omniture

Fibocom Lancar Generasi Baharu Siri FX170(W) Modul 5G Sub-6GHz dan mmWave Berasaskan Sistem Snapdragon X65 5G Modem-RF di MWC Las Vegas 2022

Fibocom Wireless Inc.
2022-09-30 15:28 120

LAS VEGAS, 30 September 2022 /PRNewswire/ -- Fibocom (Kod saham: 300638), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar IoT (Internet Pelbagai Benda) dan modul komunikasi tanpa wayar, melancarkan siri FX170(W) modul 5G Sub-6GHz dan mmWave di MWC Las Vegas 2022. Dikuasakan oleh Sistem Snapdragon X65 5G Modem-RF, siri Fibocom FX170(W) direka bentuk untuk menawarkan pengalaman sambungan tanpa wayar seperti gentian dengan liputan rangkaian diperluas, daya pemprosesan dipertingkat dan keupayaan yang ditingkatkan, bagi meningkatkan lagi prestasi 5G dalam FWA, IoT Perindustrian, C-V2X, rangkaian persendirian serta senario data massa yang lain.

Mematuhi standard 3GPP R16, modul Fibocom FX170(W) mempunyai empat varian yang mengguna pakai faktor bentuk LGA dan M.2 secara berasingan, membawakan lebar jalur yang lebih besar dengan menggabungkan NR CA (Pengagregatan Pembawa) ke dalam reka bentuk modul. FG170W dan FM170W menyokong dwi sambungan 5G Sub-6GHz dan mmWave serta 8CC CA, menyampaikan kelajuan berbilang-gigabit hasil daripada keupayaan unik untuk mencapai 800 MHz spektrum mmWave. FG170 dan FM170 menyokong sambungan 5G Sub-6GHz serta 4CC CA dan hingga 300MHz spektrum, bagi meningkatkan penggunaan sumber spektrum dan memastikan liputan 5G yang dilanjutkan.

Wajar disebutkan bahawa siri modul FX170(W) menyokong 4x4 MIMO (berbilang input, berbilang output) dalam jalur frekuensi rendah, meningkatkan kecekapan spektrum dan kualiti liputan di lokasi-lokasi yang umumnya mempunyai sambungan yang lebih lemah. Di samping itu, modul 5G menyokong Power Class 1.5 (PC1.5) HPUE, yang meningkatkan kelajuan paut naik dan meluaskan liputan paut naik, lalu meningkatkan pinggir sel.

Berserta fungsi-fungsi yang banyak seperti audio digital, VoLTE dan SMS, siri modul FX170(W) menyokong GNSS berbilang gugusan, yang menyediakan fungsi penentududukan dan navigasi yang berprestasi tinggi. Sementara itu, ia mengintegrasikan berbilang sistem operasi (Linux/ Android/ Windows OS), pelbagai protokol Internet serta antara muka standard-industri, seterusnya membolehkan lebih kefleksibelan dan kemudahan integrasi untuk penggunaan oleh pelanggan.

Dan Schieler, Naib Presiden Kanan Jabatan Jualan Luar Negara, Fibocom, mengulas: "Kami berbangga mengumumkan pelancaran siri modul 5G Sub-6 dan mmWave inovatif kami di MWC Las Vegas 2022. Fibocom telah menumpukan perhatian untuk meningkatkan pengkomersialan 5G di serata dunia. Berdasarkan kepada Sistem Snapdragon X65 5G Modem-RF, generasi baharu modul 5G akan memberi prestasi ketersambungan yang unggul kepada vertikal."

Snapdragon ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Qualcomm Incorporated. 

Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiarinya. 

Source: Fibocom Wireless Inc.
Related Stocks:
Shenzhen:300638
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services Trade show news