omniture

double jump.tokyo bakal terbitkan Permainan Kad Dagangan Web3 diinspirasikan oleh Three Kingdoms dilesenkan daripada SEGA CORPORATION

double jump.tokyo, Inc.
2022-09-29 16:59

Pelancaran Dirancang untuk Permainan Kad Dagangan pada Blok Rantai "Oasys"

TOKYO, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- double jump.tokyo Inc. sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah memperoleh lesen daripada SEGA CORPORATION untuk membangunkan permainan blok rantai berdasarkan tema "Sangokushi" (Three Kingdoms).


"Dalam permainan ini, double jump.tokyo merancang untuk menggunakan IP SEGA CORPORATION, " SANGOKUSHI TAISEN " termasuk karya seni Jepun yang luar biasa dapat dinikmati oleh pemain semasa bermain," ujar Hironobu Ueno, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas double jump.tokyo. Beliau menyambung untuk berbicara tentang pelancaran permainan baharu ini pada "Oasys" dengan berkata, "Menerusi seni bina unik yang dioptimumkan untuk permainan blok rantai, Oasys bermatlamat untuk mengatasi halangan buat pemain, menawarkan transaksi pantas dan tanpa bayaran gas serta menyediakan pengalaman corak permainan yang lebih selesa kepada pengguna."

double jump.tokyo telah mengambil bahagian sebagai pembangun rantaian Oasys ini sejak awal, bersama-sama syarikat-syarikat permainan lain yang terkemuka dalam industri ini serta syarikat-syarikat teknologi blok rantai. Algoritma pembinaan-konsensus rantaian "Oasys" ini menerima pakai kaedah PoS (Bukti Taruhan) yang juga mesra alam.

Latar Belakang SANGOKUSHI TAISEN
Permainan arked yang dilancarkan pada bulan Mac 2005. SANGOKUSHI TAISEN memenangi hati pemain permainan video, memberi impak yang besar ke atas TCG dan pasaran pejuang dalam talian serta memenangi "CEDEC AWARDS", diberikan hasil pembangunan dan reka bentuk permainan yang luar biasa.


Latar Belakang SEGA CORPORATION
SEGA CORPORATION beribu pejabat di Tokyo, Jepun dan merupakan peneraju seluruh dunia bagi hiburan interaktif baik di dalam mahupun di luar negaranya. Syarikat ini membangunkan, menerbitkan dan mengedarkan pelbagai permainan untuk konsol, komputer peribadi (PC) dan peranti tanpa wayar serta membangunkan dan mengedarkan mesin arked, barangan dan pelbagai produk lain. Tambahan pula, SEGA mengedarkan pelbagai kandungan permainan yang dibangunkan oleh studio domestik dan luar negaranya di seluruh dunia melalui tapak penerbitan globalnya.
Laman sesawang SEGA CORPORATION berada di https://www.sega.co.jp/

Latar Belakang double jump.tokyo
Ditubuhkan pada tahun 2018, double jump.tokyo ialah syarikat pemula yang terkemuka di Jepun yang mengkhusus dalam penyelesaian NFT dan membangunkan permainan blok rantai. Syarikat ini merupakan penyedia penyelesaian teknologi yang bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan berskala besar bagi membantu mereka menggabungkan teknologi blok rantai dengan jayanya ke dalam permainan dan strategi syarikat mereka. double jump.tokyo bekerjasama dengan beberapa syarikat permainan yang terbesar, termasuk Square Enix, Bandai Namco dan SEGA CORPORATION.

Source: double jump.tokyo, Inc.
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services Blockchain