omniture

CGTN: China, Argentina berikrar galakkan komuniti dengan masa depan bersama

CGTN
2022-10-03 21:33 247

BEIJING, 3 Oktober 2022 /PRNewswire/ -- Sebuah forum yang mempromosikan pertukaran budaya antara China dan Argentina telahpun diadakan di Beijing pada hari Rabu dengan pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua negara berikrar untuk memajukan konsep sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

Forum Peringkat Tinggi tentang Pertukaran Budaya China-Argentina dijalankan ketika kedua-dua negara ini menyambut ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik. Kedua-dua Presiden Cina Xi Jinping dan rakan sejawat Argentina beliau Alberto Fernandez menghantar surat ucapan tahniah kepada forum tersebut.

Selama setengah abad, hubungan China-Argentina mengharungi ujian yang dicetuskan oleh persekitaran antarabangsa yang berubah-ubah, lantas mempamerkan perpaduan dan pembangunan bersama antara negara-negara sedang membangun dan ekonomi-ekonomi baru muncul, kata Xi dalam surat beliau.

Memperhatikan bahawa pembangunan hubungan dua hala yang komprehensif dan pesat mencerminkan kevitalan hubungan China-Amerika Latin, Xi menyuarakan harapan agar para peserta forum tersebut akan menghimpunkan kebijaksanaan mereka dan membina konsensus bagi membantu menulis lembaran yang baharu dalam perkongsian strategik dan komprehensif dua hala serta menyumbang kepada pembinaan komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk China dan Amerika Latin serta umat manusia dalam era baharu ini.

Fernandez berkata bahawa kerjasama media yang begitu berjaya antara kedua-dua negara telah memupuk persefahaman antara kedua-dua rakyat dan beliau berharap dapat mempererat kerjasama dua hala agar dapat mengukuhkan lagi perkongsian strategik dan komprehensif China-Argentina.

Lebih 100 wakil dari China dan Argentina menghadiri forum tersebut yang dianjurkan secara bersama oleh China Media Group dan Public Media of the Nation Argentina. Ia merupakan salah satu daripada siri acara dalam tahun 2022 yang menandakan jalinan persahabatan antara kedua-dua negara.

Banyaknya persefahaman yang dicapai antara kedua-dua negara, seperti perjanjian kerjasama antara Wilayah Buenos Aires Argentina dan Wilayah Sichuan China akan menaik taraf selanjutnya perdagangan dua hala dan kolaborasi kewangan, kata Menteri Luar Argentina Santiago Cafiero di forum tersebut.

Buenos Aires dan Sichuan ialah wilayah-wilayah ekonomi yang penting, kata Cafiero, menambah bahawa kolaborasi kedua-duanya melambangkan pencapaian yang besar dalam perkongsian strategik dan komprehensif China-Argentina.

Kerjasama, pertukaran membuahkan hasil

China dan Argentina menjalin hubungan diplomatik dalam bulan Mac 1972. Di bawah prinsip-prinsip pergerakan berkecuali, kedua-dua negara melakar kemajuan yang signifikan dalam usaha mencapai agenda kerjasama.

Dalam tahun 2004, kedua-dua negara menandatangani satu siri perjanjian, bagi meningkatkan kerjasama ekonomi dengan drastik. Perdagangan dua hala telah berkembang pesat sepanjang dua dekad yang lalu dengan China menjadi rakan dagangan terbesar Argentina dalam bulan April 2020.

Dalam bulan November 2018, Presiden Xi mengadakan lawatan negara ke Argentina yang mana beliau turut menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20. Lebih 30 perjanjian pertanian dan pelaburan diumumkan semasa lawatan berkenaan.

Dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Xi dalam bulan Januari 2022, Fernandez berkata negara-negara harus bersatu, saling hormat-menghormati dan menyokong satu sama lain bagi menentang gangguan pandemik dan komited untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan bersama untuk umat manusia, sebuah konsep yang dicadangkan oleh presiden Cina.

Kemudiannya, Fernandez menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, yang mana pegawai-pegawai Cina dan Argentina turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), lalu menjadikan negara Amerika Latin itu sebagai rakan rasmi BRI.

Selain daripada MoU tersebut, kedua-dua negara turut menandatangani dokumen kerjasama dalam lebih 10 bidang termasuk pembangunan hijau, ekonomi digital, aeroangkasa, Sistem Satelit Navigasi BeiDou, inovasi teknologi dan pertanian.

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service