omniture

Bersempena Sambutan Hari Ahli Farmasi Sedunia 2022, P&G Health memuji ahli farmasi dan peranan yang dimainkan dalam menyediakan penjagaan kesihatan tubuh badan kepada pesakit

Procter and Gamble
2022-09-29 17:26 72
  • P&G Health menyambut Hari Ahli Farmasi Sedunia 2022 di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan wilayah Afrika melalui pelbagai aktiviti
  • Ini termasuk Simposium Kesihatan Tubuh Badan P&G Health Timur Tengah yang pertama kali dianjurkan selama 2 hari di mana seramai 12,813 peserta dari 111 negara telah mengambil bahagian

SINGAPURA, 29 September 2022 /PRNewswire/ -- P&G Health (NYSE:PG) telah meraikan Hari Ahli Farmasi Sedunia 2022 di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika, di mana peranan penting yang dimainkan oleh ahli farmasi dipuji dalam penjagaan kesihatan tubuh badan dan kualiti hidup pesakit. Dengan tema "Farmasi bersatu demi dunia lebih sihat" untuk Hari Ahli Farmasi Sedunia tahun ini, ia menonjolkan peranan mereka dalam meningkatkan kesihatan melalui penyediaan khidmat nasihat berkaitan penjagaan diri harian, diagnosis tepat pada masanya, pendidikan dan pengurusan.


Sambutan Hari Ahli Farmasi Sedunia 2022 dianjurkan melalui pelbagai aktiviti untuk membina hubungan sedia ada P&G bersama ahli-ahli farmasi dan persatuan-persatuan mereka. Aktiviti utama Simposium Kesihatan Tubuh Badan P&G Health Timur Tengah yang dianjurkan buat julung kalinya selama 2 hari oleh Centre for Advanced Professional Practices (CAPP) dalam bentuk simposium maya yang berakreditasi profesional. Agenda simposium tersebut merangkumi pelbagai topik termasuk Kesihatan Oral dan Am, Kesihatan Ibu serta Penyakit Tidak Berjangkit.

Sesi maya yang interaktif mengetengahkan peranan ahli farmasi dalam perjalanan ke arah kesihatan yang holistik dan kemas kini tindakan yang diperlukan oleh ahli farmasi untuk sentiasa sedia maklum, menyampai penjagaan yang optimum dan meningkatkan kualiti hidup pengguna. Dihadiri oleh 4514 ahli farmasi dari seluruh Timur Tengah, P&G Health turut mengundang ahli farmasi dari luar wilayah tersebut untuk mengambil bahagian.

Dr Ashley Barlow, Pengarah Kanan, Hal Ehwal Perubatan & Teknikal, P&G Health – Asia Pasifik, India, Timur Tengah dan Afrika berkata: "Di P&G Health, kami percaya dalam mencipta ekosistem kolaboratif bersama rakan-rakan kongsi utama seperti ahli-ahli farmasi untuk membantu pesakit dengan keperluan perubatan dan penjagaan kesihatan mereka. Dalam mengiktiraf peranan ini di mana ahli farmasi memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran, memberi pendidikan dan bimbingan, ia akan berjaya memastikan bahawa kami dapat menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan tubuh badan pesakit. Melalui peluang pertumbuhan dalam segmen kesihatan  dan penjagaan pengguna ,P&G Health dapat mendemonstrasikan menerusi  inovasi yang fokus dan berterusan, bagaimana kemampuan ahli professional kesihatan yang berpengetahuan boleh membantu 'Total Body Health' ('Kesihatan Tubuh Badan') di rantau ini dan keseluruhannya."

Profesor Madya Nadia Al Mazrouei, Amalan Farmasi dan Farmakoterapeutik, Sharjah University dan moderator penceramah di sidang kemuncak tersebut berkata: "Memandangkan sistem penjagaan kesihatan terus berkembang, pengguna memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan diri. Ahli-ahli farmasi memainkan peranan penting dalam revolusi kesihatan holistik yang berterusan sebagai sumber pilihan untuk pengguna mendapatkan maklumat dan membina kefahaman tentang kondisi yang kompleks. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan P&G Health bagi memudahkan  penjagaan kesihatan yang lebih baik dan memupuk kesaksamaan dalam komuniti yang pelbagai di rantau ini dan meningkatkan kesedaran tentang peranan ahli farmasi dalam penjagaan kesihatan yang holistik."

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif oleh P&G Health untuk ahli farmasi, sila kunjungi https://www.facebook.com/pghealthacademy/.

Latar Belakang P&G Health:

P&G Health, bahagian penjagaan kesihatan syarikat P&G, menumpukan pengguna dengan memacu inovasi dan memperkasakan pengguna untuk menjalani kehidupan yang lebih lama, lebih sihat dan lebih bersemangat. Portfolio P&G Health merangkumi jenama-jenama yang terkemuka dalam Respiratori menerusi Vicks® dan Nasivin®, Kehamilan dengan Femibion® dan Clearblue®, Penjagaan Oral dengan Crest® dan Oral-B®, Makanan Tambahan Vitamin dan Mineral dengan Bion3®, Seven Seas®, Evion® dan Sangobion®, Kesihatan pencernaan dengan Metamucil®, Prilosec OTC®, Pepto Bismol® dan Align®, Penjagaan Saraf dengan Neurobion® dan Kelegaan Kesakian dengan Dolo-Neurobion®.

Latar Belakang Procter & Gamble:

P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia menerusi salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G melibatkan operasi di sekitar  70 negara seluruh dunia.

Source: Procter and Gamble
Related Stocks:
NYSE:PG
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Trade show news