SEOUL, Korea Selatan, 13 November 2013 /PRNewswire/ -- Satu-satunya pesta budaya Buddha Korea Selatan yang mempamerkan blok kayu bersejarah "Tripitaka Koreana" tamat pada hari Isnin lepas, setelah menarik kunjungan lebih 2 juta pelawat, kata pihak penganjur. Pesta Tripitaka Koreana 2013 telah diadakan selama 45 hari di tempat berdekatan Haeinsa, atau Kuil Haein, di daerah selatan ini dengan matlamat untuk menyebarkan kesedaran tentang kitab Buddha kurun ke-13 yang jarang ditemui itu. Hapcheon terletak 354 kilometer di selatan Seoul. Kata pihak penganjur, kira-kira 2.05 juta pengunjung menghadiri pesta itu, jauh melebihi sasaran asal sebanyak 1.6 juta.
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2013/11/12/20131112110207689874.html )
"Tripitaka Koreana," atau dalam Bahasa Koreanya "Palmandaejanggyeong", ialah koleksi kitab Buddha yang diukir dengan tangan atas lebih 80,000 blok pencetakan kayu, dan terdiri daripada 52 juta aksara.
Koleksi itu dianggap sebagai set kitab Buddha paling menyeluruh yang pernah ditemui setakat ini. Kuil Haein, tempat kitab itu disimpan, merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO.
"Walaupun dalam keadaan yang kurang memuaskan seperti belanjawan yang sedikit dan pelancaran jawatankuasa penganjur yang lewat, pihak berkuasa yang berkenaan serta para sukarelawan telah berganding bahu bagi menjayakan pesta itu tanpa satu insiden yang tidak diingini pun," kata Kim I-su, pengarah pesta itu, dalam ucapan beliau semasa majlis penutup.
Ucapan itu dibuat sebagai mewakili Hong Joon-pyo, gabenor Daerah Gyeongsang Selatan dan pengerusi jawatankuasa penganjur pesta itu.
Bagi pesta itu, kuil itu membuka lapan daripada blok kayu itu serta Maaebul, tugu Buddha setinggi 7.5 meter yang dipahat ke dalam dinding batu di Gunung Gaya untuk orang ramai.
Maaebul ialah salah satu tugu yang dipelihara dengan paling baik di negara itu, yang dijangka dibina kira-kira semasa kurun ke-9 sewaktu era Pemerintahan Silla (57 tahun Sebelum Masihi – 935 tahun Selepas Masihi), dan akses awam kepada tugu itu biasanya dihadkan kerana ia dikhaskan untuk golongan sami sahaja untuk dijadikan tempat penyembahan khusus.
"Kami akan terus berusaha bagi menyebarkan kesedaran kepada dunia tentang nilai 'Tripitaka Koreana,' " kata Ven. Seonhae, ketua sami Kuil Haein.
(TAMAT)
Perhubungan Media
Paeng Sunhwa
Tel: +82-55-211-6274
E-mel: psh0401@korea.kr