-- Tetapi Persekitaran yang Menyokong dan Boleh Diramalkan Adalah Penting Bagi Merealisasikan Potensi Jangka Panjang Sektor Mudah Alih dalam Rantau Itu
CAPE TOWN, Afrika Selatan, 11 November 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini menerbitkan kajian menyeluruh terkini tentang impak sosioekonomi industri mudah alih ke atas Afrika Sub-Sahara. Laporan itu, "Ekonomi Mudah Alih Afrika Sub-Sahara 2013", dihasilkan oleh GSMA Intelligence, menunjukkan yang mudah alih menyumbang lebih enam peratus kepada KDNK rantau itu, lebih tinggi berbanding mana-mana rantau lain yang boleh dibandingkan di seluruh dunia, dan ini diramalkan bakal meningkat menjadi lebih lapan peratus menjelang 2020[1]. Pada tahun lepas, ekosistem mudah alih menyokong secara terus 3.3 juta peluang pekerjaan dan menyumbang US$ 21 bilion kepada pembiayaan awam dalam rantau itu, termasuk bayaran lesen. Menjelang tahun 2020, mudah alih dijangka bakal menggandakan kesan ekonominya, menggaji 6.6 juta lelaki dan wanita dalam rantau itu dan menyumbang US$ 42 bilion kepada pembiayaan awam.
Tapak pelanggan mudah alih Afrika Sub-Sahara yang unik telah meningkat sebanyak 18 peratus setiap tahun dalam masa lima tahun lepas, menjadikannya rantau yang paling pesat bertumbuh seluruh dunia. Menjelang pertengahan tahun 2013, terdapat 253 juta pelanggan mudah alih unik dan 502 juta hubungan[2]. Mudah alih telah muncul sebagai medium utama untuk mengakses Internet di serata Afrika Sub-Sahara, berikutan banyak negara dalam rantau itu sedang menyaksikan kadar penembusan talian tetap sebanyak kurang lima peratus. Walaupun hubungan 2G masih mendominasi rantau itu, skala rangkaian 3G dan 4G sedang membesar dan kadar pemilikan telefon pintar juga sedang meningkat[3]. Dengan kadar penembusan pelanggan unik masih kurang 33 peratus, ini membuka peluang yang besar untuk pertumbuhan dalam masa lima tahun seterusnya.
"Walaupun terdapat impak signifikan industri mudah alih ke atas Afrika Sub-Sahara dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masih ada banyak lagi peluang besar di masa hadapan," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Kawal Selia GSMA. "Selain pertumbuhan yang meningkat untuk perkhidmatan suara, rantau ini mula menyaksikan peningkatan ketara pengambilan data mudah alih. Namun, tumpuan jangka pendek oleh sesetengah negara bagi menjana bayaran spektrum tinggi dan memaksimumkan risiko hasil cukai mengekang potensi Internet mudah alih."
Lebih Banyak Polisi Sokongan Diperlukan di Serata Rantau
Usaha merealisasikan potensi jangka panjang sektor mudah alih bergantung pada persekitaran polisi yang telus dan membolehkan untuk industri itu sendiri dan untuk industri turus menegak berkaitan. Pengendali dan pelabur memerlukan kejelasan bagi membiayai pelaburan tinggi yang diperlukan untuk memperluas liputan ke kawasan terpencil dan memenuhi keperluan yang meningkat untuk keterhubungan yang lebih pantas. Laporan itu menonjolkan fakta yang masa hadapan industri mudah alih bergantung pada tiga bidang polisi kawal selia penting:
Kesan Transformatif Mudah Alih
Kerangka kerja polisi yang telus dan stabil akan menyokong kemajuan lanjut dan penggunaan penyelesaian mudah alih bagi menangani pelbagai cabaran sosioekonomi di Afrika Sub-Sahara. Contohnya, ada hampir 250 perkhidmatan mHealth yang kini sedang beroperasi di serata rantau itu, menyokong pesakit yang mungkin tidak ada akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan tempatan. Mudah alih juga sedang membolehkan penglibatan kewangan untuk populasi yang sebelum ini tidak mempunyai pengurusan kewangan, dengan lebih 100 inisiatif wang mudah alih aktif dan 56.9 juta pengguna wang mudah alih berdaftar dalam rantau itu. Penyelesaian mAgriculture boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan hasil pertanian, yang menjana kira-kira satu pertiga daripada KDNK rantau itu dan menggaji hampir dua pertiga daripada tenaga kerja.
"Industri mudah alih sudah mempunyai kesan transformatif ke atas kehidupan sosial dan ekonomi penduduk Afrika Sub-Sahara tetapi terdapat skop untuk pertumbuhan dan inovasi yang lebih besar, jika keadaan yang sesuai diwujudkan," kata Phillips lagi. "Dalam menangani kerisauan kawal selia yang penting, pembuat polisi di serata rantau itu mempunyai peluang yang besar untuk menerokai potensi Afrika yang dinamik dan terhubung."
Laporan penuh boleh dibaca di sini: http://www.gsma.com/mobileeconomyssa
Nota kepada Editor
[1] Sumbangan industri mudah alih kepada KDNK Afrika Sub-Sahara pada tahun 2012 adalah US $60 bilion dan dijangka akan meningkat menjadi US $119 bilion menjelang tahun 2020.
[2] Hubungan mudah alih merujuk kepada jumlah kad SIM unik (atau nombor telefon, apabila kad SIM tidak digunakan) yang telah didaftarkan pada rangkaian mudah alih. Pelanggan unik merujuk kepada pengguna mudah alih perseorangan.
[3] Rantau ini didominasi oleh teknologi mudah alih kos rendah, dengan lebih 86 peratus hubungan dalam rantau itu pada hujung tahun 2013 dijangka adalah 2G. Bakinya adalah 3G untuk hampir semuanya, dengan 4G dijangka akan menjadi sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah hubungan (angka yang bakal meningkat menjadi hampir 2% pada tahun 2017).
Tentang GSMA
GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dan dengan 250 syarikat dalam ekosistem mudah alih lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat Internet, serta organisasi dalam sektor perindustrian seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara yang menerajui industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Asia Mudah Alih.
Bagi maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Ikuti GSMA di Twitter: @GSMA.