omniture

CHiQ Bawakan +Lebih Banyak Inovasi Pengaruhi Pasaran Perkakas Rumah

CHiQ
2022-09-27 22:28 77

CHENGDU, China, 27 September 2022 /PRNewswire/ -- Berpandukan prinsip "sedikit usaha, lebih kehidupan", CHiQ bermatlamat untuk meningkatkan kualiti hidup untuk penggunanya dengan produk pintar dan boleh diharapkan yang dapat mengendalikan tugas-tugas penting secara pintar dan dengan mudah, yang melaluinya pelanggan dapat menjalani kehidupan yang lebih gembira dan lebih santai.

 

Dengan mengutamakan objektif-objektif ini, CHiQ melancarkan kempen +More (+Lebih Banyak) – bertunjangkan komitmen untuk memperbaiki kehidupan penggunanya di seluruh dunia menerusi produk yang dapat memberikan lebih banyak lagi kepada mereka, sama ada +Reka Bentuk, +Pilihan, +Kreatif, +Gaya dan +Nilai, matlamat jenama ini adalah untuk menambah nilai demi kehidupan yang lebih baik.

Berpandukan misi mengutamakan pelanggan CHiQ bagi mencipta kehidupan yang lebih berwarna-warni dan diperkayakan untuk penggunanya, sejak itu kempen +More menunjukkan secara empirikal bagaimana produknya dapat memperbaiki kualiti hidup.

Tidak berpuas hati dengan hanya sekadar memenuhi permintaan asas, CHiQ mengambil kira keperluan dan maklum balas pelanggan yang paling penting untuk mengemas kini misinya untuk +Lebih Banyak lagi pada tahun 2022 dengan nilai-nilai teras yang berikut: +Usaha, +Kemungkinan, +Jangkaan dan +Kemungkinan (+Effort, +Possibility, +Expectations dan +Possibilities).

CHiQ menunjukkan dan menyampaikan nilai-nilai ini menerusi yang berikut:

+Usaha (+Effort)

CHiQ menjadikan aspek teknikal dan fungsi-fungsi produknya sebagak keutamaan tertinggi dan berdedikasi untuk mengeluarkan perkakas rumah yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan kehidupan harian pengguna. Komitmen kepada tahap kecemerlangan teknikal yang lebih tinggi ini ditunjukkan pada Peti Sejuk CHiQ yang direka bentuk dengan mengutamakan kesejahteraan pengguna dan pemakanan yang optimum. Peti sejuk ini dilengkapi dengan teknologi fros rendah bagi tujuan pengumpulan ais yang sedikit dan lebih banyak ruang simpanan. Ia turut didatangkan dengan penyongsang berkuasa bagi menyelenggara beberapa zon suhu sejuk untuk memastikan makanan yang berbeza segar dan juga butang pembekuan empat-bintang bagi membekukan makanan dengan pantas dan mengekalkan kesegaran.

+Kemungkinan (+Possibility)

Di samping memenuhi permintaan pelanggan terhadap perkakas rumah yang hebat, CHiQ mengejar kemungkinan dengan aktif demi kejayaan cemerlang yang selanjutnya. Usaha mengejar inovasi teknologi dan kejayaan cemerlang ini dapat dilihat pada G7PF, TV Siri G7L – yang memainkan peranan sebagai hab kawalan untuk rumah anda, serta pawagam rumah imersif yang benar-benar luar biasa. Barisan G7PF baharu TV CHiQ menampilkan reka bentuk tanpa bingkai, nisbah skrin-ke-badan yang tinggi untuk pengalaman seakan-akan pawagam dan pemproses teras kuad 64-bit yang mengupayakan analisis dan pelarasan automatik pada skrin demi tontonan yang ultra-imersif. Dengan pembantu Google dan kawalan suara bebas tangan terbina dalam, pengguna berupaya mengawal semua perkakas pintar mereka melalui TV menerusi arahan suara dalam lebih 30 senario, lalu menjadikan kehidupan mereka lebih mudah dengan peranti tunggal.

+Jangkaan (+Expectations)

CHiQ tidak berpuas hati dengan hanya sekadar mencapai standard yang baik dan menjangkakan untuk menyampaikan lebih banyak lagi produk yang menyenangkan dan mesra pengguna serta mempunyai asas saintifik yang kukuh. Dedikasi untuk melangkaui jangkaan ini dapat dilihat pada Mesin Basuh CHiQ – memberi lebih keselesaan kepada pengguna berbanding apa yang mereka harapkan. Reka bentuk ultra-nipis dan boleh dibenamkan yang canggih ini menjadikannya mudah dipasang walaupun dalam ruang yang kecil, di samping ia hadir dengan dram besar untuk membasuh lebih banyak pakaian dan kemahiran kimpalan lanjutan untuk prestasi pembersihan mendalam yang lebih baik.

+Kemungkinan (+Possibilities)

Tidak berpuas hati dengan sekadar memenuhi keperluan pelanggan, CHiQ bermatlamat untuk membawa lebih banyak kemungkinan untuk memperbaiki kehidupan mereka – berdasarkan kepada maklum balas dan kisah sebenar mereka yang dikongsikan. Satu contoh yang baik ialah CHiQ 32P625Q UltraSlim Monitor, dengan skrin tanpa bingkai ultra-nipis 31.5'' yang direka bentuk untuk tontonan dengan keselesaan maksimum. Paparan skrinnya yang besar dan fungsi penukaran juga mengupayakan tugas rumah atau pejabat dengan mudah, menerusi komputer atas meja berbilang tetingkap yang sesuai untuk menyemak imbas dan mengurus dokumen. Di samping itu, gamut luas sRGB 100% menawarkan 1.07 bilion warna untuk imej yang paling tampak hidup dan jelas – untuk memperkasa pengalaman dan kemungkinan tontonan imersif yang unggul.

Matematiknya mudah: +Usaha+Kemungkinan+Jangkaan+Kemungkinan = CHiQ, penyelesaian perkakas rumah untuk pengguna yang inginkan +Lebih Banyak daripada kehidupan. Jenama ini turut bertunjangkan misi syarikat untuk "Mencipta Jenama Perkakas Rumah Bertaraf Dunia dan Membina Syarikat Rumah Pintar Global yang Terkemuka".

Hari ini, CHiQ telah menembusi lebih daripada 30 negara dan wilayah di Eropah, Australia, Asia Tenggara, Timur Tengah serta Amerika Selatan dan telah meluaskan kehadirannya pada lebih 40 platform e-dagang, dengan produk-produk meliputi televisyen, peti sejuk, penyaman udara, mesin basuh, monitor, antara lain.

Source: CHiQ
Keywords: Consumer Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services