omniture

Broker Forex dan CFD Global Moneta Markets, berpecah daripada jenama-jenama Vantage Group of untuk memilih haluan sendiri

Moneta Markets
2022-09-28 19:58 89

SYDNEY, 28 September 2022 /PRNewswire/ -- Moneta Markets mengumumkan bahawa selepas dilancarkan dalam industri broker CFD di bawah naungan Vantage Group, mereka memulakan haluan mereka sendiri bersama sepasukan pelabur baharu. Memperoleh tiga lesen baharu milik mereka sendiri baru-baru ini untuk beroperasi di bawah entiti bebas yang dikawal selia di pelbagai bidang kuasa seluruh dunia.

Pendatang yang agak baru dalam industri ini, Moneta Markets benar-benar meluaskan perkhidmatannya sepanjang tahun 2022, memberi penekanannya kepada pendekatan "bertumpukan-klien" kepada industri ini. Selain daripada lesen-lesen baharunya di bawah FSCA, ASIC dan SVGFSA, broker ini terus benar-benar meluaskan koleksi produk yang boleh diperdagangkan yang kini berjumlah lebih 1000 termasuk lebih 500 Saham CFD baharu, tersedia untuk diperdagangkan oleh klien *tanpa bayaran komisen, tanpa pertukaran pada perdagangan emas dan dengan rangkaian lebih 50 produk ETF baharu.

David Bily, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Moneta Markets, berkata "Sejak ditubuhkan, hasratnya adalah sentiasa untuk membina Moneta Markets menjadi jenama yang dapat beroperasi dengan sendirinya. Sokongan daripada Vantage Group penting dalam membantu mencapai kebebasan kami dan penting dalam menarik pelabur baharu yang ingin terlibat dalam peringkat perjalanan pertumbuhan Moneta yang seterusnya. Dengan rangkaian produk kami yang semakin meningkat, usaha berterusan kami untuk meningkatkan tawaran kami dan kumpulan pelabur baharu yang bersemangat yang menyokong kami, kami berada di landasan untuk membina Moneta Markets bagi mencapai kedudukan yang membolehkannya berkembang menjadi broker FX dan CFD runcit pilihan."

Pengasingan Moneta baru-baru ini daripada Vantage Group menyusuli peningkatan yang ketara oleh syarikat dalam pemerolehan pelanggan, volum dagangan dan deposit bulanan yang meletakkan asas kukuh ketika kami memasuki bulan-bulan penutup tahun 2022. Digandingkan dengan sokongan beberapa pelabur baharu, broker ini dilihat bersedia untuk meneruskan pertumbuhannya menuju tahun 2023 dan selanjutnya.

Latar Belakang Moneta Markets:

Moneta Markets ialah broker berbilang aset yang menawarkan akses kepada produk dagangan cair dan paling popular termasuk lebih 1000 pasangan mata wang, indeks, komoditi, Saham CFD dan ETF untuk pedagang, pelabur dan pengurus dana di serata dunia. Semua klien Moneta Markets boleh memanfaatkan alat dan sumber pendidikan, idea perdagangan, platform MT4, MT5, dan PRO Trader yang hebat serta analisis pasaran harian proprietari dalaman mereka.

Untuk maklumat lanjut atau untuk membuka akaun dagangan, sila kunjungi monetamarkets.com.

Moneta Markets South Africa (Pty) Ltd: Lembaga Kelakuan Sektor Kewangan ("FSCA") Afrika Selatan di bawah nombor lesen 47490 dan terletak di 1 Hood Avenue, Rosebank, Johannesburg, Gauteng 2196, Afrika Selatan.

Moneta LLC: Lembaga Perkhidmatan Kewangan Grenadines ("SVGFSA") dengan nombor pendaftaran 2052 LLC 2022.

AGC Capital Securities Pty Ltd: Suruhanjaya Sekuriti & Pelaburan Australia (ASIC) AFSL no. 481024.

Source: Moneta Markets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology