omniture

ScentAir Teruskan Inisiatif Kelestariannya Tingkatkan Pengalaman Sensori Imersif

ScentAir
2022-09-28 14:00 134

HONG KONG, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- Selama 25 tahun, ScentAir, peneraju pemasaran haruman, komited untuk menambah baik alam sekitar, jenama dan pengalaman melalui kualiti udara yang lebih baik dan kuasa haruman. Dengan perniagaan dan pengguna di seluruh dunia mengambil bahagian dalam pengalaman ScentAir, ScentAir terus mempercepatkan kelestarian alam sekitar, budaya dan ekonomi untuk memacu impak yang positif ke atas masyarakat.

Dalam "Laporan Tanggungjawab Korporat & Kelestarian 2022-2023" yang dikeluarkan baru-baru ini, ScentAir menegaskan bahawa keselamatan dan kelestarian minyak wangi merupakan teras perniagaannya. Sebagai satu-satunya ahli industri pemasaran haruman International Fragrance Association (IFRA), ScentAir diberi akses kepada pemahaman data yang terkini tentang keselamatan minyak wangi dan justeru itu, berupaya mewujudkan garis panduan keselamatan yang jelas untuk rakan-rakan kongsinya dalam seluruh rantaian bekalan. Minyak wangi ScentAir memenuhi kesemua piawaian kawal selia global yang diketahui seperti Occupational Safety and Health Administration (OSHA) dan EU Reach, diperakui dan disahkan bebas daripada sebarang toksin, karsinogen yang diketahui atau alergen pernafasan dan tidak menyumbang kepada emisi gas rumah hijau global daripada pengurusan ternakan.

Sebagai sebuah organisasi global, ScentAir memahami bahawa produknya menyentuh kehidupan begitu ramai pengguna dan ia haruslah selamat bukan sahaja untuk orang ramai tetapi juga untuk planet ini dalam tempoh jangka panjang. Oleh yang demikian, ia memperkenalkan beberapa inisiatif kelestarian sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Dengan pengenalan jadual penghantaran kartrij suku tahunan, ScentAir menyingkirkan 1.2 juta penghantaran setiap tahun; hasil daripada proses pemilihan volum pintar, keperluan terhadap 46,000 kartrij haruman plastik telah dihapuskan. Secara keseluruhan, syarikat ini mengurangkan emisi karbon sebanyak 7.2 tan setiap tahun. Ia juga mengusahakan lebih banyak inisiatif kelestarian seperti reka bentuk semula kartrij haruman yang akan menggunakan sedikit plastik dan lebih mudah untuk pengguna mengitar semula.

Cik Chloe Hui, Naib Presiden dan Pengurus Besar ScentAir APAC, berkata bahawa haruman adalah lebih daripada apa yang harum dihidu dan ScentAir mengambil peranannya sebagai warga korporat global dengan amat serius. Beliau berkata, "kami percaya bahawa haruman dikaitkan dengan gaya hidup, budaya dan pengalaman."

"Seperti yang dilihat dan dipuji dalam projek kami bersama Van Gogh Alive, minyak wangi kami menembusi dunia seni dan membentuk bahagian yang penting dalam pengalaman budaya global. Wangian kompleks yang kami pilih untuk pameran tersebut menjadi sejenis olfaktori unik yang akan sentiasa dikaitkan dengan karya seni Van Gogh oleh pengunjung."

ScentAir juga proaktif dalam mendekati masyarakat yang berbeza bagi memaksimumkan impak positif yang berpotensi dibawa olehnya kepada dunia. Chloe merenung, "kami percaya akan kepelbagaian dan rangkuman, maka kami teruja dengan peluang untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi berfikiran sealiran seperti Dialogue In The Dark (HK) Foundation (DIDF), yang berusaha untuk mengubah sikap orang awam terhadap orang cacat penglihatan dan cacat pendengaran daripada simpati kepada empati, daripada kecacatan kepada keupayaan."

"Dengan memperkenalkan haruman kepada pengalaman unik DIDF yang mana peserta kehilangan deria visual namun perlu bergantung kepada deria mereka yang lain iaitu deria bau, sentuhan, pendengaran, malah rasa untuk "melihat" bagi mencapai misi, kami menawarkan perangsang kepada deria bau peserta mahupun pemandu pelancong, menjadikan pengalaman kegelapan yang terkenal jauh lebih mengasyikkan, memberi inspirasi dan menarik. Mereka juga diberi peluang untuk mempelajari tentang haruman kami dan membeli produk minyak wangi kami," beliau menambah.

Rujukan:

1.Corporate Responsibility & Sustainability Report 2022-2023. Diperoleh daripada: https://ebooks.scentair.com/view/813090794/

Latar Belakang ScentAir:

ScentAir Technologies, LLC., dimiliki secara persendirian dan ditubuhkan pada tahun 1994, menyediakan penyelesaian pemasaran haruman ambien yang terbaik dalam kelas untuk banyak jenama yang paling diiktiraf di dunia. Sebagai peneraju global dalam pemasaran olfaktori, Syarikat ini mencipta impresi yang tidak dapat dilupakan untuk perniagaan kecil-kecilan mahupun perusahaan bertaraf global, meningkatkan pengalaman pelanggan mereka melalui kualiti udara yang lebih baik dan kuasa haruman. Berpangkalan di Charlotte, Carolina Utara, AS dan pejabat-pejabat korporatnya terletak di Tanah Besar China, Hong Kong SAR, Jepun, Australia, United Kingdom, Perancis dan Belanda. Seramai lebih 425 anggota pasukan global Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di 119 negara melalui rantaian bekalan global khususnya dan operasi pembuatan di Amerika Utara, Eropah dan Asia. ScentAir komited terhadap pewujudan strategi-strategi haruman disesuaikan yang dapat meningkatkan sentimen jenama klien, kesetiaan pelanggan dan penjualan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila kunjungi ScentAir.com

HUBUNGI: Kelly Tang, apac_marketing@scentair.com, +852 3563 5566

Sila kunjungi https://dialogue-experience.hk/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dialogue in the Dark.

Source: ScentAir
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Publishing/Information Service Survey, Polls & Research