omniture

"Hangzhou Expats" Setempat Disiarkan di Media Sosial Papar Keterangkuman dan Daya Tarikan Hangzhou

Hangzhou Municipal Bureau of Culture, Radio, TV and Tourism
2022-09-28 19:19 31

HANGZHOU, China, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- "Hangzhou Expats", siri video yang menggambarkan kehidupan warga asing di Hangzhou, menjadi topik hangat di kumpulan akaun media sosial Biro Kebudayaan, Radio, TV dan Pelancongan Perbandaran Hangzhou. Video pendek yang menarik itu, bertujuan untuk memaparkan keterangkuman Hangzhou, telah memperoleh sejumlah besar tontonan di platform Facebook, Instagram dan YouTube.

Usahawan Romania, Ileana Maier berkata menjalani kehidupan di Hangzhou adalah seperti tinggal pada masa depan. Bagi Benjamin Saltzman pula, seorang guru dari Los Angeles, Hangzhou merupakan kombinasi yang sempurna antara tradisi dan kemodenan. Mereka semua mempunyai alasan tersendiri untuk tinggal di Hangzhou, menurut "Hangzhou Expats".

Mengambil gaya hidup Hangzhou sebagai latar belakangnya, siri video lapan episod ini memaparkan bagaimana warga asing melihat bandar ini dan pengalaman hidup mereka yang penuh semangat di bandar ini.

Tosimitsu Takao, seorang juruteknik IT dari Jepun, telah menetap di Hangzhou selama 5 tahun. Beliau sesekali dijemput untuk menyertai kumpulan Cina-Jepun yang berpangkalan di Hangzhou. Semasa latihan dan persembahan beliau, beliau mendapat ramai kawan yang berkongsi citarasa muzik yang sama. Takao juga menemui sebuah bar Jepun di mana beliau boleh minum selepas bekerja. "Bertambah berat bersama rakan-rakan" merupakan "bukti" kegembiraan kehidupan Hangzhou beliau.

Pendaki batu dari Kanada, Joe Langwald mengahwini seorang gadis Hangzhou dan telah menetap di Hangzhou selama 20 tahun. Beliau telah menghabiskan masa selama 10 tahun membangunkan Lion's Head Mountain menjadi kawasan mendaki yang terbesar untuk tapak panjat batu tongkol dan mendaki sukan di timur China. Langwald menyukai teh hijau Hangzhou dan rebung Lin' an. "Jangan tanya saya sekiranya saya suka tinggal di sini, masa menunjukkan segala-galanya," kata beliau.

"Hangzhou Expats" telah menggamit perhatian di media sosial serta merta selepas tujuh episod pertamanya, yang menghasilkan 350,000 tontonan. Nardus Smith meninggalkan komen: "Baru-baru ini saya mula mendaki batu di Hangzhou dan begitu hebat rasanya dapat menjadi sebahagian daripada sebuah komuniti di mana warga asing dan penduduk tempatan benar-benar dapat hidup bersama," dan ulasan beliau dipersetujui oleh pihak-pihak lain seperti "Saya benar-benar ingin tinggal di sana, Hangzhou sangat indah."

Sama ada bandar ini inklusif atau tidak? Ekspatriat yang tinggal di sana mempunyai kata-kata terakhir. Bagi penonton luar negara yang belum pernah berkunjung ke Hangzhou, "Hangzhou Expats" memberi penyampaian yang objektif tentang bandar ini kepada mereka. Mereka boleh membayangkan kehidupan masa depan mereka di Hangzhou hanya dengan menonton video-video ini.

Antara kumpulan bandar Cina pertama yang mempromosikan pelancongan di luar negara melalui platform media sosial, Hangzhou komited untuk membangunkan komunikasi antarabangsa melalui pertukaran budaya dan komunikasi yang interaktif sejak sepuluh tahun yang lalu.

Hangzhou telah menunjukkan gaya Cinanya, daya tarikan tempatan dan pengantarabangsaan kepada dunia dengan menganjurkan satu siri aktiviti promosi seperti kempen perekrutan global "Modern Marco Polo -Dr. Hangzhou", Jelajah Global Hangzhou dan Festival Qipao Global Hangzhou.

Menjelang penghujung Ogos 2022, lebih 1.3 juta orang mengikuti akaun Facebook, Instagram dan YouTube Biro Kebudayaan, Radio, TV dan Pelancongan Perbandaran Hangzhou, dengan lebih 35 juta impresi tahunan dan lebih 1.74 juta interaksi tahunan (termasuk tontonan video).

Satu siri aktiviti yang sedang berjalan dan akan datang seperti Pertandingan Fotografi Festival Pertengahan Musim Luruh, komik interaktif Kehidupan Baharu Su Dongpo di Hangzhou, koleksi video "Hello Hangzhou" di media sosial serta perayaan festival tradisional Cina, Sukan Asia dan topik-topik hangat yang lain, menawarkan peluang berharga kepada peminat luar negara untuk mengambil bahagian dalam usaha kebudayaan dan pelancongan global Hangzhou.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Hangzhou di FacebookInstagram atau YouTube

Source: Hangzhou Municipal Bureau of Culture, Radio, TV and Tourism
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Social Media Travel