omniture

ZTE sokong Persetujuan Memangkinkan Pengelektrikan

ZTE Corporation
2022-09-30 14:05 144

Bagi mempercepatkan pembangunan mampan hijau global

SHENZHEN, China, 30 September 2022 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, telah menyokong Persetujuan Memangkinkan Pengelektrikan (Catalyzing Electrification Accord) oleh Perkongsian Kuasa Elektrik Mampan Global (Global Sustainable Electricity Partnership, GSEP), dengan tujuan untuk mencipta secara bersama pendekatan inovatif untuk mempercepatkan pengelektrikan demi faedah-faedah pembangunan mampan ekonomi, alam sekitar dan sosial. ZTE menyokong persetujuan tersebut dengan aktif dan komited untuk mempromosikan peralihan tenaga melalui teknologi digital dan pintar, lalu menyumbang kepada penyahkarbonan dan matlamat iklim seluruh dunia.

ZTE menyokong Persetujuan Memangkinkan Pengelektrikan
ZTE menyokong Persetujuan Memangkinkan Pengelektrikan

GSEP ialah satu pakatan global yang memfokuskan untuk menyelesaikan masalah kuasa global dalam kerangka antarabangsa dan mempromosikan pengelektrikan bagi mencapai pembangunan tenaga yang mampan. Persetujuan Memangkinkan Pengelektrikan ialah kemuncak hasil usaha oleh Dialog Terbuka Strategik tentang Pengelektrikan (Strategic Open Dialogue on Electrification, SODE), satu gabungan global yang dicipta oleh GSEP yang menghimpunkan 14 syarikat berpandangan jauh daripada sektor kuasa, sektor pengguna akhir (telekomunikasi, pengangkutan, industri dan pembinaan) serta rakan-rakan kongsi strategik dan teknologi.

Persetujuan tersebut menawarkan lima cadangan konkrit dan langkah-langkah tindakan untuk mempercepatkan pengelektrikan, termasuk menggunakan kerangka dasar yang menyokong pengelektrikan, memupuk model perniagaan inovatif yang baharu, mempercepatkan aliran maklumat sepanjang dan merentas rantaian nilai, memastikan peralihan tenaga yang lancar dan cekap serta memastikan infrastruktur berada di tempatnya agar sesuai untuk transformasi.

Sebagai ahli UN Global Compact dan Inisiatif Mengupayakan Kemampanan Global (Global Enabling Sustainability Initiative, GeSI), ZTE berdedikasi untuk menggalakkan pembangunan global yang mampan dan menakrifkan keutamaan strategik untuk pembangunan mampan berdasarkan kepada 17 Matlamat Pembangunan Mampan PBB dan trend industri, untuk memenuhi tanggungjawah sosial korporat dengan aktif.

Dalam menghadapi cabaran yang dibawa oleh transformasi karbon rendah, ZTE, sebagai pengusaha utama dan penyumbang yang berdedikasi kepada industri ICT selama 37 tahun, membuka laluan hijau kepada ekonomi digital dengan menggalakkan operasi hijau, rantaian bekalan hijau, infrastruktur digital hijau dan memperkasa pembangunan hijau industri-industri. Dengan mengamalkan operasi hijau, matlamat ZTE adalah untuk merealisasikan puncak karbon menjelang tahun 2030 dan keneutralan karbon sebelum tahun 2060, masing-masing.

Menjalin kerjasama bersama rakan-rakan kongsinya, ZTE terus meneroka aplikasi 5G yang inovatif dan hijau dengan lebih 60 projek yang boleh dicontohi diserahkan di seluruh dunia. Berdasarkan kepada kekayaan pengalaman dalam tenaga komunikasi, ZTE telahpun menyediakan produk dan perkhidmatan tenaga untuk 386 operator di lebih daripada 160 negara dan wilayah. Menurut penilaian industri kuasa DC telekomunikasi global oleh Frost & Sullivan, firma penyelidikan dan perunding yang terkemuka di dunia, ZTE telah dianugerahkan dengan Anugerah Kepimpinan Produk Kuasa DC Telekomunikasi Global 2022, bagi mengiktiraf penyelesaian kuasa syarikat yang amat cekap, modular, pintar dan hijau. Sementara itu, perniagaan tenaga ZTE diperluaskan lagi kepada industri kuasa dan pengangkutan beberapa tahun ini. Berdasarkan kepada teknologi pintar digital awan dan AI, ZTE menyediakan produk dan penyelesaian seperti penjanaan kuasa hijau, storan tenaga pintar, penggunaan kuasa pintar, pengurusan tenaga, kenderaan elektrik dan sebagainya.

Sumbangan dan prestasi luar biasa ZTE dalam pembangunan mampan telah diiktiraf dalam industri ini. Pada tahun 2022, saham A mahupun saham H ZTE telah dipilih sebagai ahli konstituen Hang Seng Corporate Sustainability Index Series. Di samping itu, ZTE dinamakan secara rasmi dalam Senarai Berpengaruh ESG Fortune China 2022. Sejak tahun 2009, ZTE telah mengeluarkan laporan kemampanan kepada orang awam selama 14 tahun berturut-turut.

Menuju ke hadapan, ZTE akan terus memenuhi komitmennya terhadap masa depan hijau dan pintar, terus meningkatkan kajian dalam tenaga baharu, bahan baharu dan peranti baharu, dijangka membina asas teknikal yang kukuh untuk tapak ICT hijau melalui pencapaian teknologi. Sementara itu, syarikat ini akan mengukuhkan integrasi teknologi pintar digital dan industri-industri penggunaaan tenaga-tinggi tradisional untuk mempercepatkan pengelektrikan bersama rakan-rakan kongsi dengan aktif ke arah matlamat pembangunan mampan.

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Survey, Polls & Research