omniture

Xinhua Silk Road: Pelajar antarabangsa kongsi pengalaman pengajian kejuruteraan di Shanghai Jiao Tong University China

Xinhua Silk Road
2024-10-29 22:16 13

BEIJING, 29 Oktober 2024/PRNewswire/ -- Shanghai Jiao Tong University (SJTU), sebagai tuan rumah bagi mesyuarat bersama pendidikan koperatif Sino-asing ke-10 yang diadakan baru-baru ini, memperlihatkan pencapaiannya dalam kerjasama antarabangsa dan pertukaran kepada lebih 400 wakil daripada 205 institusi dan projek pendidikan koperatif Sino-asing di seluruh China, yang menyediakan rujukan untuk pembangunan kerjasama pendidikan yang berkualiti tinggi antara China dan seluruh pelosok dunia.

 

Saban tahun, SJTU yang terletak di Perbandaran Shanghai timur China menarik minat ramai pelajar antarabangsa. Mereka mengembara beribu-ribu batu jauhnya ke China, menjalankan penyelidikan saintifik dan mempelajari teknologi di kampus-kampus SJTU. Pengalaman pembelajaran bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kebolehan mereka, tetapi turut mengeratkan persahabatan dan meningkatkan pertukaran dalam bidang budaya serta teknologi antara negara.

Pelajar Bangladesh Niladri Saha komited untuk menjalankan penyelidikan terhadap tenaga solar dan tenaga boleh baharu. Menurutnya, sebagai seorang pelajar antarabangsa SJTU, beliau mendapat teknologi terbaik, sokongan daripada makmal kebangsaan dan begitu banyak kemudahan, yang mungkin tidak dapat diperoleh di mana-mana negara lain.

Soo Wei Jie, pelajar antarabangsa SJTU dari Malaysia, berkata pengalaman belajar telah dapat mengukuhkan pengetahuannya, kemahiran kejuruteraan dan cara beliau menyelesaikan masalah.

Sementara itu, "Saya percaya apa yang saya belajar di China boleh dimanfaatkan untuk membangunkan hubungan bersama antara China dan Bangladesh," kata Niladri Saha.

Pelajar Malaysia Choo Lee Wen berkongsi pandangan yang sama, mengatakan bahawa beliau akan belajar daripada China memandangkan negara ini berkembang pada kadar yang amat pantas dan beliau berharap agar tanah airnya dapat membangun sama seperti China.

Semasa belajar di SJTU, para pelajar antarabangsa juga boleh menikmati peluang perniagaan premium di Grand neoBay, sebuah taman inovasi teknologi-sains yang semakin meningkat naik bersebelahan dengan kampus Minhang universiti ini.

Telahpun menubuhkan beberapa syarikat pemula teknologi di taman ini bersama-sama dengan pelajarnya, profesor madya berjawatan SJTU, Shane Johnson berkata "ia merupakan tempat yang hebat untuk menginkubasi perniagaan, menggalakkan mereka untuk melangkah lebih jauh dan melihat apa yang boleh mereka bawa ke pasaran."

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/342807.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Publishing/Information Service STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)