omniture

IIICF ke-13 di Macau tonjolkan peranan penting BRI dalam infrastruktur antarabangsa

China International Contractors Association
2022-10-03 16:41 263

MACAU, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Forum Pelaburan dan Pembinaan Infrastruktur Antarabangsa ("IIICF", "Forum") ke-13, dianjurkan secara bersama oleh China International Contractors Association dan Macao Trade and Investment Promotion Institute, dibuka di Macau pada 28 September. Sebagai forum yang terbesar dan paling berpengaruh seumpamanya di dunia, pembukaan IICF pada tahun ini menggamit perhatian ramai tokoh utama daripada komuniti pelaburan dan pembinaan infrastruktur antarabangsa. Turut hadir di majlis pembukaan ialah Ho Iat Seng, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Macau (Macau SAR); Zheng Xincong, Pengarah Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di Macau SAR; Liu Xianfa, Pesuruhjaya Kementerian Luar Negeri, Republik Rakyat China di Macau SAR; Wong Sio Chak, Setiausaha untuk Keselamatan Macau SAR; serta ketua-ketua kontraktor antarabangsa dan institusi kewangan.

Menerusi tema "Membina Infrastruktur Standard-tinggi, Mampan dan Bertumpukan-rakyat", forum berkenaan menarik minat lebih daripada 1,300 tetamu dari lebih 600 institusi termasuk eksekutif kanan daripada 20 institusi kewangan, pemimpin tertinggi daripada lebih 70 perusahaan antara 250 Kontraktor Antarabangsa Terbaik ENR, serta pembuat keputusan daripada perusahaan perindustrian dan pembekal utama dari seluruh dunia. Dengan tumpuan ke atas peluang dan cabaran yang dihadapi oleh kerjasamaa infrastruktur antarabangsa dalam era pasca-pandemik, forum berkenaan akan berusaha untuk membina konsensus yang luas serta mengukuhkan kerjasama antarabangsa bagi melancarkan projek-projek infrastruktur hijau di serata dunia.

Sebagai salah satu sorotan acara, Indeks Pembangunan Infrastruktur Jalur dan Jalan (Belt and Road Infrastructure Development Index, 2022) dan Laporan Indeks Pembangunan Infrastruktur Jalur dan Jalan (Belt and Road Infrastructure Development Index Report, 2022) dilancarkan di forum berkenaan dan membentangkan sejauh mana Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) memainkan peranan penting dalam projek-projek pelaburan dan pembinaan infrastruktur antarabangsa.

Semasa berlangsungnya forum tersebut, China International Contractors Association (CHINCA) melancarkan "Mekanisme untuk Penggalakan Infrastruktur Mampan Antarabangsa" dengan kerjasama Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), UN Environment Programme (UNEP), German Agency for International Cooperation (GIZ) dan World Wide Fund for Nature (WWF), dalam usaha bersama untuk menggalakkan pembangunan infrastruktur mampan yang pelbagai, inklusif, hijau, karbon rendah serta tahan-iklim.

"Dalam era pasca-pandemik, negara-negara akan menghadapi cabaran yang unik dan menegaskan kepentingan komuniti antarabangsa untuk bersatu bagi melabur dalam infrastruktur dan pembinaan demi mendorong pertumbuhan dan pembangunan ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat," kata Fang Qiuchen, Pengerusi CHINCA.

Untuk maklumat lanjut tentang Forum, sila kunjungi: http://en.iiicf.org/.

Source: China International Contractors Association
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Trade show news