omniture

Ketua eksekutif ACCA gesa majikan Malaysia menempatkan akauntan profesional sebagai peneraju usaha kemampanan

ACCA Malaysia
2022-09-29 17:06 31

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- Ketua eksekutif ACCA global, Helen Brand OBE, menyeru perniagaan-perniagaan di Malaysia untuk memastikan agar golongan profesional kewangan yang berkelayakan diberi keutamaan dalam agenda kemampanan mereka. Berucap kepada wakil-wakil kanan beberapa majikan yang paling signifikan di negara ini semasa kunjungan beliau ke Malaysia baru-baru ini, Helen Brand menetapkan peranan penting fungsi kewangan dalam menyampaikan sasaran perubahan iklim dan ekonomi masa hadapan yang makmur dan mampan.

Helen Brand bertemu Anggota-anggota Majlis ACCA
Helen Brand bertemu Anggota-anggota Majlis ACCA

Beliau mengulas: 'Dalam perbincangan bersama para pemimpin perniagaan dan anggota-anggota di rantau ini[1], kebimbangan yang serupa wujud berhubung dengan tanggungjawab terhadap risiko iklim dan ESG, jauh berbeza dari pembuat keputusan kewangan – ini perlu  diubah dengan segera sekiranya kita ingin menangani ancaman-ancaman sebenar yang ditimbulkan oleh risiko-risiko ini'.

'Apabila organisasi-organisasi didorong oleh pemikiran jangka pendek bahawa kemakmuran jangka panjang dapat dilihat berdasarkan pelaporan hasil suku tahunan dan terhad pada skala masa lima tahun , maka kemakmuran mampan yang sebenar lebih sukar untuk dicapai.

Bukan sahaja ianya wajar bagi sesebuah perniagaan memastikan akauntan profesional memacu agenda tersebut, bahkan juga apabila menghadapi kekurangan kemahiran dan bakat, majikan yang dapat menunjukkan bahawa mereka mendorong perubahan positif adalah jauh lebih menarik  bagi bakal kakitangan baharu.'

Pengukuran, perakaunan, pelaporan dan penentusahan membentuk bahagian yang penting bagi mencapai sasaran perubahan iklim dan Kelayakan ACCA mengintegrasikan kemampanan sebagai keupayaan teras. ACCA juga turut menawarkan CPD dan latihan kepada ahli-ahlinya berhubung semua isu ini.

Pendidikan dan latihan yang disediakan oleh ACCA kepada akauntan professional, membolehkan mereka untuk menerapkan dan menyokong amalan mampan secara langsung dalam organisasi-organisasi di tempat mereka berkhidmat, serta merangka dasar, peraturan dan juga piawaian.

Datuk Mohd Nasir Ahmad FCCA, pengerusi, CIMB Group, turut menyuarakan sokongan beliau terhadap seruan tindakan oleh ACCA. Beliau mengulas: 'Akauntan dilatih untuk melihat nilai jangka panjang yang bergantung kepada model perniagaan yang kukuh, apabila ia menjadi tumpuan dalam organisasi, perniagaan mampan dan ekonomi, maka mereka boleh membuat perubahan yang sebenar. Sekiranya mereka menggunakan etika, tanggungjawab dan ilmu pengetahuan yang diperoleh, mereka benar-benar dapat membantu menyelamatkan dunia.'

ACCA merancang strateginya sendiri menurut Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan menyokong  usaha kerajaan Malaysia dalam  memastikan peningkatan ketara jumlah akauntan yang berkelayakan menjelang tahun 2030

Latar Belakang ACCA

ACCA ialah Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun. Kami merupakan sebuah komuniti global yang berkembang maju yang terdiri daripada 241,000 ahli dan 542,000 bakal ahli  yang berpangkalan di 178 negara serta wilayah, berkhidmat dalam pelbagai sektor dan juga industri. Kami mendukung nilai-nilai profesional dan etika tertinggi.

Kami percaya bahawa perakaunan ialah profesion asas masyarakat yang menyokong baik sektor awam mahupun swasta. Atas sebab inilah kami komited terhadap pembangunan profesion perakaunan global yang mantap dengan  membawakan pelbagai faedah kepada masyarakat dan individu.

Sejak tahun 1904 lagi kepentingan awam sentiasa menjadi matlamat dan keutamaan kami. Memandangkan ACCA  merupakan sebuah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan, kami membina profesion global yang berterusan dengan melabur semula lebihan pelaburan untuk memberi nilai kepada para ahli dan membangunkan profesion ini untuk generasi akan datang. Pejabat ACCA Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1936.

Menerusi Kelayakan ACCA yang terkemuka di dunia, kami menawarkan peluang untuk merasai pengalaman kerjaya yang mendatangkan kepuasan dalam bidang perakaunan, kewangan dan pengurusan, kepada semua orang,  tidak kira di mana jua mereka berada. Dengan menggunakan kajian kami yang dipandang tinggi, kami menerajui profesion ini dengan merungkaikan persoalan hari ini dan membuat persiapan menghadapi hari mendatang.

Source: ACCA Malaysia
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Social Responsibility