memacu transformasi digital bersama-sama pelanggan rel dan rakan kongsi ekosistem. Kami saling melengkapi kekuatan satu sama lain, berinovasi bersama, meninjau standard inovasi dan membina ekosistem untuk pendigitalan rel.

Di sidang kemuncak tersebut, Jeffrey Sim, Ketua Pegawai Eksekutif SBS Transit Rail Business, menjelaskan perjalanan digital syarikat berkenaan. Vincenzo Bloise, Pengarah Jualan Antarabangsa Almaviva, memperkenalkan bagaimana penyelesaian ICT moden dapat meningkatkan pendigitalan dalam kereta api dan En. Li Jie, Presiden Domain Tanpa Wayar Perusahaan Huawei, mendemonstrasikan cara penyelesaian FRMCS Huawei mengupayakan pendigitalan kereta api. Di samping itu, Steven Xiong, Ketua Pegawai Teknologi untuk industri rel Huawei Aviation & Rail BU, menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Memacu Pendigitalan dalam Rel Masa Depan, Mencipta Nilai Baharu Secara Bersama," dan berkongsi kes-kes pendigitalan industri.

Huawei mempamerkan penyelesaian inovatifnya dan produk utama untuk industri rel di InnoTrans 2022. Ini termasuk infrastruktur ICT yang terkemuka, tenaga hijau, rel bandar pintar dan penyelesaian kereta api pintar.

Huawei bermatlamat untuk membentuk semula keterhubungan rel dan mengupayakan pembangunan yang selamat, pintar, hijau dan mampan. Kami akan terus menyelami amalan yang inovatif dan menggunakan ICT utamanya bagi meletakkan asas digital untuk industri ini. Huawei akan membina aplikasi pintar dengan kerjasama rakan-rakan kongsi kami, memajukan transformasi digital industri secara berterusan.

 

 

Pelancaran Penyelesaian FRMCS Huawei

 

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news