omniture

Rockwell Automation Peroleh Projek RM150 Juta daripada Exyte Group di Malaysia

Rockwell Automation
2022-09-29 08:05 86

Pelaksanaan akan merangkumi perkhidmatan kitar hayat sebagai peneraju kontraktor automasi utama untuk membina sistem pemantauan dan kawalan kemudahan

SINGAPURA, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhususkan dalam automasi perindustrian dan transformasi digital, telah memperoleh projek turnkey bernilai RM150 juta (kira-kira SGD45 juta) daripada Exyte Group, peneraju global dalam reka bentuk, kejuruteraan dan penyampaian kemudahan berteknologi tinggi di Malaysia.

Sebagai kontraktor automasi utama, Rockwell Automation akan menyokong Exyte dengan melaksanakan LifecycleIQ Services bagi melengkapkan Sistem Pemantauan dan Kawalan Kemudahan (FMCS) untuk sebuah kemudahan pengeluaran syarikat multinasional dan teknologi yang terkemuka di Pulau Pinang, Malaysia. Projek FMCS, yang akan menawarkan end-user dengan penyelesaian pemantauan data yang amat cekap dan pada waktu sebenar dijangka siap pada penghujung tahun 2023.

Ketidakcekapan operasi dalam persekitaran industri yang sangat heterogen yang terdiri daripada pelbagai vendor dan sistem legasi mendorong permintaan terhadap perkhidmatan kitar hayat. Frost & Sullivan menganggarkan bahawa setiap tahun industri pembuatan mengalami kerugian operasi sebanyak lebih daripada AS$1 trilion secara global[1]. Perkhidmatan kitar hayat membolehkan syarikat-syarikat menjadi lebih produktif pada setiap tahap peringkat kitaran hayat. Ia juga membantu syarikat-syarikat memperoleh lebih nilai daripada inisiatif transformasi digital.

LifecycleIQ Services Rockwell Automation menghubungkan, melindungi, menggerakkan dan meluaskan operasi pembuatan untuk prestasi yang lebih hebat, kebolehpercayaan, keselamatan dan inovasi yang berterusan. Menggabungkan teknologi digital dengan pengetahuan teknikal yang luas, LifecycleIQ Services dapat membantu pengeluar mempercepatkan masa ke pasaran, mengurangkan kos, memaksimumkan penggunaan aset dan menghapuskan risiko operasi. Perkhidmatan ini dapat memenuhi keperluan perniagaan merentas industri-industri termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal dan sains hayat, perlombongan, semikondukor, pusat data dan banyak lagi.

"Untuk kekal berdaya saing, syarikat-syarikat dicabar untuk bekerja dengan lebih pantas, lebih pintar dan dengan ketangkasan lebih hebat merentas semua fasa dalam kitar hayat perusahaan mereka. Mereka menghadapi isu-isu termasuk infrastruktur yang lama, produktiviti lebih rendah, jurang kemahiran tenaga kerja dan keperluan untuk mencapai pertumbuhan mampan. Perkhidmatan kitar hayat menggabungkan kepakaran industri, teknologi, operasi dan aplikasi untuk membolehkan pembuatan yang selamat, terjamin dan boleh dipercayai," kata Marcelo Tarkieltaub, pengarah serantau untuk Asia Tenggara, Rockwell Automation.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Exyte yang berkongsi objektif yang sama dengan kami untuk memperkasa perniagaan menerusi teknologi yang inovatif. Dengan kepakaran global kami, kami berada pada kedudukan yang baik untuk membantu end user Exyte bersedia mendepani masa depan dengan menggabungkan ketangkasan dan fleksibiliti baik dalam infrastruktur mahupun proses," tambah Marcelo.

Pasaran automasi perindustrian dan kawalan proses Asia Tenggara dijangka mencecah $4.97 bilion menjelang tahun 2025. Pertumbuhan ini akan dipacu oleh inisiatif kerajaan yang menggalakkan bagi mendorong penerimaan sistem automatik dengan pelaburan yang semakin meningkat, peningkatan permintaan terhadap automasi daripada pelbagai sektor pembuatan dan keperluan yang semakin meningkat terhadap pengeluaran besar-besaran dengan pengurangan kos operasi [2]. Secara global, saiz pasaran aplikasi pengurusan kitar hayat perkhidmatan dijangka berkembang daripada AS$1.6 bilion pada tahun 2022 kepada AS$2.93 bilion menjelang akhir tahun 2030[3].

Rockwell Automation telah berada di Asia Pasifik selama lebih daripada 40 tahun dan terus melabur dalam visinya untuk meluaskan kemungkinan yang boleh dicapai oleh manusia dan transformasi digital untuk pelanggannya di seluruh rantau ini. Dengan lebih 5,800 pekerja yang berdedikasi di rantau ini dan ekosistem rakan kongsi mantap yang berkolaborasi ke arah menyampaikan nilai buat pelanggan kami, Rockwell Automation terus mentransformasikan industri, menyerlahkan potensi dan produktiviti melalui inovasi automatik dan terhubung.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Rockwell Automation, Inc. dan Exyte.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), merupakan peneraju global dalam industri automasi dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 25,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami menjadikan The Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi https://www.rockwellautomation.com/en-id.html.

 

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics