omniture

Xinhua Silk Road: Bandar Guigang, Selatan China berusaha bina kluster perindustrian e-basikal, NEV, terokai pasaran ASEAN

Xinhua Silk Road
2022-09-28 02:01 81

BEIJING, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bandar Guigang di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China telah memfokuskan untuk memupuk kluster perindustrian kenderaan tenaga baharu (NEV) dan basikal elektrik (e-basikal), mempromosikan industri ini untuk meneroka selanjutnya pasaran global, menurut He Luchun, ketua Parti Guigang.

Foto menunjukkan kilang e-basikal di tapak pengeluaran e-basikal dan NEV yang memaparkan perdagangan China-ASEAN di Bandar Guigang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.
Foto menunjukkan kilang e-basikal di tapak pengeluaran e-basikal dan NEV yang memaparkan perdagangan China-ASEAN di Bandar Guigang, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, selatan China.

Kenyataan berkenaan dibuat semasa berlangsungnya Forum Antarabangsa E-Kenderaan Guigang China 2022 yang diadakan di Bandar Nanning, Guangxi mulai 16 hingga 19 September. Guigang berusaha untuk membina taman perindustrian berukuran 10,000 mu (kira-kira 667 hektar) dengan nilai keluaran tahunan 100 bilion yuan (kira-kira 14.1 bilion dolar A.S.) pada masa akan datang, kata beliau.

Setakat ini, Daerah Gangbei, Bandar Guigang memperkenalkan lebih 100 perusahaan yang berkaitan dengan industri ini termasuk pengeluar-pengeluar e-basikal seperti Aima, TAILG dan OPAI, serta pengeluar-pengeluar komponen dan alat ganti, kata Yang Yanzhong, ketua daerah berkenaan. Dengan lebih daripada 50 jenama yang diperkenalkan mula beroperasi, kini Gangbei mempunyai keupayaan pengeluaran tahunan 5 juta e-basikal, 500,000 basikal roda tiga elektrik dan 5 juta set alat ganti e-basikal, membentuk rantaian perindustrian yang agak lengkap, ujar Yang.

Selain daripada menawarkan perkhidmatan untuk pasaran domestik, Guigang juga merancang untuk meneroka pasaran global, melihatkan peluang yang dibawa oleh Inisiatif Jalur dan Jalan, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu dan sebagainya.

Pada 16 September, 75 yang pertama daripada kelompok keseluruhan 450 e-basikal telah diangkut ke Thailand dari Pelabuhan Guigang. Bernilai 243,000 dolar A.S. secara keseluruhan, eksport ini melambangkan langkah yang penting untuk e-basikal buatan Guigang menembusi pasaran Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).

Pada masa akan datang, Guigang dijangka terlibat secara proaktif dalam membina versi kawasan perdagangan bebas China-ASEAN yang lebih baik, dengan memberi laluan untuk mengeksport ke negara-negara ASEAN dengan mengukuhkan sokongan dasar dan mempercepatkan pembinaan sistem logistik moden yang komprehensif.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/330233.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Auto Publishing/Information Service Transportation