omniture

Fujitsu memaparkan visi global untuk mendorong transformasi kemampanan melalui inovasi digital di Fujitsu ActivateNow 2022 di Asia

Fujitsu Limited
2022-09-28 09:00 117

SINGAPURA, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- Fujitsu mengumumkan bahawa ia akan menganjurkan acara dalam talian terunggul globalnya, Fujitsu ActivateNow 2022 pada 12 Oktober 2022, menonjolkan visi, teknologi dan kajian kesnya untuk menggalakkan Transformasi Kemampanan melalui inovasi digital untuk pelbagai pihak berkepentingan, termasuk masyarakat, pelanggan, rakan kongsi dan pemimpin generasi seterusnya.

Acara berkenaan akan menampilkan program-program global termasuk ucaptama oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Transformasi Digital Fujitsu Group Takahito Tokita dan Ketua Pegawai Teknologi Vivek Mahajan, serta sesi panel oleh penceramah jemputan khas. Selain daripada program-program global, Fujitsu akan menawarkan program eksklusif untuk para peserta di Asia Tenggara. Graeme Beardsell, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Fujitsu Asia Pacific akan menilai transformasi kemampanan melalui lensa Asia Pasifik dalam ucaptama serantau.

 

 

Fujitsu ActivateNow 2022 in Asia
Fujitsu ActivateNow 2022 in Asia

Gambaran Keseluruhan Acara

1. Tempoh:

12 Oktober 2022 (Rabu)

Asia Tenggara (Singapura, Thailand, Malaysia, Filipina, Vietnam, Indonesia, India)

2:30PTG SGT

-  Asia Timur (China, Hong Kong, Taiwan, Korea)

2:00PTG CST

2. Kandungan dan Penjadualan Acara:

-  Program Global

Ucaptama Pembukaan

Takahito Tokita, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Transformasi Digital Fujitsu Limited akan merasmikan acara berkenaan, menetapkan hala tuju Fujitsu dan menjelaskan bagaimana Fujitsu bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi untuk membawakan Transformasi Kemampanan untuk membina dunia yang lebih baik. Untuk menceritakan kisah ini, Ketua Pegawai Eksekutif ini disertai oleh tetamu dari dalam dan luar Fujitsu.

Sesi Fujitsu Uvance

Ucapan pembukaan daripada Megumi Shimazu, Naib Presiden Eksekutif Kanan Fujitsu Limited, diikuti dengan contoh-contoh usaha pelanggan untuk menyelesaikan isu-isu kemasyarakatan melalui nilai baharu yang dicipta oleh Fujitsu Uvance dengan menghubungkan orang ramai, teknologi dan idea.

-  Program Serantau Asia

Untuk Asia Tenggara

Graeme Beardsell, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Fujitsu Asia Pacific akan meneroka bagaimana Fujitsu mengutamakan kemampanan dalam perniagaannya dan bagaimana ia meningkatkan transformasi kemampanannya melalui inovasi digital untuk pelanggan dan komunitinya. Tatkala perniagaan Asia Pasifik menentukan laluan mereka ke hadapan dalam transformasi kemampanan, Graeme akan menggalakkan para pemimpin untuk mengkaji amalan perniagaan mereka untuk menemui inisiatif yang dapat mempercepatkan kemampanan dan bagi menentukan bagaimana untuk memanfaatkan ekosistem perniagaan bagi memacu impak.

Untuk Asia Timur

Ketua Pejabat Asia Timur, Koji Masuda menyampaikan ucapan salam mesra kepada semua peserta dan memperkenalkan kepada penonton dengan sorotan Fujitsu ActivateNow 2022.

Sumber dalam talian

Laman Mikro Fujitsu ActivateNow - Asia Tenggara / Asia Timur 

Pendaftaran- Asia Tenggara / Asia Timur

Hubungan Akhbar

Bahagian Perhubungan Awam dan Pelabur

Pertanyaan

Latar Belakang Fujitsu

Tujuan Fujitsu adalah untuk menjadikan dunia lebih lestari dengan membina kepercayaan dalam masyarakat melalui inovasi. Sebagai rakan transformasi digital pilihan untuk pelanggan di lebih 100 negara, 124,000 pekerja kami bekerja untuk menyelesaikan beberapa cabaran paling besar yang dihadapi oleh umat manusia. Rangkaian perkhidmatan dan penyelesaian kami memanfaatkan lima teknologi penting: Pengkomputeran, Rangkaian, AI, Data & Keselamatan serta Teknologi Penumpuan yang kami bawakan secara bersama untuk menyampaikan transformasi kemampanan. Fujitsu Limited (TSE:6702) melaporkan hasil disatukan sebanyak 3.6 trilion yen (AS$32 bilion) untuk tahun fiskal berakhir pada 31 Mac 2022 dan kekal sebagai syarikat perkhidmatan digital terunggul di Jepun mengikut bahagian pasaran. Ketahui lebih lanjut www.fujitsu.com.

 

Source: Fujitsu Limited
Keywords: Banking/Financial Service